Aku masih lagi beruntung, masih ada lagi seorang emak..! Emak yang akan mencubit aku bila aku buat-buat merajuk.. Emak yang akan menampar bahu aku bila bergurau.. Emak yang akan membebelkan aku bila aku degil.. bila aku melakukan perkara yang tidak betul.. dan aku masih ada lagi seorang emak yang sentiasa menyediakan juadah yang enak-enak.. yang terasa puas apabila menjengah di kerongkong.. dan Emak yang aku sayang ini tiadalah penggantinya di dunia ini..
Aku perasan, emak selalunya penyeri suasana.. Bila rumah tiada emak, terasa kekosongan ada di mana-mana.. Begitu juga bila pulang ke kampung.. ramai macam mana lah orang, tapi bila emak tiada, rumah kat kampung pun terasa kosong kerana tiada emak.. Telatah emak, gurauan emak, suara emak selalunya memecahkan kesunyian. Aku sentiasa berasa lega bila emak ada disisi.. Bila emak ada di sisi, aku sentiasa ada perkara yang ingin aku bualkan..
Aku tak pernah terlepas dari mengatakan yang emak aku seorang yang garang dan sangat garang serta terlalu garang.. namun semua orang sedar dia penuh dengan kasih dan sayang..!! Kadang-kadang dalam kemarahan dia tu, aku sedar jugak kasih sayangnya yang terselit di balik-balik bebelannya tu.. Dah menjengah ke usia 23 tahun, kalau buat salah.. teruk jugak kene bebel.. hahaha!!
Tadi, aku menonton rancangan Dr. Fadzilah Kamsah Selami Jiwa.. kali ni topiknya tentang ibu bapa.. ada satu dua perkara yang menjadi inspirasi kepada aku.. yang menjadi ingatan, nasihat dan amaran kepada aku..
Pertama - ibu dan bapa tidak akan ada gantinya di dunia ini.. kita tidak akan pernah merasa kekosongan di dunia ini setelah kehilangan ibu bapa kita.
Kedua - walaupun segunung selautan harta benda yang ada di dunia ini, pasti tidak akan terbalas akan jasa kedua ibu bapa kita.. hatta untuk membayar semula setitik susu ibu.. oleh kerana itulah, sebagai anak lelaki, janganlah kita terlalu melebih-lebihkan isteri dari ibu kita sekiranya itu mampu melukai perasaan ibu kita..
Ketiga - ada satu perkara yang merupakan ubat dan racun kepada kehidupan kita.. kalau betul apa yang kita lakukan, maka ubatlah jadinya.. kalau tidak betul kita uruskan, maka racunlah dalam kehidupan kita.. iaitu - hati ibu dan ayah..
Keempat - apabila terasa diri kita seperti ingin menderhaka kepada kedua orang tua.. lihatlah gambar atau video para-para ibu yang sedang melahirkan anaknya.. tak kiralah yang bersalin normal ataupun secara caeseran.. pasti ada tanda kebesaran pada jasa pengorbanan ibu kita.. pasti menitis air mata kita setitik dua..
Kadang-kadang sebagai anak, kita selalu merasakan apa yang telah kita berikan kepada kedua ibu bapa itu sudah memadai.. Ibu bapa kita tak mintakkan harta kekayaan.. sebaliknya perhatian dan belaian.. dan ingatlah, setiap apa yang kita buat untuk ibu bapa kita.. akan dibalas pula dengan balasan yang sama dari anak-anak kita..
Umur aku mungkin terlalu muda untuk menasihatkan semua ini.. tapi aku ambil ini semua sebagai iktibar buat diri aku.. menghargai jasa ibu bukan pada hari tertentu.. tetapi pada setiap nafas yang kita sela.. dan aku selalu berdoa, agar aku menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendahulukan ibu bapa dalam setiap perkara yang aku mahu lakukan..
Dan aku percaya.. hidup aku pasti kosong, bila emak tiada di sisi !! Sebab itulah, hargailah ibu pada setiap masa..!! Dan aku masih lagi beruntung kerana ada emak di sisi...!! Emak selalu berpesan, "Orang yang menjaga kedua ibubapanya yang sakit di usia tua, Allah akan menghadiahkan sebuah mahligai di syurga kelak.. "
-..dan nasihat ini diucapnya berulang-ulang... wallahulam..
.
p/s - kadang-kadang ada orang bila emak jatuh sakit pun tak nak balik ke kampung.. apa la perangai macam ni.. lepas tu bila emak dah tak de, sibuk pulak nak nangis2 macam orang tak beriman.. jangan nak kata tak de.. sebab memang ada orang-orang yang macam ni yer..!!
(Gambar tiada kaitan dengan entry post.. tu cuma adegan2 kami hujung minggu ini.. hehehe..)
.
12 comments:
insyaAllah ikhram, jika kita pandang mak pun dapat pahala
alhamdulillah....betul tuh...suka entry neh...
Bagos.. Jadi anak soleh yo!!
woaahhh.. anak mak! bagus3 cayalah! :D
pg td cium tgn mak..tiba2 rs sebak.. :(
*mak dh balik kpg..huhuhuhu
yea! i pon ada mak..
kasih mak dibawa syurga.. aminn
IMANSHAH ; kita ni kalau nak buah baik.. pasti ada jalannya kan? cuma hendak seribu daya .. apatah lg unutk mak kita..
Tulip : terimakasih kerana menyukainya
Liyana Zahim.. insyaallah..
Khairul Antasha : selalunya sebak salam tngan mak bila nak balik ke maktab semula..
Keyri : anak emak pun. anak emak la.. hahahaha
Syahmi fikri : berunutng kitakan masih ada emak !!
Post a Comment