I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 3, 2011

Atam's House


Kalau nak tau, kebanyakkan pakcik-pakcik aku semuanya ramai telah berkhidmat dengan kerajaan.. Abah aku tentera udara.. pak tam dan pak cu navy.. pak ulong tentera darat.. Pak Teh pulak berkhidmat dalam Polis DRM.. ada pulak yang berkhidmat dalam dunia telekomunikasi.. antaranya pak cik aku atau aku panggil 'ayah' sejak kecil.. bekerja dengan Telekom Malaysia.. begitu juga dengan Pak Long aku yang bertugas dengan JBA ataupun kini SAINS.. Siapa pun mereka, mereka tetap juga pakcik-pakcik aku ketika bertemu di rumah ataupun berkumpul di kampung..


Seperti biasa, bila cuti semester bermula, aku dan adik-adik pasti akan ke Kuala Pilah untuk bertemu mak tam.. sekaligus singgah ke rumah mak cik.. biarpun mak abah sibuk di Seremban tp itu bukan alasan untuk kami mendekatkan diri dengan saudara mara. Bila dah besar-besar nie, pandai-pandai la membawa diri.. hehehe..!! Aku perasan, semakin usia menginjak ke dewasa, hubungan kekeluargaan yang rapat kini lebih terarah kepada keluarga sendiri. Perkara ini kerana ramai antara sepupu yang kini sibuk menuntut malah ada yang telahpun bekerja dan ada yang telah berkeluarga sendiri..


Jadi, kami yang tiga beradik nie.. sudahlah tidak bekerja malah masih pula tidak bekeluarga sendiri.. telah pun membuat keputusan untuk bermalam ke rumah mak tam.. hahaha !! Mak tam antara ibu saudara yang paling kami rapat sejak dari usia kanak-kanak sehinggalah sekarang. Bila tiba di rumah mak tam.. mak tam pasti akan menyedia juadah makanan yang sedap-sedap dan selalunya makanan yang kami suka.. Menu popia tu usah cakaplah.. memang taruhan hati aku setiap masa di rumah ini !!


Dari mula datang sampailah nak balik.. mak tam asyik masak saja.. dan aku asyik makan saja..!! Sambil-sambil masak, mak tam akan rancak berbual.. Aku sedar, keluarga aku ni tak kira la keluarga belah abah.. mahupun belah emak.. semuanya suka bercakap.. suka tergelak.. !!
Dan aku terikut-ikut sikitlah tabiat itu..!!


Mengakhiri pertemuan ini dengan berjabat tangan bersalam, berpelukan dan berciuman laga pipi..!! Hahaha... Pesan aku, kalau orang buat baik dengan kita.. hargailah.. kerana usia kita bukan selalunya panjang untuk mengizinkan kegembiraan sentiasa.. Mungkin memori hari ini, kegembiraan hari ini tidak selalunya ada lagi pada masa akan datang.. hargailah silaturrahim dengan rasa berbesar hati mempunyai saudara mara.. bukan dengan sikap iri hati yang membabi buta.. apatah lagi untuk memutuskannya..

Ya Allah.. hindarilah kami sekeluarga dari kejauhan silaturrahim yang bermalapetaka..
.
p/s - Dah sampai seremban.. bilikku syurgaku !! hehehe...
.

17 comments:

IMANSHAH said...

ee tunjuk lah gambo bilik

cha zainol said...

kau makan lah banyak mana pon. cekeding tu jagak. jeles aku. xcukup yang sendiri boley lagi olong habiskan yang aku =='

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

dah membesar kena pandai jaga diri.. hoho bawa diri leklok

alexayussida said...

best gile keje makan jeee :D

ღKekunangpelangiღ said...

Kadang terlalu baik pun, orang tak suka jugak.. :)


p.s : Makan kot nak ajak.. huhu

Maicher said...

kadang-kadang kita tak prasan orang buat baik kat kita. bila orang buat jahat, senang je nak nampak.

T__T

iKhRam said...

huhuhu,.. testing...

iKhRam said...

IMANSHAH ; Dulu dah pernah buat entry pasal bilik.. huhuhuh

iKhRam said...

cha zainol : adalah sebab tuhan bg aku nikmat boleh makan byk .. hahaha

iKhRam said...

inspirationalefeks : iya.. selalu beringat2,... kene pandai jaga ati orang.. hahaha

iKhRam said...

alexa yussida : namapun makan.. mesti lah best kan?

iKhRam said...

Epul Si Kunang2 ; hahaha.. akan datang.. kalau saya makan, saya ajak k?

iKhRam said...

Maicher : sebab itulah kita kenelah selalu membuat kebaikan.. tak kiralah sama ada orang nampak ataupun tidak !

eddy syrol said...

lagu tema blog ni best :)

zazaw said...

besttt aaaaa
dapat balik kg
sungguh lah sir ni abangg mithali
ahak2

iKhRam said...

eddy Syrol : terimakasih... yer

iKhRam said...

zazaw : best jer balik kmpung.. abg mithali ?? tak jugak.. selalu jer buli adik2.. hahaha