I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 31, 2011

1 Ketul Batu dengan 4 Kuntum Bunga.




Nasihat aku yang pertama - Jangan lakukan sesuatu mogok ke atas diri sekiranya jenis mogok yang ada anda lakukan itu merupakan tabiat sejati dalam diri. Contoh; kalau anda seorang yang pemakan, jangan lakukan mogok lapar kalau berlaku sesuatu konflik.



Nasihat aku yang kedua - jangan bencikan seseorang yang telah melahirkan anda. Contoh; ibu kandung anda sendiri.



Huhuhu.. Aku baru sahaja menghabiskan bacaan novel KELABU. Novel itu kini merupakan salah satu novel yang terbaik yang pernah aku baca. Aku suka jalan cerita dan gaya bahasanya yang sangat santai. Aku menjiwai setiap watak yang ada dalam novel itu. Boleh dapatkan novel tersebut yer..!!



Baiklah. Dalam dunia ni aku lebih mudah berkongsi masalah dengan wanita sebenarnya berbanding lelaki. Alasannya.. lelaki memang pendengar yang baik, tetapi mereka jarang untuk memahami. Kedua, walaupun wanita mempunyai kelemahan dalam kemahiran mendengar, namun mereka kelihatan lebih bersungguh-sungguh dan mampu memberi respon yang terbaik.



Lelaki lebih gemar menyelesaikan masalah dengan strategi. Aku tak perlukan itu.. sebab kalau hanya untuk merancang strategi, aku sendiri boleh menyelesaikannya. Apa yang aku perlu sebenarnya.. hanyalah berbual.



Dalam melalui usia kematangan yang semakin hari semakin meningkat ini, aku perhatikan bukan semua orang mampu membuatkan aku terus bercerita. Namun terdapat segelintir yang bijak mencungkil perasaan aku. Sebenarnya aku bukanlah perahsia sangat.



Empat wanita yang selalunya mempunyai firasat dan kepekaan yang luarbiasa dalam mengesan masalah aku.. (adakala menghabiskan masa utk berborak..) adalah Aisyatul Nur, kak Pinat, Mardia dan Sarah. Empat orang ni tak perlu bersusah payah nak soal macam-macam mengalahkan wartawan. Cukup dengan satu mesej, semuanya bakal berjalan lancar.



Persamaan mereka - mereka menerima diri aku seadanya. Seterusnya mereka lebih ceria dan positif. Sifat-sifat itu sangat menyeimbangi kehidupan aku. Sebab itu aku menyenangi mereka berempat.



Bezanya - mereka selalunya datang dalam kehidupan aku dalam waktu yang berbeza-beza dan nasihat dari mereka selalunya bersifat tersendiri.



Dari aspek Aisyatul nur - nasihat seorang kakak kepada adiknya mungkin aku boleh peroleh dari wanita ini. Tolenransi tapi tegas. Tapi bukan nak cakap la.. dia ni kuat nangis. Jadi segala tindakan dia memang menampakkan dia seorang kakak. Selalunya tindakannya menangani aku kelihatan sangat berjaya.. disebabkan aku memang seorang adik lelaki yang baik dan menurut.



Dari aspek Kak Pinat - jarak usia yang jauh berbeza disamping perkenalan kami yang berlaku di sekolah sebagai guru menjadikan hubungan kami lebih kepada rakan sekerja. Jadi nasihat beliau ni memang ala-ala nasihat dari pengarah drama 'Dilema Wanita'. Nasihat beliau lebih matang dan rasional. Sikap ambil berat beliau selalunya memberi maksud - aku perlu bertindak sesuai dengan umur aku. Walaupun adakala nasihat dia seperti aku ni seorang murid, tapi percayalah aku sangat menyenanginya.



Dari aspek Mardia @ Didie - Aku takkan dapat mencari pengganti kawan se'gila-gila' Mardia. Yup.. dia memang happy go lucky, tapi kalau aku dalam masalah dia memang pendengar yang paling berkesan. Aku tak pernah rasa lega dengan cepat bila berdepan dengan masalah melainkan setelah meluangkan masa dengan dia. Walaupun dia macam 'huu-haa huu-haa' sket, tapi percayalah dia seorang yang sangat memahami. Dia jarang mengusulkan idea utk settlekan masalah tapi dia akan menenangkan perasaan negatif aku. Aku percaya langkah ini merupakan satu langkah permulaan yang berkesan dalam menangani masalah. Dan dia berjaya.



Dari aspek Sarah - haha.. dia manis. ayu.. dan periang. Bila bermasalah, selalunya firasat dia menjadikan dia selalu ada dengan aku. Dia jarang selesaikan masalah aku dengan menyentuh isu-isu masalah yang aku hadapi. Sebaliknya lebih kepada melayan aku berbual.. dan terus untuk berbual. Kalaupun dia nak menyindir kesilapan aku, pasti dengan membuatkan aku ketawa untuk menerimanya. Dia banyak mendengar. Aku tak pernah tau bila masanya untuk kami berlaku serius.. tp.. apa boleh buat kalau kedua-duanya memang saling melucukan. Dia ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah aku dan cara-caranya itu tidak seperti ingin menyelesaikan masalah sebenarnya. Tau-tau jer.. semuanya dah selesai, ... Hanya dengan satu panggilan telefon.. wow !!



.. teringat bekas kekasih dahulu. Bising kenapa aku tak pernah berkongsi apa-apa dengan dia. Maaf, aku tak pernah mencampur aduk masalah dengan perasaan. Ataupun mungkin sebenarnya bekas kekasih dulu memang tak de sifat-sifat seperti mereka berempat.. aku pun tak pasti.



Entry kali ni bukan untuk apa.. sekadar menghargai mereka berempat yang telah sama-sama menemani aku berdepan dengan krisis 'mogok lapar' aku tadi.. hahaha !! Pengakhiran mogok lapar aku dihidangi dengan santapan nasi lemak dan sambal udang. Berselera sekali makan setelah dua malam tidak menjamah makan malam. Memang berbaloi.

.

p/s - sesiapa yang membaca sampai habis. Terima kasih banyak2. Entry ini lebih bersifat kepelbagaian gender. Hahaha.. !!

.

6 comments:

Chegu said...

jejaka pingitan nogori ni...hahaha

iAmCekbolat said...

pewwitt.. 4org tuh.. ckup kaota dah.. egeggege..

is revered by you said...

heh..Nasihat kamu yang kedua - jangan bencikan seseorang yang telah melahirkan anda. Contoh; ibu kandung anda sendiri.. memey ah..mana ada ibu angkat lahirkan kita ek??ahaha

sarah zulk said...

Wahaha..name aku ade dlam ni... Kembang hidung kjap.. Hehe.. ^_^v

ckLah @xiiinam said...

Selamat tahun baru...

blog-tips-kurus said...

wanita memang sangat memahami & > matang..