I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 28, 2011

Legasi Cleopatra



" Pemusnah dinasti imaginari, cuba.. cuba, cuba difikir sendiri, Pemusnah impian asalkan bisa bahagia. Legasi Cleopatra..." (Erul AF9, 2011)

Sepanjang hari ini, aku mendengarkan lagu - Legasi Cleopatra ini tanpa henti-henti. Berulang -ulang kali lagu ini berputar kat mp3. Aku jikalau sudah terminatkan sesebuah lagu, aku akan terus dan terus mendengarnya sehinggalah aku jemu. Prinsip aku mudah, minatkan sebuah lagu jangan sampai aku hafal keseluruhan liriknya. Kerana bila liriknya sudah lancar meniti di bibir, riwayat lagu tu mendampingi aku bakal menghampiri fasa tamat.


Sejak dari zaman sekolah, aku perhatikan, aku memang sukar untuk meminati di dunia IT. Dunia komputer, laptop, enset, i pod, i pad.. itu semua bukan kegemaran aku yang utama, tapi menaip adalah salah satu hobi. Kalau ada kanak-kanak hari ini bijak dan cekap menggunakan komputer seawal darjah satu; contoh terbaik adalah adik bongsuku, si Iman. Aku pula mula-mula menggunakan komputer ketika berumur 15 tahun. Itupun disebabkan abah bermurah hati membelikan sebuah komputer di rumah.


Abah terpaksa membeli sebuah komputer kerana ingin menyudahkan pekerjaannya di unit baru iaitu unit peperiksaan. Itupun semasa dia mula-mula menaip memang menggelikan hati kami seisi rumah. Dengan asyik tercicir huruf, dengan mata yang huru-hara memerhatikan setiap penjuru papan kekunci, memang melucukan. Tak sampai dua puluh minit, dia dah give up.



Tapi tak berani nak ketawa, takut abah marah kepada kami. Abah kalau marah, memang teruk keadaannya kerana dia tak suka orang ketawakan kelemahannya. Al-maklumlah. selama berbelas-belas tahun berkhidmat dalam tentera dia hanya memegang senduk dan kuali. Abah saya berkhidmat dalam unit MESS. Bahagian pemakanan, kira tukang masak askar la lebih kurang titlenye. Jadi abah aku sangat pandai masak.


Disitulah permulaan aku menggunakan komputer. Tugasan awal aku menggunakan komputer ialah menaip cerpen untuk pertandingan peringkat sekolah. Kalau tahun sebelumnya aku memasuki pertandingan itu dengan menulis cerpen di atas kertas kajang, tapi tahun tu aku menaip dengan komputer dan print di kertas putih. Perbezaannya amat nyata dan sejuta kali ganda lebih mudah dengan menggunakan komputer.



Aku tidak perlu menulis banyak-banyak kali bila setiap kali aku perlu membetulkan penulisan cerpen aku. Kedua, Jimat terhadap penggunakan kertas. Kalau menulis, paling kurang aku perlu menggunakan seplastik kertas kajang. Ketiga, Tidak meletihkan kerana hanya taip dan tak menggunakan kudrat unutk menulis. Keempat, melakukan pembetulan dengan mudah.


Walaupun banyak faedah penggunaan komputer, dunia IT tetap juga bukan pilihan aku yang utama. Kalau pembentangan di maktab, aku selalu meminta izin untuk melakukannya dengan menggunakan kertas mahjung bukan powerpoint. Bagi aku ia mudah dan selamat. Tapi nampak sangat aku ketinggalan kan??



Apapun kita ni berdiri biar sama tinggi. Kalau semua orang dah maju ke depan, mahu atau tidak, terpaksa jugalah aku sama-sama kedepan menerajui kecanggihan dunia. Aku pelik jugak, kawan-kawan lelaki aku semua gila komputer, kenapa aku tidak..?? huhuhu..


Saja nak cakap pasal komputer hari ni sebab tension dan bakal tension dengan kerja-kerja melengkapkan artikel Action Research yang bakal menggunakan banyak kemahiran berkomputer yang sangat2 aku rimas sekali. Itu belum nak cari sumber rujukan dari Internet. Aku sangat lemah dengan dua kemahiran ni..



Dalam dunia ni ada ketika kena juga memaksa diri untuk berjaya.. Nasiblah... !!




p/s - nak potong misai la lepas nie.. Bila ada misai, pertambahan umur meningkat kepada 5 tahun dari umur asal. Sampaikan ada orang tegur aku tadi - "Encik ni pensyarah ker?" ... - melampau kan gurauan seumpama itu ??


.

40 comments:

Liyana Zahim said...

Lau sy sungguh bngge org tnye cik ni pensyarah ke? Heheheheh~

cha zainol said...

hahaha. baru nak tegor misai kemarin kau da sedar hari ni. adik. nak aku buat onar ke? nak rasa kena bom?

iKhRam said...

Liyana Zahim : kalau perempuan mestila rasa best.. sebab penampilan mengancam cam lect.

tp kalau lelaki.. mesti orang ingat dah tua.. sebab kebanyakan lect lelaki kat mktb ni tua-tua.. hahaha..

iKhRam said...

selipermerah : alamak, ko pun sedar ke kak ?? onar.. sealgi dia tak tau selagi tu la tak jadi onar lg.. hahaha

cha zainol said...

hahaha.kau ingat aku xberani ek nak cakap kat die ? =='

iKhRam said...

cha zainol : eleh... nak jumpa pun malu2.. senyum2.. inikan pulak nak report? hehehe

tp jgn la kak.. aku takut !!

ewanthology said...

ok la tu org ty encik pensyarah, klu dia tanya 'encik ni warden skolah ke?'

amacam? huhu

ps : tak menyepi bro, masih ada.

Khai said...

eh, lupa punya lab ( tak tahu tu lab or class) mcm lab fizik gua time skolah dulu.

Anonymous said...

aku xminat lagu tu..xphm..
heran gak ko leh minat..hehe

blog-tips-kurus said...

peminat AF rupanya..
saya pon nak tanya soalan yang sama. nasib tak terngorat! hoho!

iKhRam said...

delarocha ; tp warden sekolah nampak lebih muda dari lect maktab.. hahaha..!!

iKhRam said...

khai : ni lab.. tp lab ni jarang dijadikan tempat eksperiment.. selalunya dijadikan tempat perbincangan atau tutorial..

iKhRam said...

princess pisang : mungkin sebab sore si erul tu kene la dgn lagu ni..

lgpun video klip die ni ada nora elena.. tp watak jahat la.. hahaha

iKhRam said...

blog-tip-kurus : alamak.. sebab awakk tnya, saya jawab..

"saya ni bakal pensyarah !!" cewah..

tp jgn ngorat.. sebab saya ni bawah tanggungan mak abah lgi.. hahaha

gurau2 je k?

ღKekunangpelangiღ said...

Komputer penting, tak ada memang tak boleh hidup (kononnyalah).. Ada masa yang penting dan tak penting. Pandai-pandailah.

p/s : Orang nak mengorat 'Encik pensyarah' kot tadi tu.. ;p

M Fizan said...

encik nie pensyarah ke? hahaha

well, kalau nak berjaya, mesti paksa diri sendiri untuk berusaha..sometimes when it mattered most, we can reach something impossible :)

Blog Eazy Izzuddin said...

komputer di gunakan sejak sekolah rendah lagi..
sampai cikgu pun x caye...
eh kamu taip sendiri ke?
hello...
hahaha


cukur lah...
nanti nampak lagi muda hehe
xD

ZORA said...

dunia tanpa sempadan..:)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

zaman skrg ni serba serbi mesti nak kena guna komputer gak....

kalo ada yg bleh menguasai kira tip top la

afzan said...

seronok jugak bila dapat abah yang reti masak :)

My MiRa said...

mira dan komputer ibarat ibu dan anak..hahaha

ZWAN SABRI said...

Best ek lagu legasi cleopatra tuu> nak download la nanti..
btw, smartla gambaq2 cikgu am dlm entry nii.. ;)

Unknown said...

wahhah minat erul yer,hehe

Mr.Superman said...

semmart r ckgu ni.haha..dikelilingi awek seyh. ;))aku pun ske lagu si erul ni.

iKhRam said...

Epol SiKunang2 : Hahaha.. sebenarnya sedar akan kepentingan komputer.. melawan arus pasti tercicirkan?
apapun kene sentiasa beringat di mana kebaikan dan keburukan..

itu la, diorang tersilap ngorat.. ni student la.. super senior lg.. hahaha

iKhRam said...

M fizan : setuju dgn en. Fizan.. memang kene paksa diri kan..

terima kasih dgn ulasan yg baik pada saya.

apapun saya ni student jer.. nampak mcm pensyarah.. tp muda lg nie.. hahaha

iKhRam said...

Eazy Izzuddin ; mungkin didedahkan dlam usia yg lambat.. apapun aku cuba meminati dunia IT.. untuk anak bangsa la katakan..

ye la.. lepas ni nak cukur.. bg muda 5 tahun dari usia asal.. hahaha

iKhRam said...

ZORA : unutng la sapa celik IT.. semua perkara dia tahu kan??

iKhRam said...

GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR : itulah, semua benda ka maktab ni semua nak bertaip.. huhuhu.. ada peraturan pulak tue?

apapun kalau terer bab komputer mesti senang kan?

iKhRam said...

Afzan ; sgt seronok apatah lagi jadi orang penting dalam kenduri kendara..

tp kalau kat rumah jarang abah masak.. sebab kami semua lebih gemarkan masakan mak..

iKhRam said...

My Mira : amboi, rapatnya mira dgn komputer dia.. hehehe

iKhRam said...

ZWANSABRI ; kene download cepat2.. sebab best.. dah la rancak..!!

smart? terima kasih.. ada rupa pensyarah tak?? toink3 hahahaha..

iKhRam said...

AMIR AIZAT : dlam ramai2 orang dalam af9 tue.. memang minat erul.. hahaha

sore dia best kot

iKhRam said...

Abang Stalker : awek?? dalam klass ni diorang tu umpama kakak2 yg memang cun.. tp semua dah berpunyer.. dan bakal berpunyer..

tp usaha tangga kejayaan..
terima kasih singgah

khairul akmal bin azman said...

peminat erul nye bro ni...
muke pailang,dlm hati de taman.heh..
jgn mrh yer..

iKhRam said...

Khairul akmal azman : peminat la jugak..

tak marah pun.. hahaha

Unknown said...

minat erul ke ?? oh pehlizzzz . nsem lg hamster sy . harharhar :P

iKhRam said...

ntah.. minat sore dia.. best..

Ermizi Muhamad said...

minat menulis cerepn rupanya? kalau rajin menail lepas ni, boleh la hasilkan novel pulaaa ye ;)

iKhRam said...

Muhd ; dulu-dulu la zaman sekolah dulu.. sekrang ni idea dah tabyk.. masa pun tak byak aizie