I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 14, 2010

Redox + Lawatan + Old Town = Reduction??

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. begitulah ibaratnyer dgn alkisah aku yg terpaksa memikul beratnyer beban jerawat yg makin membesar di muka.. hahaha..!! saje gurau utk awal2 nie..

Bgun pagi, dan awal2 lg bertemu dgn Fadhli Daud di kamar mandi (ceh, kamar tu siot..!!) .. ada berita yg tak brape nak gembira.. aku terpaksa pegi lagi ke Bukit Dumbar. Aku ingatkan tak payah pegi dah.. sebab, diam jer semua orang dalam kumpulan aku. Tak sebut2 pun pasal sun rise sejak kebelakangan nie.. Disebabkan kelas bermula pukul 9 pagi, aku bsiap2 sekadarnya dengan t-shirt dan jeans ke Bukit Dumbar. Kali ni menumpang kereta wira rumate, Amir Aminuddin bersama Fadhli Daud, Helmyzi Hindwan, Fuad Jahaya, aku dan tentulah rumate aku sendiri.. !!

aku & rumate, Amir aminuddin

aku & abg fuad Jahaya


Seperti yg lepas2, observation jarang2 sekali dpt kami sempurnakan dgn jayanya. Masalah matahari dilindungi awan macam dah boleh diagak2 akan berlaku.. tp keputusan pemerhatian perlu jugak diambil.. Kesimpulan awal pemerhatian, matahari hari ini bergerak ke kiri sedikit.. (keputusan ini dipersetujui dan disahkan oleh ketua kumpulan, Fadhli Daud sendiri.. hehehe!!) Kelibat Hafiz Hamdan pun ada.. smart dgn baju formal.. apa nak buat die kene g kelas pukul 8, kami tidak!! Itu pun die mcm bengang jer sebab kamera die buat hal.. sebelum bergerak balik, aku ternampak seorang wanita arab berjogging dgn memakai jubah labuh berwarna hitam.. jgn tak percaya siap dgn tudung labuh & purdah.. dan kasut sport..??!!

Alang-alang perut lapar dan kelas pun tak start lagi, kitaorang pun pegi la ke kafe recsam utk bersarapan. aku makan nasi goreng dgn air soya ais.. kene Rm1.00. Aku tak tau kenapa bley jadi mcm RM1.00 shj.?? Aku bayar jer.. abis sarapan, balik ke Blok Amra. Kene tegur dgn Mr Pushpa masa lalu kat HEP sebab dia ingatkan kami ni 'orang luar'..!!

PRACTICAL TIME!! hooray! hooray! Aku gembira sgt bile madam Yee L. H ckp hari ini kene buat practical 4 kat makmal and next week baru discuss pasal exerciese redox yang minggu lepas punye. Nak tau knp?? - sebab aku tak siapkan lagi exercise tu.. !! Practical 4 - adalah berkaitan dgn proses oksidasi dan penurunan dalam pengaliran electron.. practical ni sebenarnyer kita dah buat masa kat sekolah menengah dulu..!! untuk practical 4 , aku bergandingan dgn Azurin A. Rahman. Tak byk sgt masalah untuk practical ini melainkan galvanometer kump kami rosak. Buat suspen jer.. aku risau la jugak kot2 la tersalah masuk larutan memandangkan aku yg pegang u tube tu.. dahla warna asid sulfurik dgn larutan iron (III) sulfat lebey kurang sama jer..!! tp alhamdulillah bile ditukar dgn galvanometer yg lain, baru la jarum galvanometer tu bergerak..

"apsal senget ni??" - besa ar aku dgn zurin buat keje

Aku ingat mathematical-logical intelligent aku ni dah semakin merosot. bayangkan aku dah tak boleh berfikir benda2 yang fact dgn baik. Apatah lagi kira-mengira ni bukan bidang aku. Aku terpaksa bertanya Nadiya Khalik dan Zuliyana Hassan byk kali tentang persamaan kimia redox nie., nasib baik diorang nak tolong ajarkan. Apapun report practical ni perlu dihantar minggu depan!!

mana makanan?? semua makanan dah masuk dalam perut!!

Rehat, aku makan lagi.. macam kebiasaannya aku akan memilih lauk ayam. Kuliah PJ bersama mr Kwan N. P. hari ini, kami diminta untuk menyiapkan kertas kerja lawatan pengurusan sukan ke Majlis Sukan Pulau Pinang (MSPP). Kami merancang untuk ke sana pd awal bulan Feb. Pening aku bila Mr Kwan N. P. meminta kami menyiapkan kesemua kertas kerja dan surat menyurat hari ini jugak dalam kuliah.. mustahil la.. paling kurang semua ni perlu dibuat kat bilik.Apapun untuk mengelak dari diperhatikan kami tak berbuat apa-apa, aku , Zuliyana Hassan dan Hanis S. Anuar, berkolaborasi gak la membuat objektif & matlamat lawatan. Surat2 tu nnt2 la..!! aku sebagai Bendahari rasanyer macam tak ada keje jer, sebab semua ongkos perbelanjaan lawatan ni mcm ada yg taja..!!

barisan AJK lawatan



Kami sekelas juga telah pun melantik AJK bg pengajuran Sukan - Bola Tampar 3 sbelah yg dipengerusikan oleh Faiz Syahmi. dalam AJK ni tugas aku amat penting, sebagai pembancuh air (AJK air) bersama Fariezza Rahim.. hahaha!! Aku harap tak akan ada orang yg memandang rendah terhadap tugas murni aku ini.. Untuk pengajuran permainan tradisional pula, kelas telah sepakat memilih permainan GUSTI LENGAN. Aku tertanya-tanya gak dalam hati, (DALAM HATI, ok??) ..biar betul Gusti Lengan tu permainan tradisional..?? Namun, Aisyahtul N. Zainol telah menjawab persoalan aku (walaupun aku tak tanya lagi!!).. dia ckp YA.. Gusti Lengan adalah permainan Melayu Kuno!! Ooo.. aku angguk tanda percaya la dgn die.. Mr. Kwan N.P melepaskan kami dari kuliah setengah jam awal.

Afiq Ismail datang tumpang kat bilik aku sebab kunci bilik die tak der.. Fadhli Daud bergegas ke pejabat asrama bg mendapatkan kunci bilik mereka semula.. tp tak lama lepas tu die datang balik kat bilik.. aku dah agak dah!! Pejabat Asrama tutup!! dalam duduk borak2 sempat gak aku tolong Afiq buat skrip role play die untuk presentation Education.

Taklimat subjek Education oleh Madam Soo Hoo S. T. dijalankan di ODT. Walaupun musim mengantuk mula mewarnai ODT, tp disebabkan style Madam Soo Hoo yang kecindan hari ini, membuatkan perhatian aku tertarik mendengar.. tak sudah2 aku ketawa. loghat cina berbaur penang ni memng pekat bila bertutur bahasa melayu. Aku menyedari bahawa sem kali ini untuk subjek ni mmg byk keje terutama Independent Self Learning (ISL) yg byk.. mana nak kumpul artikel, mana nak salin nota kuliah, mind map, refleksi, ringkasan nota.. belum lagi tugasan kkbi.. esei kurang 1000 pth perkataan tntang isu-isu ketaksamaan budaya dan bangsa di Malaysia disamping peluang pendidikan atas ketaksamaan sesuatu bangsa.. Aku ingat aku nak pilih kaum orang asli la..!! Afiq Ismail kat sebelah kanan aku menyatakan akan cuba menyiapkan keje2 ini satu persatu.. aku tak brani nak janji apa2.. sebab menurut pengalaman yg lepas2, janji2 aku ibarat angin terbang.. tak pernah ditepati.. tp keinginan untuk itu adalah la.. tgok la macam mana nnt..??

Petang, aku tertidur.. letey gak spanjang minggu ni..!! Tetiba Afiq Ismail kejutkan aku nak ckp pasal tak jadi temankan aku ke tesco malam nnt sebab nak ikut Fuad Jahaya ke Queensbay M. sebab nak duplicatekan kunci.. tnpa dirancang, dgn aku2 skali terangkut sama ke sana.. Abg Fuad pun ke sana sebab nak amik tempahan cermin mata utk N. Fatin Ramli. Niat aku asalnyer nak beli shampoo tergendala macam tu sahaja bile kami semua singgah makan kat Old Town. Aku dgn Afiq Ismail order set Nasi Ayam Sweet Sour lengkap dgn puding mangga dgn pepsi. Sedap la puding tu siap ada nata de coco dan limpahan susu segar.. walaupun sedap tp nasi die sikit.. aku terpaksa makan lain lepas ni..!!puding tu dah tinggal separuh aku kerjakan


Malam, siapkan keje Pedagogical Content Knowledge 1 (PCK) - TRANSFORMATION OF ENERGY bersama Amir Aminuddin dan Fadhli Daud. Alhamdulillah, 3 akal menjadi satu.. Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.. idea yg dikongsi, akhirnya menyiapkan tugasan ni.. kalau perasan sejak blaja buat lesson plan sem lepas, byk perkara mempengaruhi tulisan kami.. tulisan kami utk slide presentation ni pun dah macam buat lesson plan. Itulah pengaruh Dr. Parvinder ke atas kami semua..



Sebelum mengakhiri malam, aku telah pun meng-addkan diri ke dalam profile adik aku Fatin M. Ishak kat facebook. Rupa-rupanya teringin jugak adik aku ni nak berfb2.. aku ingatkan tak nak..!! Sayang btul die dgn kawan2 die kat mtrx dulu bila aku tgok pic mereka kat profile die..

No comments: