I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 24, 2011

Kepercayaan Diri



(ni bukan entry untuk berlagak poyo yer..!! hehehe)


Dalam keprofesionalisme aku, aku rasa aku amat lemah dari segi menepati masa. Semua ini berlaku oleh sebab aku amat sukar untuk mendisiplinkan diri. Aku selalu fikir semua orang seperti aku, tidak kisah untuk menunggu.. Mungkin orang-orang yang lahir bulan Disember selalu menganggap dunia ini bebas..?? Aku tak salahkan bulan kelahiran.. kerana semua ini berlaku kerana persepsi terhadap diri sendiri.. tabiat diri, betul tak?


Kepercayaan terhadap Tuhan itu lebih mudah untuk diterima kerana semua orang yang lahir di dunia ini mempunyai tuhan. Namun sedarkah, kepercayaan terhadap keupayaan diri itu amat-amat sukar untuk diterima apatah lagi untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian..??


Sejak dari bangku sekolah, aku sudah mula berminat menceburkan diri dalam dunia kepimpinan. Kalau tidak memakai baju sekolah yang berlainan dari orang lain, aku rasa seseolah tidak puas. Kalau dalam satu organisasi, pantang sekali kalau tidak mengangkat tangan untuk bersuara. Semua mahu aku lawan..!! Aku merangkak-rangkak melatih diri bermula dari menjadi pengawas perpustakaan, beransur-ansur menganggotai badan pengawas.. namun semuanya setakat di situ sahaja. Tidak pernah lebih..


Jarang sekali mahu menjadi orang yang tertinggi yang hanya mengarah.. namun lebih senang menjadi pengikut yang mempunyai sedikit kuasa tapi masih berpeluang memimpin. Kalau nak menjadi orang-orang kuat dalam apa-apa badan kepimpinan, selalunya aku jarang terpilih.. Mungkin kredibiliti aku sebagai pemimpin jarang orang nampak... dan aku juga tidak begitu yakin untuk perkara sebegitu.


Namun aku percaya, untuk menjadi pemimpin yang berpengaruh, aku mungkin boleh tercalon.. hahaha..!! Seseolah kalau ada jawatan yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian, aku mungkin boleh menggondol satu atau dua anugerah..!! Tapi untuk jawatan-jawatan tertentu sahaja.. Seperti contoh untuk jawatan setiausaha ker ?, ajk keceriaan ker ?.. atau sebarang jawatan yang memerlukan idea dan inovasi.. selalunya aku pasti terpilih..


Alasannya, aku pandai menulis, aku punya tulisan tangan yang kemas, ataupun aku boleh menghias.. aku ada banyak idea la.. dan sebagainya..??


Bermula dari tingkatan satu sebagai AJK keceriaan seterusnya aku belajar menjadi setiausaha persatuan kemudian bertatih-tatih menjadi pengawas perpustakaan dan seterusnya menjadi pengawas sepanjang tahun. Semua ini memberi aku kepuasan dan aku banyak belajar bermacam-macam perkara dari sudut-sudut yang berlainan apatah lagi sekiranya mendapat kepercayaan dari guru pembimbing dan rakan-rakan..


Semua ini berguna untuk keyakinan diri. Dan hari ini di maktab aku tetap melalui perkara yang sama.. menjadi pengarah lawatan, setiausaha persatuan, dan lain-lain.. masih diproses yang sama.. dan yang terbaru, menjadi Naib Pengerusi untuk Seminar Kajian Tindakan Batch PISMP Januari 2008..


Separuh hati aku mahu mencuba jawatan ini, separuh hati lagi aku merasakan aku tidak layak. Persepsi aku mengatakan masih ada lagi ramai orang yang lebih layak dan berhak.. Betul kan kata-kata aku sebentar tadi, kepercayaan terhadap keupayaan diri sangat sukar untuk dipraktikkan??


Namun aku percaya kata-kata salah seorang classmate aku, Nadiya Khalik - "Selalunya mesti ada sebab orang memilih kita..??"


Apapun aku fikir ini adalah salah satu dari proses pembelajaran.. Dan aku sentiasa percaya, apabila kita bekerja sebagai satu kumpulan, kita tidak terlepas dari sikap bantu membantu dan bekerjasama.. Semoga aku dapat membantu Pengerusi Seminar ini - Kak Atikah serta mendapat kerjasama dari kawan-kawan yang lain.


Oleh sebab itu kepercayaan terhadap keupayaan kendiri adalah sangat penting. Mungkin sebab itu aku kini belajar untuk bergelar seorang guru.. Kene la aku berpandangan jauh selepas ni.. macam gambar kat bawah nie.. hahaha!!


.
p/s - Teringat kenangan berpraktikum dari SK Mutiara Perdana, SK Jalan Hamilton seterusnya SK Genting.. esok nak g Hari Sukan kat sekolah mereka !!
.

34 comments:

adwafarahin said...

mmg jauh pandangan tuh! :P

semoga kamu akan menjadi pemimpin yg terbaik nnt! :)

iKhRam said...

adwafarahin ; terima kasih adwa.. doa2kan yer..!!

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

confident=vast

ZWAN SABRI said...

HAHA.. Samala, aku pun selalu suka lengah2kan masa tapi aku tak suka menunggu.. HEHE

iKhRam said...

Inspirationalefeks : yezza !!

iKhRam said...

ZWANSABRI ; ni lahir bulan braper nie?? hahaha.. apapun kene ubah bro.. kesian kat member2 hahaha

Anonymous said...

insyaallah bolej jadi seorang pemimpin yang bagus satu hari nanti.
amin
:)

ckLah @xiiinam said...

Owh, masih belajar rupanya. Semoga menjadi mahasiswa yang cemerlang ya!

IMANSHAH said...

Sekolahlah tempat yang banyak mencorak kepimpinan kita,,dan insyaAllah pengalaman di sekolah, universiti/maktab akan digunakan apabila kembali ke sekolah

Mutiara Bernilai said...

adik,
bagus2, aktifkan diri,
dari situ kita deve|0p s0ft ski|| kita,
dekat U pun aktifkan aje diri,,
mase tu b|eh b|aja n app|y time management n even em0ti0na| management :)

then 1 day kamu ke|uar u,
0rg2 akan |ebih cari kamu berbanding dgn yg sk0r p0inter tinggi but x atif kat u

^___^

teng0k muka pun tahu adik ade |eadership ta|ent :)

fat said...

aku pnah jd ketua keceriaan gak hahaha

::FAIZ:: said...

good luck k.....

Azlan Strider said...

tahniah kerana berniat utk jadi pemimpin...jarang ade orang citer2 camtu...insyallah one day ko jadi pemimpin yang berjaya..hehehe

Regards,
-Strider-

Dr Mohd Effendi said...

pastinya Sir Ikhram mampu melakukannyer :)

ღKekunangpelangiღ said...

Kadang kita rasa kita tiada keyakinan,
sebaliknya orang boleh nampak kebolehan kita.

Semoga terus belajar untuk berjaya. :)

Hans Hanis said...

insyaallah
benda yg kita suka pasti kita boleh buat
good luck my friend
hehehe

Kumpulan Sepah Juara Maharaja Lawak

Rtp Farra Arisha said...

yakin diri adalah harus. semoa sukses slalu ok! :)

iKhRam said...

chemay : terima kasih.. doa2doakan yer..

iKhRam said...

ckLah ; yer saya masih belajar.. di institut perguruan persekutuan.. terima kasih..

iKhRam said...

IMANSHAH : iNSYAALLAH.. apa2 saja yang saya dapt di maktab ini akan saya gunakan sebaik2nya.. insyallah..

iKhRam said...

Mutiara bernilai : terima kasih kak.. kata-kata sungguh memberi motivasi keapda saya.. inysaallah apa yang saya pelajari di maktab ini bakal saya aplikasikan di sekolah nanti..

iKhRam said...

boonga kecik : sama la kita.. patut la kita bleh jadi blogger.. tp nama blog pun dah tau akak tin memang berbakat dalam kecerian.. ada bunga2 kan?? hahaha

iKhRam said...

FAIZFARISH : terima kasih..

iKhRam said...

Azlan Hasan : semua ni adalah dari ajaran cikgu, sokongan dan dorongan mereka.. mereka mendidik agar kami mampu memimpin diri dan orang lain..

insyaallah, akan bakal memmimpin anak2 bangsa.. anak2 anda.. doa2kan yer Azlan Hasan..

iKhRam said...

Effendi : isyaallah, dengan bantuan kawan-kawan.. saya mampu melakukannya..

iKhRam said...

Epolsi Kunang2 : itulah.. selalunya kita merefleks diri berdasarkan sudut pandangan kita sahaja.. apapun kita kene kuatkan semangat dan percaya pada diri kan?

terima kasih dgn doa anda.. amat2 menghargai..

iKhRam said...

Hans : tq my friend.. sejuk jer hati baca comment anda.. rasa mcm bersemnagat pulak.. terima kasih yer..!!

iKhRam said...

Rtp Farra Arisha : yup! yakin diri.. terima kasih yer..!!

afzan said...

gudluck. believe in yourself mate

iKhRam said...

afzan ; terima kasih.. insyallah akan yakin pada diri..

Unknown said...

mmg suka lengahkan2 ni,haha goodluck cikgu! hehe

iKhRam said...

Amir Aizat : hahaha.. apapun terima kasih k? hahaha.. semoga anda pun berjaya dgn apa yg dilakukan..

Unknown said...

lelaki mmg dtakdirkan utk jadi pmmpin. so gud luck! :D :D

iKhRam said...

Nana Liyana ; dunia hari, laki ke perempuan ker.. semuanya boleh.. hahaha

apapun terima kasih k wahai adik junior ?