I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 12, 2011

Gastrik di Kuala Lumpur..



"Kuala Lumpur... Kuala Lumpur...

Ibu kota disayang dan dibangga.., ibu kota negara Malaysia...."


Sebelum aku meneruskan penceritaan aku, ada beberapa pesanan yang aku nak berikan kepada semua pembaca blog aku ni.. Pertama, kalau kita mahu memulakan perjalanan, pastikan kita mempunyai tidur yang cukup. Selain itu, pastikan kita bersarapan sebelum memulakan perjalanan.. sebab dalam perjalanan itu nanti, kita belum tentu lagi, bila masa kita nak makan..!!


Pada hari sabtu yang lepas, aku telah pun bersiar-siar ke ibu negara kita, Bandaraya Kuala Lumpur. Kali ini aku ditemani oleh seorang pegawai kastam. Jangan main-main k?.. pegawai kastam temankan perjalanan aku.. hehehe..!! Bila dah jalan-jalan kat kl ni, barulah aku terasa yang aku ni terlalu 'kampung sangat' !! Banyak tempat-tempat kat kl nie yang aku tak pernah pegi...!! ceh, memang malu siot !!


Perjalanan ke kl ni, memberi aku peluang untuk pertama kali naik monorel.. hahaha!! (kuat kot aku gelakkan diri sendiri).. pertama kali jalan-jalan kat Jalan Bukit Bintang, pertama kali masuk plaza Low Yat, Pertama kali g Berjaya Times Square dan macam-macam lagi yang pertama kali.. tak nak citer panjang-panjang nanti nampak sangat aku ni macam katak bawah tempurung.. Apapun terima kasih kepada pegawai kastam yang seorang ini kerana telah pun menjadi pemandu pelancong yang baik.. rasa enjoy jer berjalan-jalan di kl nie..


Dari pemerhatian aku.. Aku tak rasa aku serasi berbudayakan masyarakat urban macam kat kl nie.. setiap kali berjalan.. aku berjalan dgn rasa rendah diri..!! Aku tak cakap mereka angkuh.. tp rasa bangga diri tu memang budaya mereka.. huhuhu.. apapun kehadiran penyokong-penyokong bola sepak pasukan terengganu memang telah membanjiri kawasan sekeliling kl.. pegi la mana-mana mesti ada sekumpulan mereka dengan jersi terengganu.. berbaloi la pakai jersi sebab pasukan terengganu pun dah menang piala FA..


Tapi keindahan perjalanan semalam berakhir dgn gastrik yang teruk menimpa diri aku.. tak sempat aku nak ke Central Market tengok orang melukis segala bagai.. sedihnya.. aku dah bawak duit secukupnya dah nak suruh mana-mana pelukis melukis potret untuk aku.. huhuhu..!!


Sampai jer rumah.. gastrik aku menyerang dengan lebih teruk dan bertubi-tubi.. aku muntah-muntah.. cirit birit.. teruk jugak aku muntah.. 4 kali.. terhidrasi sebentar.. hahaha.. memang aku longlai petang tu.. dan malamnyer pulak, aku demam..!! Disebabkan aku tak pernah mengambil berat tentang hal-hal gastrik seperti ini.. aku minum air 100plus, panadol soluble, dan sapu minyak cap kapak sebagai ubat.. aku rasa ok kot..?!! malam pakai cool fever..!!


Dan sekarang aku menyiapkan entry dengan rasa loya dan pening kepala.. Apapun nasihat aku jangan minum pepsi kalau perut korang semua masih kosong..!!

.

p/s - lain kali kalau aku nak shopping.. lebih baik aku shopping kat midvalley jer.. pada aku, itulah tempat jalan2 yang paling best yang aku rasa kat Malaysia nie.. !! Sapa setuju..??

.

18 comments:

ZWAN SABRI said...

Aiseyh, teringat plak zwan time first time naik LRT.. Masa nak bubuh tiket tu, tersekat plak.. Gelabah gila time tuu.. Malu pown ada... HEHE

Btw, Am banyakkan rehat k.. jaga pemakanan.. time makan tu, makan la k.. Take care! ;)

MySuaraBlog: Ranking Negeri Kejuaraan Piala FA

Anonymous said...

chemay pon selalu jugak kena gastrik.
so kena elakkan perut kosong.
at least bawak lah roti time nak pergi mana2.
tau?

iKhRam said...

ZWANSABRI : hahaha.. tak pernah la tersekat kad.. tp pernah sekali terhilang kad.. rupa2nya kawan tolong pegangkan.. hahaha

apapun lepas ni akan beringat selalu.. apa2 hal memang kene breakfast.. tq yer mr zwansabri..

iKhRam said...

chemay : ok.. petua yg baik.. bawak roti kan?? hahaha

blog-tips-kurus said...

JANGAN minum langsung la, soft drink tak elok even namanye SOFT..

iKhRam said...

blog tips kurus : memang tak elok.. tp yg tak elok tu la yang nak diminum selalu.. huhuhuh

::FAIZ:: said...

kena jaga makan slalu k

iKhRam said...

FAIZFARISH : ok..

zazaw said...

HAHAHA...
pergi keyyyELLLLL yerr sirrrrr

iKhRam said...

zazaw ; hehehe.. sekali sekala orang tolong bawakkan.. sir ikut jer.. hahaha.. kelakar la zazaw panggil sir.. bila nak jumpa nie/

Hans Hanis said...

aku xsuka mid valley...bosan...banyak lagi tempat ko kena pergi nih sebab ada banyak lagi yg best
:-)

Juvana Episod 8

iKhRam said...

Hans ; ye ker? tp kat mid valley ada apa yg aku mahu.. mungkin suatu hari nanti aku akan ke tempat lain pulak !!

Unknown said...

hmmmm baik jgn tggl mkn n minum air gas tu mmg tk sesuai bro....bg gua tmpt yg best shopping pavillion

iKhRam said...

perondajaketbiru74: pavillion? insy ada rezeki.. akan ke sana la..

IMANSHAH said...

hurm kami ni jenis "DARAT"..huhu jakun la tu, KL pun tak reti nak jalan2..dah balik penang ke?

iKhRam said...

IMANSHAH : jakun jugak la.. selalukan cuti dok umah jer... belum lagi.. ada cuti seminggu!! hahaha

sarah zulk said...

ni la nama nye belajar dari pengalaman.. hehe..

iKhRam said...

sarah zulk ; pengalaman is the best teacher