Sempena hari Isnin yang kebiasaannya memberi mood biru-kebiruan.. Jadi aku siarkan beberapa gambar kenangan di Pusat Pengurusan Penyu, Segari, Perak baru-baru ni. Tiada apa yang lebih menarik tentang pengalaman di sini selain melihat dengan mata sendiri, kami melepaskan anak-anak penyu yang baru menetas merangkak-rangkak menghampiri lautan dan meneruskan kehidupan di sana. Dalam seratus, mungkin seekor dua saja yang mungkin dapat menjadi dewasa. Kesian kan??
Semasa melihat anak-anak penyu kecil ini menghampiri lautan, aku tidak dapat menyembunyikan perasaan sayu. Aku tidak dapat membayangkan tentang masa depan anak-anak penyu ini akan masa depan mereka. Melepaskan kumpulan anak-anak penyu ini bagaikan melepaskan anak sendiri bergerak hidup untuk meneruskan masa depan sendiri tanpa sapa-sapa. huh !!
Kemudian aku refleks kepada diri aku. Jikalau anak-anak penyu sekecil ini perlu berdikari pada usia kecil, tapi kenapa tidak aku ? Manusia yang sempurna kejadian..!!
Anak-anak penyu terus merangkak-rangkak ke menyusur laut tanpa ada yang mengajar. Inilah yang dipanggil fitrah alam.
Banyak informasi yang aku dan kawan-kawan dapat di Pusat Pengurusan Penyu ini tentang bagaimana proses perkembangan pemuliharaan penyu, apakah teknologi yang digunakan agar keselamatan penyu sebagai haiwan yang terancam sentiasa terpelihara dan pengetahuan serba sedikit jenis-jenis spesis penyu yang masih ada di negara kita.
Teringat kuliah hari ini berbincang pasal stress di kalangan guru. Makin dibincang makin stress pulak otak aku nie. Sebenarnya melarikan diri dari masalah takkan menyelesaikan apa-apa. Kini, stress buat makan minum aku terganggu dan tabiat kehidupan aku juga terganggu. Terperuk kat bilik saja.
Teringat satu dialog aku dengan seseorang semalam.
"Kalau nak jadi pramugara boleh tak ??"
"Ada pulak... tak boleh. Takkan blaja pandai-pandai nak jadi pramugara ??"
...dalam hati aku, blaja kat maktab ni,.. pandai ker??? huhuhu...
.
p/s - tengah-tengah tulis esei pasal punca dan langkah mengatasi stress di kalangan guru. Aku berhenti. Sebab Stress. Tetiba pasang mp3 dalam mood record. Aku nyanyi dan dengar suara sendiri menyanyi. Best kot sore aku nyanyi lagu "Warkah Berlagu Pilu".. hahaha !!
.
22 comments:
mst sayu je hati nk lepas penyu pergi kan
Pergh, untngnya awak dapat tengok scene tu. Dah lama saya berhajat tapi tak dapek3 lagi. Agaknya diorang ni dapat wujud bape tahun jek la lagi kan.. Masa saya pergi sabah hari tu, ada penyu terkedek-kedek datang dekat saya masa tengah snorkeling, comel3 je diorang kan. :)
ps: hey, bangga la jadi cikgu ;p
Jelesnye.. zwan x penah lagi pegang penyu.. asyik pegang kura2 jer.. HUHU
MySuaraBlog: Open Mindedla Sikit Derr!
tak pernah lagi tengok penyut di lepas kan..
untung dapat lihat...
jgn stress2 ok..
xD
New Hottest Entry =) : Contest Annouced! Mak Aih ! Contest Blog Eazy Izzuddin?!
perghh untungla sir
dapat pegang penyuu
wah! kat perak ke? igtkan kat terengganu ke ape. nak g jugaklah.
kita tgk penyu telor..
penyu tgk telor kita..
eh slh
=_=
mesti best kan..den x ponah pogang ponyu..kuro2 ponah la...lelabi pun den takut nak pogang sobab org koba kalo lelabi gigit kono tunggu guruh bunyi baru dilopeh eh...;-)
sedih. aku nak nagis tapi control macho. macho aku masa tu sama macam macho naik tangga. =='
wow bestnye pegang penyu,,,
hurmm tatau lak ang duk penang.hahaha leh la lepak..ceq penang lg weekend ni...
but kat pulau la
waaaa..x penah pegang penyu lagiiii
aku suka makan telur penyu.... hehehehe sedap
dulu papa mifz pernah pegang anak penyu baru menetas....masa pergi Pulau Lang Tengah,Terengganu dlm 3-4 tahun lepas...mmg pengalaman yg best...
ha ha ha terkedek2 penyu tu ~
pernah melihat anak penyu dilepaskan ke laut... di pengkalan balak, melaka
sedangkan ank penyu boleh hidup berdikari,inikan pula kita yg cukup sifat...errrmmm...hebatnya kuasa allh...nice entry...interesting..!
sudah pandai berpemyu dah sekarang yee.. huhu ;p
Somelnye penyu.. Tp nape kecik2 camtu dorg nk lepas? Tggula beso sket.. Kecik camtu mmg salu terancam.. Sbb penyu kan tidak bijak die suke memakan plastik kdg2.. Hahaha..
wahhhhhhhhhh
bestnya boleh pegang penyu
agak-agak bila besar boleh jadik ninja turtles tak?
bestnya main penyu!!!
"Melepaskan kumpulan anak-anak penyu ini bagaikan melepaskan anak sendiri bergerak hidup untuk meneruskan masa depan sendiri tanpa sapa-sapa."
ayat sungguh dramatis.. kelihatan seperti sudah punya jiwa seorang bapa.. jodoh tak lama lagi lah tue.. :)
knp xupload je audio tue.. bg gegar skit blog nie.. hahaha. :P
Post a Comment