Pagi-pagi lagi..
sampai saja sekolah sudah pun ke kantin sekolah..
berjalan pergi meminjam pisau..
seluruh isi sekolah memandang aku dan sebilah pisau
mungkin di benak fikiran mereka..
"Apalah yang nak dibuat Cikgu Ikhram dengan pisau nie?"
mana yang berani bertanya..
aku jawab selamba..
"saya nak pergi sunatkan mana-mana budak yang tak bersunat lagi.."
mereka mendengar dengan ketawa kecil saja
.
bila aku pergi membasuh salad di paip tepi dinding sekolah ..
seluruh budak darjah 2 dan 3 memerhati perbuatan aku..
mereka bertanya sesama sendiri..
??
apabila menjadi guru
setiap perbuatan kita akan menjadi tanda tanya kepada murid-murid..
semua yang ada pada kita.. diperhatikan oleh mereka..
kita ini bak lagak seorang artis terkenal yang menjadi buruan manusia..
..
pagi ini
aku mengajar subjek English bagi Tahun 4..
'Healthy Food' topiknya..
jadi perlulah aku mencungkil idea mereka dengan memberi rasa
sepotong sandwich hasil dari air tangan guru-guru mereka..
yakni rakan seperjuangan seperguruan aku..
sedap, kata mereka..
sedap jualah kata aku..
inilah bahan maujud yang aku perlukan
bagi merangsang mereka memberikan idea,
untuk mengenal rasa apa-apa yang aku letakkan dalam sandwich ini..
usaha aku ternyata tidak sia-sia..
selain mereka berani melontarkan idea..
hubungan guru-murid dpt jua ditingkatkan..
murid gembira.. aku juga gembira..!!
.
terima kasih
sir akashah
teacher zuliyana hassan
teacher ying ying
cikgu fuad jahaya
dan akak aya, pengusaha kantin di sekolah kami
kerana telah menjayakan
set induksi pengajaran saya hari ini..
..
untuk semester ini
saya perlukan sedikit perubahan pada diri saya..
biarlah sedikit daripada tiada langsung..
.
21 comments:
baguslah cikgu ikhram ni.. mengajar siap bagi rasa sandwich lagi..
best2.. ;)
ur so creative ikhram...nk jadi mcm ikhram..!
nice..amalkan slalu..jamu cg2 senior sekali
nmpk sedap... make me lapar
adik.betul betul betul.sikit is betta than nothing. selamat usaha :)
nak jadi student cikgu ikhram la kalo cmtuh..
dpt mkn sandwich free... :D
pergh!!. sodap3!!
wah!! nih la org panggey BBM kan? anat nih baru first sem ijzah.. masih pening2 lg nk reka BBM . takda idea langsung
Set induksi yang baik sebelum meneruskan p & p.. Semoga cikgu mempunyai idea yang bernas untuk menaikkan semangat murid untuk meneruskan pengajaran pada setiap hari..
fuh!!! semangat betol abg kite wat set induksi!!! hehehe.. go cg ikhram!!! ^____^
seronok kalau dapat cigu cm abang ihram kitaaaaaa niiiiii
:)
Zwan Sabri : teringatkan cikgu saya sebelum ni yang sanggup buat mcm2 utk menghidupkan keals kami.. jadi tibalah turn saya dengan sepotong sandwich.. ok kot.. huhu
Mia Olive : bukan ikhram jer.. semua orang boleh jadi kreatif.. hehe.. kita semua kan cikgu..
IMANSHAH : insy.. boleh diamalkan selalu.. tp segan nak bg ckgu senior.. almaklumlah, kami masak tak sdap!!
Faiz : Sedap? bolehlah nak jamu murid2.. sedapnye ntahlah.. senang je nak buat.. beli tuna kat kedai, sapukan pd roti..
cha zainol: tanpa sedar, hg pun akak ada sebagai pendorong.. apapun sebagai manusia, perubahan tu penting kalau nak maju.. semua yg berlaku benar2 menginsafkan saya
eyda shahida : boleh.. dpt makan sandwich tp kene buat keje sekolah byk la.. hahaha
azwan : apalah sedanyer.. sandwich biasa je pun
Anati soki : ini adalah antara salah satu alat bantu mengajar iaitu menggunakan bahan maujud.. dengan bahan maujud mcm ni, barulah kita dpt memberi pengalaman konkrit kepada murid-murid dan membantu menambahkan ingatan mereka
muhamad : semoga diberi idea utk menghasilkan set induksi yang menarik selain berkesan kepada murid-murid.
Afiq : tetiba jer bersemangat nie.. hahaha...
Post a Comment