I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 19, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah


Kita suka bila hari lahir kita disambut meriah..
Begitu jugaklah kegemaran kita meraikan hari lahir seseorang..
Sayangnya mak ayah kita kepada kita,
sehinggakan hari lahir kita disambut mereka dengan gilang gemilang..
.
dan begitulah analoginya..
rasulullah itu..
kekasih Allah, tuhan kita yang Maha Satu..
berhaklah kita meraikan keputeraannya melebihi kecintaan kita kepada diri kita sendiri..
meraikan dengan perarakan mendendangkan selawat itu tidak cukup
sekiranya dakwah dan ingatan baginda kita pandang enteng..
pandang sebelah mata pun tidak sudi.
..
kali ini
merupakan kali ketiga aku menyambut maulidur rasul dengan gelaran guru..
pertama
tahun 2006 - sewaktu menjadi guru sementara di SK Nyatoh.
kedua
tahun 2009- sewaktu menjalani PBS di SK Seremban Jaya
ketiga
tahun 2011 - sewaktu menjalani praktikum ketiga di SK Genting
ketiga-tiga pengalaman ini semuanya indah-indah belaka..
biarpun tema dan tempatnya berbeza berbeza..
..
sebagai salah seorang daripada warga sekolah
aku tidak mahu ketinggalan dalam meraikan sambutan yang meriah seperti ini..
aku mahu juga gembira meraikannya dengan mengenakan pakaian yang cantik-cantik..
bagaimana terujanya anak-anak murid bergaya sakan..
begitulah juga dengan aku..
tidak dapat tidak, keseronokan ini telah pun menjadi budaya kepada diri
sejak dari bangku sekolah lagi..
dan usaha murni ini sememangnya baik..
..
secara jujurnya
program-program seperti ini adalah baik..
dan wajar dianjurkan setiap tahun..
tanpa kesedaran sebegini,
anak-anak muda bakal hilang ingatan mereka daripada keindahan beragama
dan jangan pelik..
pabila besar nanti
ada di antara belia kita..
nama datuk nabi pun tidak tahu.. ?
nama ayahanda dan bonda nabi juga tidak pernah nak ingat ?
Isteri pertama nabi juga tidak tahu?
dan yang paling kita takutkan..
jangan akan ada suatu hari nanti
nama nabi sendiri pun ada yang tidak tahu..
jikalau andaian ini benar-benar berlaku..
ketika itu nasi telahpun menjadi bubur..
..

5 comments:

Najeera Yahya said...

alahai..comeynyer anak-anak murid tu...sekolah menengh x buat cam tu pun..huhuhu..sedey

salam maulud ^_^

Bento Sensei said...

btw, jgn hanya menyambut dan mengingati nama..ingatilah juga sifat2 terpuji baginda..renung2kan..selamat beramal =)

ZWAN SABRI said...

bila tengok kemeriahan ikhram sambut maulidur rasul dengan student, tetiba terasa nak jadi cikgu plak.. jeles2.. huhu



MySuaraBlog: SINI ADA HANTU?

Anonymous said...

wah besnye..skolah aku pn sambut smlm..
tp student pkai bju skolah je..

bell bebet said...

rindu plak zaman kanak2 huhuhu :( bestnya jd cikgu.. huhuhu