I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 18, 2010

Lapang Jer Rasa !!

Pagi ini aku kira lebih dari tiga kali orang ketuk pintu bilik aku mengejutkan aku bangun pagi. Tu belum nak dikira dengan abah kejutkan aku dengan henset.. pening aku.. tapi bangun mcm tu jugak waktunya.Terkejar2 aku awal2 pagi ni. Nak sarapan pun, roti dah expired!! Kumpulan aku pagi ni bergerak ke Bukit Dumbar dengan waktu yang amat baik sekali. Kami berlima sekumpulan hari ni tumpang kereta kancil Fadhli Daud.

izma, kak tin, abg fuad, ikhram.. mana pali??

Tak bley blah pic ni..!! Kejam gile ko sya!! Mmg mak ikan tol!! hahaha...

Sun rise hari ni masih lagi terlindung oleh awan tebal. Kenapa la agaknye bila aku datang jer, matahari ni menyorok.. segan dgn aku agaknya... Tapi kali ini matahari terlindung separuh jer, jadi kami boleh lagi menganggar-anggarkan waktu matahari terbit di horizonnya. Hari ni aku terpandangkan lagi wanita bertudung labuh hitam yang berjogging di Bukit Dumbar.. tapi aku masih lagi tak berkesempatan merakam gambarnya. Kami satu kereta bercakap panjang tentang die.

Kelas Energetic In Thermodynamic bersama madam Tan S. K., kami telah menjalankan Practical 1 - tentang perubahan suhu setelah mencampurkan dua larutan dalam proses peneutralan. Practical ini lebih simple berbanding practical yang sebelumnya. Seronok bila ada di antara kami yg memakai lab coat. Macam scientis pun ada.. Aku pulak pinjam lab coat adik aku.. dah la semua orang panggil aku Fatin.. hahaha..!! Lepas tu madam Tan suruh buat kira-kira untuk mencari perubahan suhu hasil peneutralan larutan td. Aku tengok je la kawan2 yang lain buat.. nanti aku belajar dari diorang!! hahaha...!! tp yg paling bestnyer practical report ni boleh hantar 2 minggu akan datang.. ! Alhamdulillah... ada masa untuk menangguh..

bakal scientist negara nie...!! Dr diya, Dr ikhram, Dr ana, Dr zuli


Rehat, aku sekadar minum air soya sebab kenyang makan kuey teow goreng pagi td masih tak hilang2.. Kemudian bergerak ke Blok Akademik untuk subjek Education. Hari ni madam Soo Hoo S. T amat bergaya dengan kebaya nyonya birunya. Aku ingat baju kebaya tu memang cantik. Kuliah kali ini memberi masalah pada aku untuk menyalin nota sebab paparan LCD yang kurang jelas. Jadi, mmg aku tak salin nota la.. dengar jer dia terangkan perbezaan kepercayaan yang ada di dunia ni. Paling menarik perhatian berkaitan kepercayaan 'Yin Yang' yang selalu kite kenali dengan bulatan hitam dan putih yang menggambarkan keseimbangan kehidupan. 'Yang' tu lebih merujuk kepada lelaki, agresif, aktif, panas dan seumpamanya. 'Yin' pula merujuk kepada perempuan, sejuk, pasif dan sebagainya.

ngantuk giler!! take 5!! aku dah tak larat !!

Abis je kuliah Edu, berjalan semula ke blok sains..!! Untuk kelas Earth & Space bersama miss Zuraini, kami belajar tentang the Universe. Ya allah!! Betapa besarnya universe kita ini sampaikan bumi kita yang kita rasakan besar ni tak nampak pun dalam rajah universe tu. Hanya setitik dot mata pen bebola saje. Buat aku rasa insaf.. Jadi siapa kita sebenarnya tanpa bantuan Tuhan yang mentadbir alam ini. Selain itu, matahari memerlukan 250 tahun untuk mengelilingi orbitnya dgn lengkap. Hampir 100 billion bintang terdapat di Milky Way.

Dalam kuliah ini aku tak sudah2 ketawa bila terpandangkan baju Fariezza Rahim dan Miss Zuraini sama warna siap dgn tudung2nyer pun sama warna gak.. hahaha!! berjanji ke kak?? Siap2 ukur baju untuk t-shirt ke lawatan ke planetarium nnt..!!

miss zuraini

fariezza rahim
ada persamaan tak?? hahaha...


Lepas makan tgahhari kat kafe recsam bersama Hanis S Anuar, Jailani T. Mohamad, Amir Aminuddin, baru aku perasan lab coat adik aku yg aku pakai tadi dah hilang?? agh.. sudah!! Kene pulak pegi check kat makmal F2.. tp takde! Aku berpatah balik kat blok akademik,.. pun tak de jugak..!! Akhirnya aku balik ke bilik.. !! Agh, sudah... hilang!! Berat kata ati aku aku tertinggal kat makmal F2.. esok aku amik!!

Malam.. makan besar aku hari ni dengan Nadiya Khalik, Farhana Fauzi, Fuad Jahaya, Fatin Ramli, Afiq Ismail.. Zuliyana Hassan dan Rafaie pun ada singgah serta Zulfadli Zawawi.. Bnyk perkara nak digelakkan smbil tv kafe pasang citer Pendekar Bujang Lapok. Tekak aku dah tak boleh lagi terima nasi goreng cina nie.. tp mengenangkan elaun tak kuar lagi.. aku santap jugak la..!!
jemput2 makan semua!!

diya, ana, zul

aku & afiq

Balik abah telefon.. Adik Fatin pun ada telefon mintak idea tentang application of heart and kidney problem untuk kkbi die. Hasil perbincangan aku bersama Nadiya Khalik td, aku cakapkan kat die tentang perentak jantung tiruan yang digunakan oleh pesakit yang mengalami masalah jantung serta sedikit pasal hemodalisis untuk pesakit buah pinggang. Gelak sakan die dgar idea asal Nadiya Khalik nie.. lupa die pasal tiket bas yang tak beli lagi. Aku ingat nak beli hujung minggu nie.. tak de mood nak kuar..!! Telefon mak tam. Rindu sgt dgn die. Mak tam sihat .. siap ingatkan pasal besday alin, sepupu aku yang kami sekuarga manjakan.. Aku ada bertanyakan mak long.. mak long baru balik HUKM lepas buat kemo.. mak tam kata die ok dan berat badan dah bertambah sket.. cuma rambut die byk gugur. Semoga mak long cepat sihat.. boleh senyum bayk2!!

Hari ni best jer.. sgt tenang dan gembira!! lab coat adik aku yg hilang tu rupa2nya dah diambil oleh Fadhli Daud. Terima kasih sebab dah selamatkan lab coat tu dan kurangkan stress aku..

No comments: