I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 17, 2011

Saya Sayang Keluarga Saya


Bila berjauhan
aku rindukan keluarga aku..
tentang abah yang banyak berjasa
pada emak yang banyak berkorban
untuk adik fatin yang selalu disisi
juga untuk adik iman yang sentiasa menghiburkan..
tiada apa yang paling berharga
daripada senyum tawa kita semua..
kebahagiaan yang kita pupuk sejak zaman berzaman,
sebenarnya sangat-sangat bernilai..
dan bermakna..
tanpa mereka aku pasti..
kehidupan aku tidak akan baik seperti hari ini..
..
harta dunia tidak mampu membeli kebahagiaan aku ini
kebahagiaan memiliki keluarga yang seharmoni ini..
biarlah dugaan dunia menghempas..
gelora badai menggundah gelana dunia..
biarpun harta benda dirampas..
dibelot dan dipermainkan manusia dajal..
itu semua duniawi..
tidak sedikitpun mengurangkan cebisan kasih sayang ini..
tidak sedikitpun mencacatkan kepercayaan kami sekeluarga..
sebaliknya menguatkan lagi hubungan ini..
..
tanpa keluarga
aku tidak mungkin setabah ini..
kerana emak dan abah mendidik aku..
agar menjadi manusia yang baik..
yang tidak pernah dengkikan kesenangan orang lain..
yang mendorong kepada kejayaan orang lain..
yang membantu orang setiap masa..
dan menghargai manusia lain...
agar biar campak ke laut, menjadi pulau..
itulah hasil didikan dari keluarga bahagia..
..
orang yang tamak harta dunia..
keluarganya tidak pernah bahagia..
percayalah kata-kata aku ini
dan renung-renungkanlah..
..
p/s - siapa tergigit cili dia terasa pedas.. jangan sampai 'terprint' pulak entry ini utk pedoman diri sendiri.. (ini utk orang yang tamakkan harta dunia dan sanggup belot pada janji2nya).. insaflah... !!
.

6 comments:

Hazril said...

Nice pic...:)

::FAIZ:: said...

I Love my Family 2.. hehehe

Bento Sensei said...

sabar..sabar...sabar...inilah ujian yg Allah bagi di samping kesenangan kita..kita dah dapat byk kesenangan dan kemudahan. tp, bila kita dapat sedikit kesusahan, kita dah melatah n melenting..
seorang sahabat bertanya kpd Nabi Muhammad,apakah pesanan mu Ya Rasulullah, yg ringkas dan senang aku buat? jawab baginda, jangan marah.. renung-renungkan, selamat beramal =)

afzan said...

kalau membujang dan dok sorang2 mulala teringat kat keluarga di kampung ye dak?

cha zainol said...

rindu family aku :(

Kimie Hashim said...

aku pun sama macam kau..aku takleh lupa pada keluarga walau macam mana happy pun aku..