I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 26, 2011

Pemikiran Lelaki 23 Tahun


Sebagai seorang lelaki, apa yang mereka mahu.. Hari ini aku bertanya diri aku.. apa yang aku mahu dalam hidup aku setelah aku menjengah ke usia 23 tahun ini..?? Pada aku, usia ini bukanlah terlalu tua untuk memikirkan tentang banyak perkara serius.. tapi kalau dulu-dulu, lelaki berumur 23 tahun seperti aku ini dah boleh ber-anak 2 atau 3 orang..
.
Hari ini aku keluar bersiar-siar ke shopping complex. Secara jujurnya, hari ini aku keluar bersama kawan-kawan, namun yang jelas aku tetap merasakan diri aku berseorangan. Ada banyak perkara hari ini yang aku kaji tentang pemikiran aku terhadap persekitan.. Jom kita baca apa yang menarik perhatian aku hari ini sebagai lelaki berusia 23 tahun :
  • Aku suka melihat kanak-kanak dan bayi terutama mereka yang berada di dalam kereta sorong mahupun yang berpegangan tangan dengan ayah mereka. Aku sebenarnya sudah bersedia untuk berdampingan dengan kanak-kanak dan merasakan anak adalah satu anugerah dan keperluan hidup. Insyaallah.
  • Aku kurang gemarkan bau-bauan wanita yang keterlaluan kerana bagi aku bau-bauan seperti itu akan bertukar menjadi bau tengik dan meningkatkan kadar pertumbuhan usia wanita. Serius, aku terasa seperti loya dan ingin muntah apabila bersebelahan dengan seorang wanita ketika menonton wayang tadi.. bau perfumenya terlalu 'tua' dan ada masa aku terpaksa menghirup nafas ke arah orang di sebelah yang berasingan dari wanita tersebut. Wanita sememangnya memerlukan penjagaan diri yang baik dan sesuai dengan umur.
  • Pemakaian kasut tinggi oleh wanita sangat menarik perhatian kaum lelaki terutama kasut berjenis baji dan bertumit runcing. Namun elakkan dari memakai kasut dari jenis baji yang longgar kerana ia memperlihatkan anda seolah-olah mengheret kasut baji anda itu. Kami orang lelaki ini lebih memahami penderitaan anda untuk kelihatan cantik biarpun anda kaum wanita nampak seperti redha dengan situasi seperti ini.
  • Wanita lebih baik membawa anak-anak ke gedung buku dari membiarkan mereka bersama suami menunggu kamu yang dewasa memilih pakaian. Hal ini kerana lelaki mampu melayan semua soalan dari anak-anak tetapi bukan soalan yang terlalu berulang-ulang dan rengekan kerana menunggu. Kalau aku pun tak sanggup dengan anak yang mahu macam-macam sedangkan anak-anak lebih mendengar arahan dari emaknya.
  • Adakala pasangan yang berumur kelihatan manis bila berjalan bepegangan tangan sewaktu bersiar-siar di shopping complex. Hal ini selain boleh menjimatkan wang, ia mampu menjimatkan masa. Tak percaya? cubalah nanti..
  • Aku gemar melihat wanita. Wanita yang berjalan seorang diri dengan selendang dan cermin mata hitam yang menutup sebahagian besar wajah mereka. Terselit beg tangan vintage berwarna coklat dan di tangan mereka terdapat senaskah majalah. Bagi aku itulah wanita independent pilihan aku yang sesuai untuk dihabiskan masa bersama.
  • Apa kelebihannya menonton wayang tanpa orang dikenali di sekeliling?? Jawapannya, jeritlah sekuat mana dan ketawalah seriang manapun, tidak akan ada orang yang akan menegur perbuatan anda melainkan pandangan kurang senang sahaja. Macam aku tadi.. orang atas hanya tendang2 kerusi aku jer.. nak suruh aku diam la tu.. tapi maaf.. hak semua orang sama.. hak berperasaan dan beremosi. Fullstop!!
  • Hidup sebagai seorang yang tidak mempunyai kekasih memang sunyi namun kesunyian itu memberikan anda waktu untuk mengenali diri anda sendiri dan menyebabkan anda lebih positif. Sekadar menyedapkan hati sedangkan lelaki pada usia aku ini mengharapkan adanya teman disisi yang boleh mendengar dan berkongsi hobi yang sama. Adakala mempunyai kekasih buat lelaki tampil hebat.
  • Pada usia 23 tahun tiada fesyen yang menarik minat kebanyakan lelaki melainkan pakaian yang kosong tidak bercorak serta warnanya tidak serancak dahulu. Mungkin pada ketika ini warna pakaian mereka lebih terarah kepada warna biru navy, kelabu pudar , putih dan hitam. Aku berpendapat, lelaki yang mahu tampak matang bukanlah dengan menonjolkan diri sebaliknya mempunyai peribadi yang tenang dan 'tersendiri'.
  • Dan lelaki berumur 23 tahun dan ke atas lebih gemar membaca majalah namun untuk membelinya adalah perkara yang tidak dingini sama sekali. Hal ini kerana, ada banyak perkara yang perlu menjadi rujukan selain majalah. Mempunyai gajet dan kereta yang canggih adalah keutamaan berbanding majalah yang tidak punya nilai apa-apa di mata lelaki lain.

Itu sahaja pandangan aku terhadap persekitaran setakat usia 23 tahun ini. Sedikit sahaja.. maklum sajalah itu sahaja yang aku perhatikan ketika berada di shopping complex. Usia 23 tahun ini aku tetap melangkah sendiri.. ada waktunya aku lelah dan tidak mahu sendiri lagi. Kalau ada jodoh kali ini aku akan terima dan tidak mahu tapi-tapi lagi.. Terdesak ?? Belum lagi.. masih boleh membuat pilihan..

.

7 comments:

Anonymous said...

lawak r td..dgr sore ko gelak..
hhahaha..

smpt lg ko wat analisis eh..bgus2..

Najeera Yahya said...

Hurm , kamu ikhram belajar di Maktab Tungku Bainun ya ???

hmm...senang sahaja solusinya , kamu perlu cepat bernikah ...ingat jodoh itu tak akan datang bergolek ke hadapan ikhram...

ikhram perlu beusaha mendapatkannya , setelah berusaha , barulah tawakal ...

saya galakkan solat hajat ... ^_^

jodoh itu rahsia Allah ... ^_^

iKhRam said...

Princess pisang : oo.. kuat kot tergelak td.. kelakar sgt.. hahaha.. selebihnya byk terjerit takut..!!

iKhRam said...

Nulia : bukan di tuanku bainun.. tp di m4p.. maktab perguruan persekutuan pulau pinang.. kat island..

insyaallah, ada sebab kenapa jodoh lambat dan cepat.. semua itu rahsia Allah..!! saya terima dgn redha.. cuma kadang2 saya rasa mahu seperti orang lain yg sudah pun berteman..

LM said...

All the best in your life senior!..smoga mendapat jodoh yang terbaik dunia n akhirat ^_^

~ MaNjAlaRa ~ said...

bkn kah ko baru je beberapa bulan msk 22 thn???
hehhee...
ikot tahun betol la 23thn..
tp aku lbh suka mngaku aku 22thn. rasa muda!!
jodoh ketentuaan ALLAH, kita sbgai hamba, blh usaha mencari...sbb jodoh xdtg sndiri..

** aku lbh suka percintaan slps nikah..
kn lebih sweet..kn?? :)

Najeera Yahya said...

owh .. tak tahu pulak di islandnya ada maktab ...hehehehe

ya , mungkin Allah sedang menguji Ikhram lagi sebelum betemu jodoh ... mgkin juga kesabaran yg diuji-Nya ... ^_^...

hahaha....ceramah lah pulak ..ngeee..abaikn