I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 31, 2011

One Thousand Million Smile !!



"One Thousand Million smiles

I bring to you across the miles.."


(Sudirman, 1989)

Malam hari ahad yang lepas.. orang-orang kat rumah aku ni berpecah kepada dua kumpulan.. puak lelaki tengok saluran Astro History.. puak wanita menonton TV3 - rancangan Mentor.. Aku seakan-akan bosan menonton rancangan realiti yang sama saja konsepnya.. malah pilihan lagu-lagu untuk dinyanyikan oleh peserta juga adalah lagu yang sama ; Lagu Kisah Hati.

.. kerana takut dikatakan nyanyian sama dengan penyanyi asal.. semua perserta tak kira la, dari rancangan AF9 ataupun Mentor.. dua2 peserta ini menyanyi dengan suara yang kasar.. suara yang garau.. percubaan yang baik dari mereka namun tidak mampu menandingi suara penyanyi asal ; Alyah. yang nyaring dan beralun..


Kami puak lelaki menonton saluran History - dokumentasi sempena Hari Seniman Istimewa.. Aku tidak menonton dokumentasi Tan Sri P.Ramlee.. aku terlepas rancangan tu sebenarnya yang bersiaran lebih awal kebetulan itu time makan malam kami... namun aku takkan mungkin melepaskan peluang melihat dokumentasi tentang penyanyi tersohor negara yang aku anggap sebagai penyanyi paling unik dan terbaik; iaitu SUDIRMAN..


Walaupun penyanyi ini bukanlah lahir dari zaman aku.. tapi bakat dan jalan hidupnya sangat memberikan aku inspirasi. Kalau berbual pasal Sudirman.. mak aku lagaknya bagai saudara mara terdekat sudirman.. semua hal tentang sudirman mak aku tahu.. Saiz kasut Sudirman pun mak aku tau.. hahaha!! kebetulan minat mak dan aku sama..!!


Jadi dokumentasi ini memberikan aku gembaran yang jelas tentang peribadinya selain dapat melihat sejarah kecemerlangan hidupnya melalui rakaman video dan gambar-gambar beliau yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Dapat juga aku lihat bagaimana suasana persembahan beliau di jalan Chow Kit yang tidak pernah aku tonton sebelum ini.. Konsert percuma beliau di jalan Chow Kit pada waktu itu memang hebat dan dahsyat.. orang ramai memenuhi jalan Chow Kit sehingga tiada penghujung..



Dan yang paling aku rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.. dia berjaya menjadi juara bagi pertandingan "Asian Popular Music Award' sebagai Penghibur Terbaik Asia.. Pada masa ini sudirman telah punn menyanyikan lagu One Thousand Million Smile... perasaan aku semasa melihat persembahan beliau.. Wow !! sangat kagum..!! Aku takkan rasa ada artis yang akan mampu menandingi persembahan Sudirman.. Bayangkan, dia mampu mengalahkan penghibur-penghibur Asia yang lain yang terkenal..



Mak kata Sudirman adalah artis milik rakyat.. "yer, aku menyetujuinya.." Masih ingatkah kita dengan kostum merdeka Sudirman dengan jalur Gemilang sepanjang 100 meter diusung ramai orang.. atlet-atlet dari seluruh dunia sebenarnya.. huhuhu.. !! dahsyatkan !!



Apa yang aku pelajari dari dokumentasi ini - "Sudirman, akan memberikan segala apa yang dia ada.. " Oleh itu aku sebagai peminatnya merasakan semua itu secara mendalam..



Kalau ada seribu artis Malaysia yang sikapnya seperti Sudirman, aku percaya artis-artis Malaysiaa akan dihormati rakyat.. Sikap patriotismenya wajar dijadikan ikutan bukan saja kepada para artis, malah oleh seluruh rakyat.



Hari ini, semua orang mahu menjadi artis, kerana mahu hidup senang dengan langkah paling pantas.. atas alasan glamor yang tidak bertepi.. Adakala imej2 artis dengan berpakaian menjolok mata selain bertingkah laku seperti tidak bermoral, sudah pasti mencemarkan nama baik dunia seni itu sendiri.. sewajarnya dokumentasi ini wajar ditonton oleh segenap masyarakat..



Kita mampu berbakti kepada negara.. tak kiralah apa caranya..!!



Dan semalam aku tonton Filem Pirates of Caribbean - On Stranger Tide. Komen aku, best lagi filem yang lepas-lepas.. hahaha !! Jangan marah.. Oleh itu, sempat aku minum ice blended untuk memujuk hati yang tak puas menonton filem terbabit.. hahaha !!


.




p/s - Ada waktu.. orang yang kita puja-puja itu yang menolak diri kita.. hahaha !! sebab tu kene buat baik berpada-pada..!! Mak aku sekarang ni.. gemar pulak dengar lagu-lagu joget.. ponek den berjoget dongan mak den ni ha..!! hahaha..!!




.

12 comments:

IMANSHAH said...

hurm selamat bercuti..abg suka sudirman

D.MasterMind said...

baru je lepas tengok jugak tadi~ memang syok lagi filem2 yang lepas~

sarah zulk said...

terbaik!! link cerita yang terbaik!! like like like..

iKhRam said...

IMANSHAH : selamat bercuti lagi sekali utk abg.. wah !! sama2 minat sudirman nie..

iKhRam said...

D.MasterMind : tak best mana pun kan?? biasa2 jer kan/

iKhRam said...

sarah zulk : ye ker? link citer yang baik??

zazaw said...

AHAHA
joget poco poco lah sirrrr
ahahaha

iKhRam said...

Zazaw : nak poco2 kek mano tue.. den ni dah la kayu ni ha !!

Mutiara Bernilai said...

betul, kadangkadang kita kena latih remaja sekarang untuk tengok siaran2 dan program2 yg membina minda yang boleh buat kita berfikiran kritikal,, :)

hu, perasan x, lagu penyanyi2 lama,best sgt2 n sgt2 berkesan?

:)

nway thanx 4 ur entri,,banyak info yg mutiara dapat :)

iKhRam said...

Mutiara Bernilai : yup.. ada dua faktor sebenarnya.. pertama dari dlam diri remaja itu sendiri yang perlu kita pupuk. yang kedua adalah dari rancangan dokumentasi itu sendiri.. bagaimana fakta-fakta itu disampaikan.. bg saya saluran astro History sgt bagus..!!

terima kasih kerana sudi meluangkan masa utk membaca entry ini..

dan lagu2 sudirman tidak pernah luput dari ingatan.. yg selalu ada menemani saat saya suka mahupun duka..

suria lekatlekit said...

sudirman.. seniman & artis berjiwa peminat..
TERKINI :KAU TAK KISAH TAPI ADA YANG KISAH PASAL STATUS DARA KAU.
TERKINI :TERIMA HUKUMAN REJAM SAMPAI MATI SELEPAS SERTAI PERTANDINGAN RATU CANTIK
TERKINI : JANGAN PANDANG PEREMPUAN COMEL BERPERUT BOYOT ITU!

iKhRam said...

THE LEKAT LEKIT STORY : Wow !! byknyer link..!!