I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 16, 2011

Entry Dari Hati !

(tolong abaikan jerawat batu seketul di pipi tu yer..!! hahaha)

Pertama sekali.. aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dan blogger-blogger yang sudi singgah membaca dan meninggalkan jejak dengan menghantar komen, meninggalkan jejak dan menekan butang 'like' dan sebagainya.


Sesungguhnya, aku berusaha keras terhadap blog tercinta aku ni agar sentiasa 'hidup'.. kerana blog ni umpama nadi dalam kehidupan aku..!! Tanpa blog ini walaupun satu hari, hidup aku pasti tidak keruan.. tak percaya ?? boleh tanya kepada kawan-kawan sekelas.. keluarga.. kalau berani leh tanya emak aku.. tp sebelum nak tnya emak.. kene la tengok gambar kat entry wordless wednesday # 2.. "ada brani??" hahaha..

Jadi respon dari anda semua sangat-sangat saya hargai..!!

Semalam, bersamaan dengan 14 Jun 2011.. aku ke Putrajaya.. saja-saja bersiar-siar melihat pemandangan di kompleks pentadbiran kerajaan negara kita.. Sangat indah ! Arca-arca yang dibina dan bangunan-bangunan pencakar langit yang menghiasi sepanjang dataran putrajaya itu memang indah.. Mata aku tak berkelip memandang ke kiri dan ke kanan.. dengan jambatan-jambatan penghubung di setiap antara jalan raya, direkabentuk dengan penuh gaya yang tersendiri.. aku secara peribadi sangat kagum dengan Putrajaya..

Teringat masa aku dalam darjah 6 dahulu, sewaktu pihak sekolah agama rakyat membuat rombongan ke Putrajaya dulu.. seorang ustaz aku ni, tak sudah-sudah mengatakan kerajaan negara kita ni telah membazirkan terlalu banyak duit rakyat dengan membina Putrajaya.. tp dalam hati aku, "cakap jer membazir, tp rombongan buat jugak ke sini".. hehehe... Dalam tahun 2000 pada masa tu, pembinaan Putrajaya boleh dianggap satu isu baru dan sangat2 sensitif untuk diperkatakan..!!

Biasalah.. perkara yang mengkagumkan macam ni selalunya memang akan ada banyak bangkangan..!! Macam sejarah penciptaan kapal terbang dulu.. Apapun pembinaan Putraya ini adalah satu projek kerajaan untuk jangka masa panjang negara disamping boleh mempamerkan kejayaan dan kecanggihan negara kita pada negara-negara luar..!! Ini bukan soal riak ok? hahaha.. Ini soal kemajuan, yer..??

Bila kerajaan nampak sudah berjaya.. barulah hubungan diplomasi antara Malaysia dengan negara-negara luar akan sentiasa berkembang. Dengan ini, pasti mudah untuk kita berjaya menarik perlabur-pelabur asing berurusniaga di negara kita.. Perkara inilah yang selalu emak cakapkan kepada aku dari aku darjah 6 sehinggalah sekarang..

Dan keindahan Putrajaya semua ini adalah inspirasi dari Tun Dr. Mahathir Mohamad.. tak kira la kita ni rakyat dari penyokong kerajaan ataupun dari pihak lain.. tp jasa-jasa beliau harus kita kenang.. beliau sangat-sangat berjasa pada negara kita..!! Itu semua harus akui.. Orang yang bersyukur adalah orang-orang yang tahu berterima kasih..

dan di Putrajaya ini.. hati aku telah pun dicuri..!! Hahaha....!!


.

p/s - kadang-kadang nak jugak ajak emak main paintball dengan aku.. huhuhu..!! tp sure aku tak boleh menang.. nak tau sebab apa ?? Sebab aku yakin mak akan cakap macam ni masa tgah main tpaintball tu nanti..


"Abang.. lotak kan ko punyo sonapang kek bawah.. kalau ekau tembak mak.. doso bosa ko yo!!"


Tak aci la kan ?? tp kalau ingkar cakap emak.. berdosa pulak..??!! Cam no tu?

.

24 comments:

Hans Hanis said...

hahahahah....
kalau mak ko cakap cam tu
memang kalah la ko lawan paintball dengan dia
ekekek

putrajaya pun curi hati aku dari segi reka bentuk bangunan dan suasana dia

iKhRam said...

Hans : lagipun sampai ke ati nak tempak makk sendiri.. ntah2 mak pun tak sampai ati nak tembak saya, hans.. hahaha!!

rasa nak jer datang ke putrajaya lagi..

IMANSHAH said...

salam

sapa pula yang jadi pencuri hati mu itew?

iKhRam said...

IMASHAH : biarlah rahsia... hahaha!! tpkan kalau ada petua dalam menjaga hubungan, boleh la kongsikan pada ikhram yer..

Aefa Aerisya said...

teringin pulak nak g putrajaya.. tapi jauh~ huhu

iKhRam said...

Aefa Aerisya : jgn risau.. akan sampai masanye nanti anda akan kesini.. huhuhuh

Anonymous said...

tak aci la macam tu kan?
mak gune kuasa veto ibu
hahaha
:)

::FAIZ:: said...

"Abang.. lotak kan ko punyo sonapang kek bawah.. kalau ekau tembak mak.. doso bosa ko yo!!"


hahahahahahaaha

Scha Nazri said...

haha. dongar cakap omak tuh. jangan nak dogil. hehe.

eh, pakcik, ekau nogori kek mano?

Mr. Asada said...

belum pernah lagi jejak kaki ke putrajaya nih. tengok dari langit selalu dah. hahaha..

anak yang baik akan bagi mak dia menang masa main paint ball sama2. kehkehkeh..

terima kasih kembali ;)

iKhRam said...

chemay : kuasa veto mak kite ni mengalahkan kuasa veto kat pbb sana tue! hahaha

iKhRam said...

FAIZFARISH ; oo suke yer.. mesti tergelak2 mr faiz baca p/s ni ek?

iKhRam said...

syazana : den soghomban kek sonawang !!

iKhRam said...

Asada Ryutaro : insyallah.. nnt dah balik Mlaysia.. merasalah g ke putrajaya tu..

tak pe la,.. kali nis aya bg mak saya memang.. hahaha

Hans Hanis said...

hahaha
jangan la main paintball dengan mak
main bowling dah
xada sapa kena tembak
ekekke
jom weih pi putrajaya

Review Filem Green Lantern

iKhRam said...

Hans : hahaha... ok gak kan?? main bowling.. good idea..

jom g putrajaya..!!

Blog Eazy Izzuddin said...

wah...
selalu saja lepak d putrajaya..
hehe...
xD

Reen Azreen said...

next year smpai lah sini....berkonvo ramai2 yer sir ikhram

NOR AISYAH UMAIRA said...

HAHAHA... comey ja mak ckp mcm 2. apapon pemandangan di putrajaya memg superb. bley tngkp lentok wey! hahaha!

ewanthology said...

orang yang cakap kewujudan putrajaya itu satu pembaziran, sekarang ni beria ia nak 'tawan' putrajaya.. huhuhu

oppsss, terlebih sudahhh :-)

iKhRam said...

Eazy Izzuddin : oo .. lepas ni leh la kita lepak melepak sama-sama kat sana..

iKhRam said...

Reen Azreen ; tak sbar nak tunggu waktu itu..!!

iKhRam said...

MOR AISYA HUMAIRA ; mak saya garang ka aisya.. apapen pun putrajaya memang terbaik kan?

iKhRam said...

delarocha : itulah penawannya yang sebenar... !! wallahualam..