Teringat masa zaman persekolahan dulu-dulu, sekitar zaman 90-an.. semasa itu abah saya masih lagi berkhidmat sebagai tentera di Bukit Ibam, Pahang. Kawasan pedalaman seperti itu pasti sukar untuk memilih pakar gunting rambut dan bilangan mereka sangat terhad. Sebagai anak askar, kami semua di kem askar terpaksa la menggunting rambut kat seorang pak cik askar ni. Namanya 'Pak Cik Mantin'.. Hanya dialah satu-satunya pak cik tentera yang menyediakan perkhidmatan menggunting rambut..
Stor di blok kuarters telah dijadikan kedai gunting rambut.. Selalunya selepas maghrib, berpusu-pusu la aku dan yang lain menunggu giliran untuk memotong rambut.. Kalau terlewat sedikit, kesannya pasti hampir seluruh malam aku akan duduk menunggu di kedainya.. Apatah lagi kalau ada kerja-kerja sekolah yang tidak aku siapkan...?? huh..!!
Akibat hanya dia seorang saja yang mempunyai pakar menggunting rambut.. jadi kesemua fesyen rambut kanak-kanak di kem askar kami lebih terarah kepada satu atau dua fesyen saja.. kalau tak digunting dengan potongan biasa.. mungkin digunting dengan potongan petak ataupun 'kotak style'.. bagi aku yg kurus dan berkepala lonjong ni, memang setiap kali potong rambut.. mesti berpetak la kepala aku.. hahaha !! dan bayarannya sangat murah pada masa itu.. hanya RM1 sahaja..
Namun hari ni, di mana-mana pasti banyak kedai gunting rambut yang aku jumpa.. kadang-kadang kalau ada kawan-kawan yang nak ke salun, aku pun tumpang sekaki walaupun sekadar hanya mencuci rambut.. kepuasannya seolah-olah sama mencucui rambut di rumah. Cuma kadang2 nak rasa sekali sekala dimanja-manjakan.. Apa salahnya ye dak..?? tp melayang la duit ringgit aku..!!
Rambut aku ni jenis sukar untuk dibentuk-bentuk.. kering dan tebal..!! Kadang-kadang aku tak kisah sangat fesyen potongan yang mcm mana diorang nak potong sebab rambut aku akan kelihatan sama kalau diubah bentuk style potongannya pun..
Cuma kadang-kadang aku agak pening sedikit.. sebab, mak sukakan rambut aku panjang sedikit.. dan abah pula tetap dengan perangai 'askarnye'.. nak rambut aku dipotong pendek.. kadang2 susah nak jaga hati kedua-dua mak abah nie.. At last.. aku nipiskan jer..!! sebab kalau terlalu pendek, nampak rambut aku cam UFO saja.. hahaha..!!
Kadang-kadang bila tengok rancangan2 groomingkan orang kat tv, aku terfikir.. bila la stylist2 rambut ni nak designkan rambut aku.. teringin gak nak rambut cam artis-artis kat luar sana..!! huh?? tp semuanya tinggal harapan hampa..!!
.
p/s - jelak dengan perangai segelintir pelajar yang terlalu obses berpolitik.. pembacaan tak la banyak mana pun.. perjuangan pun tak tau ke mana hala.. tolong beri prioriti untuk study dulu yer.. !! sebab, bila dah ada peluang untuk belajar.. belajar la sungguh2..!!
.
44 comments:
dah sebulan setengah tak potong rambut ni
aku ada benda nak bagi kau. organic brown rice repairing hair mask. nnt claim bila elaun masuk taw. :) oh ya. dengan bodybutter sekali. erk. kenapa aku murah hati ni.
kenapa ada p/S yang takde kaitan dengan tajuk entry..?what u means "obses berpolitik"?
perhh nk g gunting rambut pon posing bagai
haha :P
Smpt tgkp gambo tu yg tak mnahannye.. Hahahahaha~
kalau dulu2
suka kena slop tpi x suka kena cukur bapak pedih
>.<
hensem dah
:)
uuu... org ade rmbut baru...
jarang gunting rambut dekat kedai..selalu bapak je tolong gunting rambut..
waa handsome2!! rambut mcm ufo tuh camna yerk? nak imagine kjap..
masa duduk hostel dulu selalu dormmate yang potong.seringgit jugak.sepanjang karier potong rambut dengan dia,3x berdarah telinga
mana gambar lepas gunting rambutnya??
kesian pulak dengan pak cik mantin sebab kena gunting rambut budak2 kat kem. mesti penat giler dia buat keje tu. yang menggunting pulak macam ramai..
cuba try potong botak.. hhehehe!!~
haha.. sama la dengan ayah aku.bekas askar jugak. dulu lepas spm ada la cita2 nak simpan rambut tu panjang sikit. tapi takde la sampai ke bahu. baru je cecah telinga dah kena leter suruh potong rambut.
kalau nak komen dekat blog ko ni kena letak word verification. kalau boleh disable function tu. untuk admin mmg tak kena isi, tapi untuk blogger lain kena isi. dekat blog aku ada tutorial mcm mana nak diasble. orait
ko botak ke hape lepas potong ni?
Aiseyh, posing sakan nampak gunting rambut.. HAHA..
Aiseyh, aku dapat bayangkan camna pakcik askar tu gunting rambut.. confirm semua pesyen askar je kan.. ;)
IMANSHAH : oit.. lama tue.. panjang mana la rambut abg IMANSHAH kita sekarang ni ek?
cha zainol : mak aii.. byknyer produk.. tak sangka ada gak orang nak grooming2 kan aku.. hahaha..
Pencinta Ilmu : memang sengaja je nak lari dari tajuk entry..
Adwafarahin : nak tau tak kenapa saya berposing bagai.. sebab nak ilangkan bosan.. menunggu tukang gunting rambut tak sampai.. dekat nak sejam kot menunggu..
Liyana Zahim : hahaha.. ni lah hobi menghilangkan rasa bosan menunggu.. hahaha
mr. syazwan : suka cukur.. nampak cam seksi.. tp memang sakit kalau lepas cukur
chemay : ye ke?? terima kasih..
Fezul Fadhely : sapa ada rambut baru ?? hahaha.. ni pic lama2 la.. fezul kot yg ada rambut baru..??
faiz : jimat tu.. !! senang sket kan?
Aman Ibrahim : hahaha... rambut UFO tu, lebih kurang mcm nie.. aman bayangkan.. rambut saya kembang dann tebal.. mintak dislopkan bawah.. tetiba nak nipiskan yg atas.. bila dah siap.. rambut atas still kembang dan yg kat bawah dah menipis.. sebijik cam UFO..
pembaris : bahaya tue.. walaupun seringgit; murah.. tp mcm tak sealamt jer.. tak berbaloi dgn seringgit.. apapun jimat kan..
pernah gak potong dgn classmate.. free tp kene blanja sekotak rokok.. huh!! dahsyat kan?
Asada Ryutaro : hahaha.. rambut selepas.. jgn la ditgok.. apapun ni pic lama ni Asada..
penat memang penat.. tp laku !! byk gak dpt rezeki.. salah satu punca rezeki kat kem askar di kawasan pedalaman dulu..
Bella Bell : penah sekali try.. sekali sepanjang hari kene marah dgn mak.. rasa cam sedih kerana telah mengecewakan hati mak.. hahaha
Hasrol. Nizam : bese la.. kalau dah askar tu, askar jugak kan?? mana nak dibaginya rambut panajng2 nie..
terima kasih dgn tutorial nie.. nanti free2 saya akan blaja yer..
apapun, kalau still sama kene isi verification ni, maaflah.. kesulitan amat dihargai..
Encik Psycopath : setelah sejam menunggu.. tukang gunting rambut pun tak datang.. akhirnya aku tak potong pun rambut nie..
p/s ni pic dua bulan yg lepas.. masa tgah praktikum..
ZWANSABRI ; nampaknyer cam tu la mr zwan.. semua sepesen.. mcm mana rambut si yah, macam tu la rambut si anak.. hahaha
whaha baru hensem! hehe
bukan grooming kau. aku kan permulaan baru kau ;p
amir aizat : ensem ker zat? hahaha..
cha zainol : amboi.. tp permulaan yg bagus..
'PAK CIK MANTIN'?? mmg xleh lupe la nm pakcik ni... unik... hehe... slain kdai gnting rambut, dia ada kedai runcit.. dulu petang2 slalu bli ais krim dgn keropok jagung kat kdai dia, blanja 20sen pn dah kenyang... hehe
....ANA... : ada jugak kawan2 yg ingat.. teringat, lepas ngaji beli kerpok ker.. dulu setakat 20 sen tu masih lagi cukup.. huhu
terima kasih liyana, kerana berkongsi cerita tentang kisah lama..
Takot kedai gunting rambot!
SERIOUS!
gedek ; kenapa takut pula nie..??serius kini menjadi curious.. hahahhaa
wahhh gunting rmbut! i wonder mcm mne la muke abg ikhram nti kalau da pndek rmbut. :) :)
NanaLiyana : jgn nak wonder2.. sebab mcm mana potong pun tetap mcm tu jugak rupanya..
Pakcik Mantin? I dari Mantin jugak nih... :-)
Entri 18PG: Girl Housemates from Hell!
logorithm : mungkin dia asal dari mantin.. yg diketahui dia mmg org n9
Post a Comment