I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 18, 2011

Kenduri Kendara



Pada yang telah 'pergi'..tidak mampu kita panggil kembali menyinari hidup kita seperti hari-hari yang lepas.. bersuka gembira.. berhibur di kala suka duka.. hanya kalungan doa dan bacaan ayat-ayat suci al quran yang mampu disedekahkan pahalanya sebagai tanda ingatan.. Terputuslah hubungan mereka dengan dunia melainkan tiga perkara.. doa anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yang dimanfaatkan..


Namun, dalam agama kita, ada juga banyak alternatif lain sebagai tanda kita mahu berbakti kepada mereka yang telah meninggalkan kita di dunia.. salah satunya dengan melakukan kenduri tahlil arwah.. selain berbakti ia mampu merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga yang masih hidup.. Tetiba aku terkenangkan arwah mak long dan arwah nenek aku.. masih terngiang-ngiang nama kedua-dua arwah semasa disebut imam semasa membaca doa tahlil arwah..


Semoga mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan-golongan orang-orang yang beriman... Amin !

Al- Fatihah


...................................................


Petang semalam, sememangnya seronok.. berkumpul saudara handai.. kali ni kenduri tahlil disempurnakan di rumah pakcik makcik di Kuala Pilah.. jadi aku ni dari belah keluarga makcik di sebelah mak.. di sebelah pakcik aku ni asalnya dari tanah jawa.. hahaha.. jadi memang best !! Asyik ketawa saja bila berbual dengan mereka..!!


Kadang-kadang aku tak peduli juga.. mana yang aku rasa serasi.. aku seloroh saja..!! Tak kira la aku kenal ataupun tidak.. bak kata ramai orang, perangai kelakar abah dah turun kat aku.. tapi aku sebagai seorang yang muda, aku tau di mana tahap-tahapnya bila bergurau.. tapi sememangnya best..!! Dikelilingi dengan sepupu sepapat yang rata-ratanya meningkat naik usia.. adalah satu pergaulan yang sangat memberansangkan.. semuanya gembira !!


Jadi, bertemu atuk yang dalam keadaan yang sihat sangat membahagiakan..!! Dengan rambut yang berpotongan kemas.. rupa-rupanya dah dibawa gunting kat kedai oleh pak cik. sempat jugak kami sekeluarga membuat sesi perkenalan dengan saudara-mara terutama adik beradik atuk yang masih lagi ada dan sihat.. Bimbang takut ada yang tidak kenal.. Perkara ini aku puji..!! satu inovasi baru..!!


Apapun, aku kongsikan beberapa tips untuk sentiasa berbahagia dalam berkeluarga.. Pertama jangan berhasad dengki dengan kejayaan saudara anda.. doakanlah kejayaan semuanya !! Biarlah semuanya berjaya.. Kedua, hindarkan perbuatan fitnah dengan tujuan memisahkan tali persaudaraan.. itu sangat keji di mata Tuhan.. Ketiga, bantulah selagi termampu untuk kesejahteraan keluarga.. keempat, tolak ketepi urusan dunia seperti harta, kerana harta tak dibawa ke mati.. hubungan kekeluargaan yang paling utama. Kelima, sayangilah keluarga dengan ikhlas..

.

Itu sahaja dari saya.. kenduri ni disempurnakan selepas maghrib.. biasanya kalau kenduri mesti terlepas peluang nak bergambar.. huhuhu.. sibuk kan?? hahaha !!

.


p/s - kenduri tahlil arwah ni bukan untuk berpesta.. tapi untuk beramal yer?? Sebab ada juga manusia yang berfikiran sempit terhadap agama..

..

16 comments:

Admin said...

apo yg kau masak tu ikhram??ko tukang gaso yo hehehehe

iKhRam said...

Phat: a'ah.. minum potang.. diorang buek mee kari.. tukang gaso yo.. naseb sodap.. kono la dongan tokak nie ha!

Reen Azreen said...

masak lomak cili api ado tak????polik kok pilah xdo masakan tuh...

apo org sobot...xdo umphhhhhh...ahahaha

p/s:slamat memulakan sem terkahir yer sir ikhram...

iKhRam said...

Reen Azreen ; mano nak tinggal gulai lomak tu.. mesti ado punyo.. daging masak gulai lomak cili api ni ha.. bobahang den makan malam tu.. hahaha

terima kasih yer reen azreen.. sedih nak tinggalkan pembelajaran.. yezza!!

Hans Hanis said...

walawehhhh
ko masak ke?
hebat la
ker ko tukang rasa je?
ekekekeke
yups
ada kadang2 tu suka fikir sempit kata macam2 kan
padahal niat kita baik

Maharaja Lawak Minggu 12

IMANSHAH said...

salam, terkenang almarhum ayahanda saya..moga ditempatkan dalam kalangan mereka beriman

Blog Eazy Izzuddin said...

dah lama kami kami sekeluarga tak berkumpul begini...
kalau berkumpul pun masa2 raya...
masing2 bz..
huk2
rindu!

ZWAN SABRI said...

gotong royong ek?
mesti penat kan? tapi mesti kepuasan tu lebih terpancar kan? kan?
btw, x jemputpown aku p kenduri tuu.. HUHU


MySuaraBlog: Nasiblah Aku Kurus!

umairah ha-neul said...

hehe..ade nadia !

iKhRam said...

Hans : tukang gaso yo.. tak goti den nak masak mee kari..

kadang2 ilmu yang di balaja tak tinggi mana. tp nak menunjuk je yg lebih.. tu yg jadi mcm tu..!! nak belajar ilmu pun.. biarlah yg boleh dimanfaatkan

iKhRam said...

IMANSHAH : Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman .. insyallah..

iKhRam said...

Eazy Izzuddin : biasalah.. tuntutan tanggungajwab.. mana yg keje, keje... yang study, study...

masa kenduri, raya.. barulah ada kesempatan kan?? apapun rebut kesempatan yg ada.. tiada ternilai

iKhRam said...

ZWANSABRI : letih tp menyeronokkan..! hahaha
tak leh nak jemput.. sebab aku ni pun datang atas jemputan.. hahaha!! cewah.. gurau jer.. nnt kalau kenduri rumah aku.. aku jemput k?

iKhRam said...

umairah ha-neul : nadia sofia tu sepupu saya yang saya sayang.. tak caya bley tnya dia.. hehehe

ღKekunangpelangiღ said...

Macam meriah ja.. ada kenduri tak ajak.. baru nak tapau.. huhu.. :)

p.s : Tips yang sangat bagus. ^^

iKhRam said...

Epol si Kunang2 ; meriah jugak.. walalupun kenduri tahlil arwah.. nak tpau.. meh la dtg umah.. hahaha

tips ini utk dimanfaatkan bersama..