I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 5, 2011

Saat-saat Ketika Itu


Masa menulis entry ini, aku sudahpun sampai ke maktab yang tercinta..
sedihnya kali ini pulang sendirian memandangkan aku perlu
menguruskan hal-hal berkaitan praktikum..
rasanya.. dah hampir lebih setahun aku tidak sendiri pulang ke maktab..
sebab ditemani adik perempuan aku yang sama tempat pengajiannya..
tidaklah hiba sangat cuma sedih sedikit..
biasalah dah seminggu hidup bersenang lenang..
di rumah bahagia milik kami sekeluarga..
terima kasih abah kerana menyediakan kediaman yang selesa
dari hasil titik peluh kudrat abah sendiri..
..
gambar di atas adalah aktiviti terakhir
cuti raya cina kali ini..
kali ini sebelum balik emak menyediakan salah satu kuih kegemaran aku..
kuih karipap pusing dan badak berendam..
kuih goreng yang diisi inti kari kentang
serta kuih dari tepung pulut
berinti kelapa yang dibanjiri kuah santan..
kedua-dua ini kegemaran aku..
lebih-lebih lagi menjamunya di bulan ramadhan al mubarak..
..
selalunya emak tidak terlepas dari mengisi perut aku..
dan saat akhir-akhir cuti persekolahan..
penyediaan juadah ini laksana perangsang
agar aku tidak bersedih..
dan terkenang kenangan di rumah berlebih-lebihan
dan sebagai penguat semangat..
bahawa emak sentiasa merestui perjalanan hidup aku..
aku tahu..
emak sayangkan aku dan anak-anaknya..
dan aku menghargainya..
tidak pernah satupun juadahnya aku tertinggal utk dijamah..
kerana bagi aku itu semua berharga..
dan minda ku ini masih lagi teringatkan juadahnya itu..
pasti abang akan merindui emak..
emak yang teristimewa di hati abang..
..
hanya orang yang melahirkan saja
yang lebih memahami..
apa itu sebenarnya kasih dan sayang
seorang anak dan ibunya..
..

14 comments:

::FAIZ:: said...

i love Karipap....

ZWAN SABRI said...

wah.. bestnye makan karipap pusing ngan badak berendam hasil tangan mak..
btw, cuti seminggu ni rasa sat je kan.. huhu

IMANSHAH said...

selamat kembali ke kampus bersama kenangan yang tak mungkin terpadam. bajailah kasih pada ayah dan ibu setiap hari..moga terus mekar subur di hati

Cikgu Izmir said...

penang sudah!..begini la nasib diperantauan.kena balik awal utk kemas2..
haha

cha zainol said...

wah.sudah penang. huuu~ siap da nak pindah?

zazaw said...

baik nya mak kauu
nanti boleh hantar kat aku sikit okay
:)

Unknown said...

rajin ank mak ek...

iKhRam said...

Faiz Farish : cintakan karipap ek? sama la.. pecinta karipap..

iKhRam said...

Zwan Sabri : sgt sekejap.. tp bila mengenang keje yg banyak ni.. terpaksa la balik ke mktb..

iKhRam said...

IMANSHAH : sentiasa mengingatkan bahawa ibu bapalah yang terpenting dalm kehidupan.. saya perlu beringat.. apa saja keputusan, tidak akan saya membelakangi mereka berdua

iKhRam said...

Izmir : yer.. kene balik awal.. ari tu nak kemas bilik.. ni nak kemas bilik kat umah sewa pulak..

iKhRam said...

cha zainol: dah sampai dah berada di rumah..

iKhRam said...

zazaw : nak anta apa nyer.. dah abis masuk kat perut..

iKhRam said...

Ahmad Fauzi Rayaan ; kalau ckp anak emak.. nnt abh kecik ati pulak..