I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 9, 2011

Summer Sunshine



Setiap masa, lagu 'Summer Sunshine' by The Corrs ini akan berkumandang memenuhi ruang kediaman aku nie.. Hahaha!! Kadang-kadang bertukar la dengan lagu 'Kembang Perawan' kan?? Al maklumlah.. menyokong blog sendiri.. huhuhu !! Apapun aku jarang-jarang minat dengan lagu-lagu Inggeris.. Jadi, lagu ini memang best la maknanya pada aku kan ?? Lagu ni seumpama momentum aura yang dinamik untuk aku, dari mula bangun sampai la petang-petang macam ni..!!


Petang-petang, emak abah selalunya memang suka ke kebun. Kadang-kadang aku pelik, biarpun penat baru balik dari keje, tp masih lagi nak ke kebun.. Aku yang tak keje ni pun kadang-kadang macam nak tak nak jer ke sana.. dengan nyamuk keliling bagai.. nak gigit pun tempat-tempat yang sulit nak digaru.. kat celah jari kaki.. kat lutut.. kadang-kadang kat telinga.. macam mana aku nak garu..??


Tu belum lagi dengan isu nak mengangkut air.. nak angkut air bukan mudah.. kene guna cara manual tau !! Mula-mula, kene tadah air kat rumah dulu dengan dua biji baldi.. dah penuh.. jinjing la baldi tu dari rumah ke kebun.. jauh tak jauh, ada la kene lalu 5-6 biji rumah jugak la...!! hahaha !! ukan sekali tetapi berkali-kali jugak la.. Selalunya juara mengangkut air adalah cik Fatin kita... !! huh !! Kadang-kadang dah macam latihan Biggest Loser Asia pulak.. !! Memang bagus untuk kesihatan..


Kat kebun ni ada la macam-macam jenis tanaman yg mak abah tanam.. Tanaman utama pastilah lado api @ cili api.. !! Nak tau sebab apa? Sobabnyo mak den ni gomar masak lauk lomak cili api.. Apo yang dapek, sumo nak digulainyo.. sampai saket-saket poghut den ni ha! tapi tak po la.. sodap kan? Lain dari tu, ada la mak aku tanam limau kasturi, purut, serai, pisang, ubi.. dan belimbing.. dan macam-macam llagi yang aku tak tau.. Kat kebun aku ni ada nangka susu.. kalau ada buahnya memang mak aku akan masak gulai nangka.. seperiuk besar beb !! Habis wa cakap sama lu..!!


Kalau macam terung ke? sawi ke ? kangkung ke? abah aku tanam kat tepi rumah jer.. bila semua sayur-sayur ni berbuah dan membesar.. memang cantik.. dah macam pokok hiasan la pulak.. dan semua sayur-sayur ini akan dikongsi dengan jiran-jiran.. "kalau nak.. ambik pisau, keratlah sendiri banyak mana nak.." kata abah aku.. bergasak la orang amik.. almaklumlah kami adik beradik tak makan sayur.. rugi3x !!


Apapun sikap mak abah ni tak turun pun kat aku.. tanam serai pun kadang-kadang tak hidup.. Jadi kebun ni bukanlah destinasi yang aku suka pergi.. Cuma kadang-kadang, bila petang-petang.. bila mak tak de kat rumah sebab ke kebun.. aku pun ikutlah temankan dia.. Sebab kalau tak, aku tak de kawan nak berborak pulak..!! Ikhlas.. tapi jauh !! Hahaha..

.

p/s - Happy Besday kat Mak tam saya.. esok dia dan sepupu saya yang lain nak datang umah.. yey! yey! yey!.... hahaha...!!!
.

20 comments:

Encik Suami said...

besnye ada kebun kan?
anaknye plak..jgn lah tak nak turun kebun tolong mak abah.sesekali balik kg..tolong jaga tanaman dan bersihkan kebun.
mana taknye ada cili padi..dah nama pun org nogori kan..mesti masak lemak cili api..berasap telinga.

Admin said...

elok la tu..nak lado api x yah boli...umah kalo ado tanah tu deh..sumo main potik yo mcm den kek kg...ni dok bandar sumo kono boli nk tanam tanah kek umah sekangkang somut yo tu pun x subur

fat said...

wat2 rajen. xley blahhhhhhh hahah

iKhRam said...

Encik Suami : hehehehe.. sekali sekala turun jugak.. tp tak selalu la ke kebun.. ni pun dah sakit perut dah nie.. makan lauk gulai hari2 byk sgt.. hahaha

iKhRam said...

Phat : iyo.. main potik yo.. kadang2 boleh pulak bogonti masak.. nak g potik toghong la.. potik tomato la.. potik ladi la.. hahaha!!

iKhRam said...

boonga_kecik: ni bukan buat2 rajin k? ni buat-buat malas tau tak? hahahaha!!

ewanthology said...

berbakti pada tanah

byk manfaatnya

Nik Nur Hafeezah said...

next sem nk bwat lawatan smbil blaja kat kebun ni lah...hohoo..

::FAIZ:: said...

ada tanam durian tak? kalau ada, nanti berbuah, ko bg aku 10 bijik k... hehehehe

hamzah ian said...

pergh.. gua kebun takde

pembaris said...

lepas panjat gunung datok, nak cari masak lomak.tak jumpa.kempunan

iKhRam said...

delarocha: yup.. byk manfaatnya

iKhRam said...

Nik Feezah : boleh.. tp better sem 4.. subjek ecosystem..

iKhRam said...

FAIZFARISH : durian ?? yg tu tak de la.. slealunya beli sendiri kalau teringin nak makan durian.. hehehehe

iKhRam said...

hamzah ian : gua pun.. ni kebun bapa n mak gua beb !

iKhRam said...

pembaris ; meh la makan kek umah den ni ha.. hahaha!! ajak la perempuan feveret.. hehehe

Mutiara Bernilai said...

wahhhh
rindu kampung mutiara,,
best kan ade kebun?
ape2 amek kat kebun sendri,,


s|amat berbakti kpd ibubapa ya!

^__^

iKhRam said...

Mutiara Bernilai : doa2kanlah saya supaya saya sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa dan keluarga

blog-tips-kurus said...

Adakah ibu bapa kamu menanam pokok delima? sungguh murni aktiviti mereka tanam poko menyejukkan bumi.. :-)

iKhRam said...

blog tip kurus : ada rasanyer... sepohon dua