I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 7, 2011

Kesenggangan



Cuti semester kali ini, aku mengaku bahawa banyak masa aku, aku berada di rumah.. Dan berada di rumah buat jiwa aku tenang dan sihat.. !! Dari pagi sehinggalah petang.. aku asyik menonton televisyen.. dan rancangan dari saluran Astro Lifestyle buat aku ralit.. aku suka dengan rancangan masakan kat saluran Astro Lifestyle sekarang nie.. Semua jenis masakan nampaknya sedap-sedap belaka.. sebenarnya rancangan masakan ini bukan bertunjangkan rasa semata-mata.. tetapi lebih kepada style seseorang chef itu mengendalikan masakan disamping telatah mereka yang menghiburkan..


Itu cerita aku di rumah tercinta ini.. Kalau kehidupan di luar sana, aku sentiasa melebih-lebihkan anak orang.. melebih-lebihkan anak-anak murid lain.. Ya, aku kini mewah dengan anak-anak murid yang tak pernah lupa menegur di laman facebook, menghantar mesej.. malah yang sentiasa menghubungi di telefon.. huhuhu..!!


Tanpa aku sedar akan adik bongsu yang sering aku tinggalkan ini sudah semakin besar rupa-rupanya.. Ada banyak perubahan tentang diri dia dari segi fizikal mahupun emosi yang satu demi satu muncul..


Belajar pun tak payah nak disuruh-suruh.. Bercakap pun dah macam orang besar.. semua perkara hendak diambil tau.. semua perkara hendak ditanya.. apa sebabnya? bagaimana? Kalau meniru gaya orang dalam tv.. bagi saja kat dia.. Kalau dengar lagu-lagu di radio.. lagu Inggeris-inggeris saja.. cuma sekarang ni dia dah sedikit terpengaruh dengan bunyi2 lagu korea.. Kadang2 aku tak faham perubahan diri budak seorang nie.. Dan yang paling penting, dia sudah semakin bijak menghampiri kakak dan abangnya.. senang sikit aku nak menjaganya..


Tahun ni dia akan menduduki UPSR.. dan aku mengharapkan yang terbaik untuk dia sebenarnya.. aku mahu dia mendapat peluang yang lebih baik untuk pendidikan pada masa depannya.. Cuma bila dia dalam persiapan menduduki peperiksaan dia tu.. abang dan kakak la yang menjadi mangsa.. nak bukak tv pun kene pelan-pelan bukak volume... kadang-kadang dengar tak dengar. je telingan ni !!. nak jalan-jalan pun terpaksa dihalang-halang.. nak tak nak terpaksa la berkorban.. Cuma yang bestnye, aku dpt jugaklah tengok tv.. kalau tak, terpaksa la sama2 mengadap tengok kartun.. hahaha!


Bila abang dan kakaknya dah jadi bakal cikgu ni.. terpaksa la kami buat kelas tuisyen tambahan untuk dia selain kelas tuisyen yang dijalankan di sekolah dan pusat tuisyen.. siang dengan kakak.. malam dengan abang yer..!!


malam


siang

Abang : Iman nanti dah besar nak jadi apa ??

Iman : entahlah.. Iman pun tak tau..

Abang : La... takkan tak tau.. hari tu cakap nak jadi askar kan??

Iman : abang nie.. askar.. askar.. bosanlah...!! Orang nak jadi cikgu...

Abang : Haa ??? nak jadi cikgu.. ?? sabar je la dengan ko ni.. nak jadi cikgu ape?

Iman : Cikgu Sains la.... macam abang, kakak !!

Abang : HAHAHA.. Fatin, ko tengok adik ko nie...!! Nak jadi cikgu jugak.. hahaha...


.

p/s - mana tumpah kuah kalau tak ke nasi.. Geram tgok citer JUVANA semalam dengan pak cik Jeff yang kolot tu.. !!

.

26 comments:

Khairi Fakhri said...

hahaha aah la weyh, aku pon geram gak semalam time mak aku bukak citer juvana tu. ade ke die kate jd cikgu xde mase depan? geram je aku.. adik aku gelak2 la. demmm... haha mentang2 minggu dpn nanti aku nak pegi maktab perguruan... =.=

iKhRam said...

hahaha.. tak sangka ada jugak orang kaya yang berfikiran tumpul macam tu.. boikot pak cik Jeff.. hahaha.. tahniah yer!! best masuk mkbt nie..!!

MissButterfly said...

Rajinnn nye belajar siang malam, insyaAllah success upsr ^_~

Liyana Zahim said...

Sunggoh abang mithali.. Muahahahahahahah~

SyahmiFikri said...

wah! mithali nye abg nie..

better bg die jadi len.. bg variety sket family.. hehhee

pembaris said...

adik bongsu laser macam mana pun kita marah sekejap saja...

Mawar Berduri said...

hai cikgu.. nak buat gunung berapi mcmna ea?

Sandra Azwan said...

Bertuahnya Iman dapat abg dan kakak macam nie....bagus! Bagi contoh terbaik buat adik anda...;-)

ZWAN SABRI said...

caring sungguh si abang kepada si adiknya.. nampak sangat si adik itu menjadikan si abang sebagai idola sampai nak jadi cikgu macam si abang dia.. HEHE

MySuaraBlog: Jom tonton KONGSI kat sini!!!

Fyqa said...

best la cuti. wuuu

*rmai yg xpuas hti dgn cite juvna tng pakcik jeff kolot tu. haishh

Encik Suami said...

seronoknye bercuti.
penuhkan dgn aktiviti berfaedah.
lagi satu..keselamatan semasa bercuti kene jaga jugak.

jemput terjah new entry (>.<) Misi Mencari Limau Purut Jantan (>.<)

iKhRam said...

dayangkueffazulaikha : insyaallah.. doa2kan kejyaan adik saya yer

iKhRam said...

Liyana Zahim : Hahaha.. malu.. huhuhu

iKhRam said...

Syahmi Fikri : tak paksa2 pun syahmi.. biarlah apa yang dia nak jadi.. asalkan jadi manusia berguna

iKhRam said...

pembaris : ada masa nak marah lama-lama pun ada jugak !!

iKhRam said...

Mawar berduri : bahan- bahan... asid hidroklorik ataupun cuka.. sodium bikarbonat, eno, itu yg asas la.. kalau nak tambah alkali n asid yang lain amat2 digalakkan

iKhRam said...

SANDRAAZWAN : kami pun bertuah ada adik seperti dia

iKhRam said...

ZwanSabri : macam tu la kalau dah kene jadi anak sulung.. mak ckp kitalah yang menggambarkan hala tuju adik2.. huhuhu

iKhRam said...

Fyqa : memang ramai yang tak puas hati... saya ni tak abis lagi marah dgn pak cik jeff tu

iKhRam said...

Encik Suami : sama-sama.. selamat bercuti jugak..

khairul akmal bin azman said...

relax...cikgu2 ade mase depan beb!

zazaw said...

ahaha..
kusyuk nampak nya ajar adik
ahaha

iKhRam said...

Khairul akmal azman : insyaallah.. minta2 cerahlah masa depan kami adik beradik..

iKhRam said...

zazaw ; tgah khusyuk tu.. tgah bengan.. soalan senang pun susah sgt nak jawab.. hahaha

Unknown said...

haha,baiknya.. :)

iKhRam said...

sesegar : bukan baik.. tp tanggungjawab