I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 13, 2011

BULI Balik !!



Dulu masa kecik-kecik.. disebabkan sepupu-sepupu aku semuanya besar-besar dan aku antara yang termuda dan terkecil (pada masa itu).. Jadi bila diorang nak kemana-mana terutama ke pasar malam, diorang akan tipu aku dengan macam-macam penipuan dengan tujuan tidak mahu membawa aku bersama.. Aku pun menangis, melalak , melolong macam orang gila.. Dan janji-janji mereka itu hanya palsu.. bila mereka pulang, tiada apa yang mereka bawa balik melainkan mulut mereka yang berminyak.. mungkin makan keropok lekor semasa perjalanan pulang..


Itu cara pembulian kanak-kanak terdahulu.. dan aku adalah mangsa yang seringkali terpedaya tanpa rela. Oleh sebab itu, setiap hujung minggu atuk pun akan ke pasar malam membeli beberapa tongkol jagung rebus. Atuk sangat bijak.. dihirisnya barisan-barisan jagung itu seperti membuat bubur jagung.. dan ditaburnya gula.. makan la kami beramai-ramai.. cukup pula bila dikongsi dengan semua sepupu-sepupu aku itu.


Langkah atuk ini adalah satu usaha untuk mengelakkan kami dari terus-terusan dibuli.. hahaha.. Itu cerita masa kecil.. bila dah besar, semuanya kini membawa arah hidup masing-masing.. Sapa yang ingat, ingatlah perkara macam ni.. tapi sebagai cucu atuk, peristiwa ini akan menjadi kenangan silam yang terindah..!!


Dan dalam keluarga kecil aku , Iman, adik bongsu kami yang paling jauh beza umurnya. Jadi mengikut senioriti, dia la yang wajar dibuli.. Petang tadi, semua makcik-makcik dari kejiranan kami sedang berbual di tepi lorong rumah.. Aku fikir kain tidak berangkat lagi dari penyidai walhal hari sudah petang.. Kalau aku nak angkat, aku segan pulak.. orang ramai yang ada !! Makcik-makcik pulak tue..!! Jatuh la saham aku kalau orang nampak, lelaki kene angkat kain !! Tak mahu aku..!!


Jadi aku pun suruh si Fatin.. Fatin dok kenyit2 mata kat aku.. matanya mengarah ke arah Iman.. Yezza !! Aku faham.. !! Masa Untuk membuli Iman.. hahaha!! Aku pun buat-buat menyuruh si Fatin, si Fatin pulak beria-ria buat-buat tak mahu.. Last2 kami berdua suruh iman yang buat dengan bertindak mengungut dia sesuatu.. Jadi dia pun terpaksa la ikut.. Masa dia angkat kain.. tak sudah-sudah kami berdua ketawakan dia.. tu belum lagi kes-kes kene usik-usik dengan mak cik-makcik yang ada kat situ lagi.. Kesian budak teruna kesayangan mak sorang tue petang ni..!!


Kalau nak ikutkan, hari-hari jer si Iman tu kene buli.. Kadang-kadang kalau aku dah siap2 nak makan, tetiba lupa nak ambik kicap ker, ambik air ker.. dia la yang kene ambilkan. Ada lagi, kalau masa aku nak mandi.. tetiba towel tersidai kat luar rumah, dia la yang aku suruh tolong ambilkan.. Itu belum lagi kes-kes terpencil macam nak suruh pujuk abah belanja makan ker? nak suruh carikan barang hilang ker.. dan macam-macam lagi la kes penganiayaan yang lain.. kira dalam rumah ni, Iman ni berjawatan sebagai jurugegas @ runner la!! Hahaha.. Kira hebat jugak la kan ??


Apapun jasa baik dia kami hargai.. Hehehe.. Apa saja keperluan dia dan keinginan dia kami penuhi.. cakap je nak apa, dengan secepat kilat.. dengan sedaya upaya abang dan kakak akan turuti.. Jadi sebab itulah mungkin dia fikir, dia wajar dibuli.. hahaha!! Aku rasa la...!!


Apapun, ini perkara biasalah, yang kecik memang akan disuruh itu dan ini oleh yang tua-tua.. Aku dulu masa kecik-kecik pun macam tu jugak.. teruk juga kene suruh emak macam-macam.. Pegi kedai la.. kadang-kadang kene berulang ke kedai sampai beberapa kali.. jalan kaki pulak tu.. Belum kes kene cari barang hilang.. kene jugak cari..!! Apapun, Hidup umpama roda kan ??


Anda pun pernah alami jugak kan ?? Tak baik tipu..!! Pernah kan??

.

p/s - malam ni emak pulak membuli aku.. dia suruh aku nyanyi lagu "Joget Kasih Tak Sudah " secara marathon berulang-ulang.. terpaksa la aku ikutkan kehendaknya.. Tapi aku tak kisah sangat sebab mak cakap "abang, emak peminat kau nombor SATU "..


"Ya Allah.. Mak, nak pengsan abang dengar.. Terima kasih emak..!!"

.

26 comments:

Ryan Ervan said...

hahahaha~ yg awal2 okay lagi bab buli2, biasa la tuh yg muda kene. Adat haha.. jgn abused sudah

yg part akhir funny dgn dialog emak haha..
nyanyi2..

ewanthology said...

hukum karma tu :-)

IMANSHAH said...

tak ingat dah

Anonymous said...

jahatnyeee abang
-.-

ZWAN SABRI said...

Aiseyh, kesian sama Iman.. abang pembuli rupanya Cikgu Am kita nii.. HAHA

MySuaraBlog: Perhimpunan BERSIH : Bersih Sangat Kah?

Admin said...

tu la dinamakan revenge hahaha..mmg terjadi kepada sesiapa ...tapi bile dikenang2 mmg best kan zaman budak2 ni hahaha

Hans Hanis said...

hahahaha
kejam ko buli adik sendiri
tapi bagus juga buli macam nih
dia belajar macam2 perkara
hhohooh
gelak2 aku baca entry nih

Header Baru Blog Hans....Comel Tak?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hahaha....

sama la kita beb...

lebih2 lagi kalo anak sulung, memang adik2 yang akan jadi mangsa buli....

keh3....

Encik Psychopath said...

aku tak pernah terjebak dalam gejala buli. ish ish ish.


(tipu)

Mutiara Bernilai said...

aish,,
xbaik tau buat mcm tu,
meh bagi tangan kamu tu kat mutiara,
mutiara nak pukul dgn pembaris kayu,,


ahah,,

adeh, actually pernah buat jugak,,
hiks2,.,

iKhRam said...

Aman Ibrahim : Aman, saya pun tergelak sama bila baca bab p/s tue! hahaha..

iKhRam said...

delarocha ; hukum karma ?? dah macam citer zaman-zaman dok asrama pulak kan? hahaha

iKhRam said...

IMANSHAH : ye la tu dah tak ingat dah.. mesti ada tu.. cuba ingat betul2..

iKhRam said...

chemay : bukan jahat tetapi nakal sahaja yer.. hehehe

iKhRam said...

ZWANSABRI : jangan la kesian sama Iman.. kadang2 bg la dia kene buli.. baru hormatkan senior cam abag dan kakaknya nie.. hahaha

iKhRam said...

Phat : zaman kanak-kanak adalah zaman yg paling berharga yang tak mampu dibayar dgn matawang..

iKhRam said...

Hans : nasib baik ada penyokong cam hang wei.. bagus2!

iKhRam said...

Gadis Kampung Separa Bandar ; yezza.. ada geng..!! jom kita buli..

iKhRam said...

Encik Psycopath : tipu tak baik.. dosa.. nnt tuhan marah!!

iKhRam said...

Mutiara Bernilai ; huhuhu i'm sory!! tp best kan buli membuli nie..!!

Hans Hanis said...

kahakkhahkka..aku sokong kalau buli yang bukannya negatif..nih buli positif tapi jangan amalkan selalu..sesekali kita pun kena tunjuk juga kerajinan kita takut nanti dia memberontak

iKhRam said...

Hans : insyaallah.. nak membuli pun kene tgok juga mangsa.. mangsa kat rumah ni jenis yang tak memberontak.. tp dia main ngadu2.. hahaha..!!

Anati Soki said...

kehehehe.. same old same old..
abg mmg begitu. anat slalu je kena buli ngn abg anat.. grrrr

iKhRam said...

Anati Soki : mesti abang anat sayangkan anat kan? sekurang2nya dia amik perhatian terhadapa adik2 dia..

Hans Hanis said...

hahahhaa...ialah
kecik lagi..
besar nanti mau ngamuk dia
hahahaa

Kisah Sekuntum Bunga Hitam

iKhRam said...

Hans: bila dah besar, dia pulak yang buli.. hahaha