Kalau dulu, hidup aku penuh dengan cerita yang bermacam-macam. Setiap hari, kehidupan aku penuh warna-warni. Tapi sejak kebelakangan ni, lebih-lebih sejak tiba ke maktab kembali selepas cuti raya.. nampaknya kehidupan aku tidak lagi berseri-seri warnanya..
Ada orang cakap, pengajian aku ni hanya tinggal 3 bulan saja lagi lebih kurang. Jadi buat apa nak sedih-sedih. Aku tak sedih pun tentang berapa jangka hayat aku kat maktab ni. Tapi aku sebenarnya gundah memikirkan kerja-kerja yang menimbun-nimbun dan sekarang akal ni pulak makin cetek kepintarannya.
Ada ketika aku tak sangka, lumpuhnya minda ni lebih berbahaya dari lumpuh anggota badan. Semua perkara semua tak kena.
Setiap hari bangun dari tidur teringatkan rendang emak. Bukan tu jer, teringat pulut kuning yang emak masak (baru ada cocoknya) . Ada ketika teringatkan nasi ayam yang emak masak. Tak kurang juga, teringatkan sardin goreng yang emak masak. Belum dikira dengan daging salai masak gulai lemak cili api yang emak masak. Semuanya yang emak masak.. Hahaha.. Sluurpp!! Sehingga menjilat jari..hehehe..
Lama-lama bila aku renung ke luar tingkap bilik, ditambah pula dengan tugas melipat kain-kain baju yang baru aku angkat dari penyidai ni tadi.. baru aku tersedar yang aku kini kian jauh dari kehidupan di rumah. Keberadaan adik perempuan aku yang masih jauh di desa sana menjadikan kehidupan aku bertambah-tambah tidak sempurna. Huh??
Last-last, (selepas beberapa puluh minit) kain baju semua semua sudah terlipat. Cuma tinggal untuk dimasukkan ke dalam loker saja lagi. Kalau di rumah aku jarang sekali lipat-melipat kain baju. Semua dah tersedia berlipat. Ingatan kembali di rumah..
Lama-lama kesunyian itu makin menjadi-jadi. Aku sudah tahu kenapa..?? Tidak aku sangka dalam usia aku 23 tahun, aku masih lagi berpenyakit HOMESICK.. Aduhai.. tinggal 3 bulan je lagi kat penang ni.. huhuhu..
Ceh.. !! Patutlah kuar ke mana-mana pun aku tak nak..? Hahaha..
.
p/s - kene kemas kain baju lagi.. Jumaat sampai Ahad ada lawatan sambil belajar ke Cameron, Lumut dan Segari.. Jumpa di sana.. Emak, abang rindu kat emak..!!
.
17 comments:
hoho adwa pon suda homesick :'(
haahha...masih h/sick kan,,even dah besar pnjang,,,hee...aku pun cmtu.,,,xtau la bla khwin cmner..huhu
nasib bek yna blaja dlm ngeri sndiri, 45 minit p'jlnan, tiap2 mggu bleh balik.. hehe.. tp sblum2 2 pnah gak duk jauh, time pose la paling sedih.. huhu
tahu tak bahawa statistik menunjukkan bahawa kebanyakkan anak lelaki merindui masakan emak !!
knp yer? lelaki suka makan yer?
hihi..
psst, kembali ke sini lg selepas beberapa ketika. tq sebab sudi menjengah blog.. :)
sabar2 :)
heheh boleh tak nak cakap, specialnye bila umo 23 tapi still homesick.
kalau rasa kurang warna warni, janganlah terus biar dye kurang warna, corakkan lah balik~
tabah je la. hehe
Cuba ikhram tanya mak berapa lama ikhram menyusu mak. Itulah penangannya kasih berpanjangan kerana mak didik dgn baik syukur... rindu mak tak apa ada masa luangkan jenguk dia ye....
Sabar2 cikgu~ hope you enjoy degan lawatan sambil belajar tuh k
haah same la...rase muak sangat kat maktab ni..hehe maktab mane bro?
haah same la...rase muak sangat kat maktab ni..hehe maktab mane bro?
homesick memang tak kenal usia.
wohoho. selamat ber-posting nanti sir ikhram!
^^
aku tak.. haha
homesick akan sentiasa berlaku dimana2 tidak mengira usia
:-)
Kuat! Kuat! Kuatkan diri wahai anak muda!
:D
homesick punya pasal..heehee...^^
manja
Post a Comment