I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 3, 2011

Penghentian



Cuti raya pun sudah sampai ke penghujung. Beg-beg dan kain baju sudah pun aku kemaskan malam tadi untuk persiapan pulang ke kampus. Kuih-kuih raya kegemaran seperti kuih almond london aku ratah-ratah mana yang ada. Begitu juga dengan gulai sardin yang emak masakkan tadi. Aku hentam juga. Kuey teow yang emak buat tadi utk tetamu pun aku baham juga.



Selalunya apa yang emak masak, semua aku makan. Jari-jemari aku ni hampir kekuningan dah warnanya. Almaklum sajalah, dari zaman berpuasa hari tue sampailah ke raya keenam ini, emak asyik masak gulai lemak cili api dan rendang kuning saja hari-hari. Mana tak kuning jari-jemari aku nie..


Selepas cuti raya ini, perjuangan aku di maktab akan kembali bermaharajalela. Sebenarnya, semakin menghampiri pengakhiran kursus perguruan ini, semakin banyak dugaannya. Di sana sini masih ada tugasan-tugasan yang belum selesai.


Semoga kekuatan ada di mana-mana. Menjadi seorang guru hari ini cabarannya bukan sikit-sikit, tetapi terlalu besar untuk dihadapi dan dipelajari tekniknya. Tidak pernah ada rehat. Jikalau bukan berbekal minat dan kesedaran yang mendalam tentang cita-cita, aku fikir aku sudah lama terkandas.


Oleh itu, aku minta pada kalian agar sentiasa mendoakan aku agar sentiasa dipermudahkan segala urusan dan pengajian. Doa yang baik selalunya dimakbulkan Allah SWT. Insyaallah.
.

p/s - esok aku balik ke penang. Naik bas jam 10.30 pagi. Harap aku tidak tertipu dengan pengusaha bas. Amin

.

23 comments:

adwafarahin said...
This comment has been removed by the author.
adwafarahin said...

adwa dr penang da smpai kl da pon. huhu sedeyla tnggl rumah

gud luck ikhram!

Anonymous said...

hensem pakai maroon.
selamat hari rayaaaa
:)

♥ Nana BamBam ♥ said...

selamat pulang dan selamat sampai ye. :)

aiman mania said...

pulang ke kampus nanti,semngat kena berkobar2 tau.,..heehhee..aiman balik kmpk nanti tanam azm baru...heehee...good luck bang!!

CT said...

bgambao bawah pokok doyan...hehehe. Jatuh pulok dah buah tu nanti...hehhe

IMANSHAH said...

saya semalam dah sampai ipoh

Unknown said...

hehehehe, adik beradik yg sgt rapat bersama...

ღKekunangpelangiღ said...

Selamat hari raya, Ikhram !

segak eh dia berbaju melayu.. :)

Ikr@m Sulaiman said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin :-)

macam ku kata said...

seronok benar ye..selamat hari raya;-)

Admin said...

selamat hari raya..

http://phatthegreat.blogspot.com/2011/09/raya-pertama-2011.html

::FAIZ:: said...

wah merah gituw.. hehe


duit raya aku bila nak bagi? huhu

Ermizi Muhamad said...

Good Luck ya! Jangan mengalah sebelum perang tamat ;)

semoga dapat jadi cikgu yang berdedikasi!

Ryan Ervan said...

Selamat Hari raya Cikgu~ kenapa semua orang tema merah nih~ cemburu uwuwuwuw..

Selamat bertugas juga.. jgn cdey2, happy2 and smile always..

suka pic dia~ cantik!!

Unknown said...

sampai kuning jari makan lomak cili api yo..haha

- abdul hadi abdul muti - said...

all the best bakal cikgu!!

Liyana Zahim said...

Smoge dipermudahkan segalanye cikgu.. Hehehe.. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.. Amboi merahnyeeee... Heee~

zazaw said...

merahnyaaa pak ngah !!

ahahah selamat hari raayaa sir

mr.syazwan said...

merah membara semangat waja~~~~~~

=_=

ieza ashaari said...

3 beradik di hari raya.. :)

makan je yer..

sarah zulk said...

hai ikhram... lame tak bace crite ko kat sini.. slamat hari raya.. maaf zhir batin.. =)

p.s: fatin nampak makin cantik skang.. =D

sarah zulk said...

hai ikhram... lame tak bace crite ko kat sini.. slamat hari raya.. maaf zhir batin.. =)

p.s: fatin nampak makin cantik skang.. =D