I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 13, 2010

Language + Astronomy = Serabut??!!

Akibat berbual dgn seorang rakan awal pagi td, aku hari ini telah pun mengalami sindrom ketidakcukupan tido!! Pukul 4 pagi baru aku terlelap.. itupun aku paksa jugak diri untuk tido.. !! Kalau la aku bley merancang kredit hour tido aku... !! Kan senang.. ?!
Sedar-sedar dr tido dah kene bersiap untuk perhimpunan pagi. Tak cukup dgn itu, aku dikejutkan pula dgn masalah tertubuhnya jerawat batu sebesar gunung merapi danao toba di muka.. , nyaris2 tinggal untuk meletus jer.. aku rasa semua orang bley perasan tentang 'pertumbuhan' ini. Kalau tak perasan jugak, makna kata (hehehe.. amik ayat rumate, Amir A.) orang2 ini mmg lagi teruk la dari orang buta.. Sebabnye, orang yg buta pun bley nampak 'gunung merapi' aku ni!!

Pagi ni bersiap2 untuk perhimpunan pagi. Kami perlu memakai pakaian uniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yg lengkap. Aku awal2 lagi dah siapkan baju uniform aku.. sebab aku fikir baju ni nak dipakai minggu lepas.. Macam2 masalah semalam aku dgar pasal baju uniform nie - ada yang tak cukup butang, ada yang salah pakai tali, name tag tercicir, topi orang pinjam tak pulang2, ada yang dgn sekali baju2 pun hilang.. mcm2!!



Untuk perhimpuan hari ini, aku fikir aku sampai awal. sebab tak ramai lagi orang ada kat padang mktb masa aku sampai. Memang susah la aku nak buat perangai mulia macam ni selalu.. tp yg tak bestnyer kali ni, masa berbaris mengikut unit uniform, aku kene berdiri kat barisan depan.. Bengong!! sepatutnya orang mcm aku ni tak payah sebab aku tinggi, tapi dah semua orang tak nak, lepas tu bg mcm2 alasan.. kasut coklat la, name tag tak de la, topi hilang la,... !! Mata Bon Huattu mcm nampak aku jer.. nak tak nak aku terpaksa la berdiri gak kat depan ..!! Seksa giler hidup aku kene berdiri tegak macam tue..!! nak bengkok2kan kaki pun susah.. dah la kat depan aku ada Pengarah..

Acara Perhimpunan pagi seperti biasa. Cuma kali ini Pengarah, En. Rijeng Jahet mengingatkan semua guru pelatih supaya sentiasa bangga menjadi guru dan profesion perguruan. Apa yg menjadi perhatian kepada aku, apabila Puan Zowyah, mengingatkan pelatih spy tidak meninggalkan Al-quran masing2 dan membawa pulang semasa meninggalkan hostel untuk pulang bercuti.. ataupun tinggalkan al-quran di surau Al- Falah. Miss Joyce memilih group PISMP sem 1 sebagai yg terbaik ketika menyanyikan lagu Negaraku. Boley la.. korang ramai..!! tp sejak lagu Negaraku tukar rentak.. aku slalu nyanyi salah tempo.. mcm mana tu ?? tp aku perasan bukan aku sorang jer.. ada ramai lagi yg salah... hahahaha...!! Perhimpunan ditamatkan dgn senaman tai-chi yg best!!

Hari ni kuliah English hanya sekadar menjalan satu aktiviti yang ringkas bersangkut paut dgn apa yg kami belajar semalam. Pada awalnyer kami dibahagikan kepada 8 kumpulan. Aku bersama Aisyatul N. Zainol dan A. Abdillah. Kemudian Jailani T.M. dan Farhana Fauzi berpindah masuk ke kumpulan kami untuk meneruskan aktiviti. Kami diminta untuk mencari perkataan yang telah dihasilkan oleh setiap orang yang bersangkut paut dengan Language. kumpulan aku dapat perkataan Non-Verbal. Kali ini aku cuba menjadi wakil bg kump. aku untuk menerangkan apa itu Non-Verbal..?? Percubaan yg baik bg pelajar yg lemah seperti aku..


Rehat, aku makan nasi putih berlaukkan ayam goreng. Pinggan aku 'banjir' dgn kuah gulai lemak dan sup ayam. Selepas itu, masa free sejam aku, Azurin dan Fadhli bergerak ke perpustakaan. Asalnya aku nak baca surat khabar, tapi last2 Azurin A. Rahman & Fadhli Daud bawak buku2 astronomi and space.. macam best jer!! Dari buku ni, ada beberapa rajah yg dpt memberikan idea2 tntg spaceship dan planet2 yg sesuai untuk kami pegi nnt... !! Jgn pelik, bukan g betul2 tp ni untuk kkbi Earth& Space.


Hari ni dalam sejarah, baru aku tau Azurin ni bijak!! Dia telah mencerita byk perkara tntng space terutama buruj2 di langit. Die bercerita tentang kisah tiga puteri yg merujuk kepada tiga jenis bintang yang diburu bintang Orion. Namun tiga2 puteri ini menyorok di belakang Taurus. Kisah ini merupakan epik zaman yunani yang menerangkan lokasi Bintang orion adalah berdekatan dengan bintang taurus.


azurin & kisah 3 puteri buruj

Kelas Earth & Space dah menjadi medan antara hidup dan mati.. bayangkan kelopak mata aku ni dah mcm nak lumpuh dari nak berkelip2 mcm orang sihat.. Apapun subjek ni ari ni byk memberi pengetahuan baru berkaitan bagaimana sejarah kita mengukur jarak ukurlilit bumi dgn menggunakan unit starda (zmn orang putih dulu2).. di Alexanderia dan perigi di Syene.. Antara lain, dalam ngantuk2 tu dpat jugak la mengkaji sejarah astronomi. Pada zaman Renaissance dulu2, inst gereja amat penting dan menganggap mengkaji bumi ini adalah utama.Jjadi mereka menganggap Bumi ini sebagai pusat kepada alam semesta. Namun setelah pengkaji2 astronomi moden melakukan revolusi.. mereka mendapati alam semesta ini sebenarnyer berpusatkan kpd matahari. Begitu juga dengan idea2 seperti orbit planet berbentuk elips... Semakin dekat jarak matahari dan bumi pada orbit, maka semakin cepat pergerakan bumi mengelilingi matahari.

menunggu di luar makmal
~ kak tin, zuli, lee fern, aku, & azurin ~




Sebelum mata terus terpejam, aku dibenarkan pulang. Petang pula ada kuliah di ODT. Untuk subjek pj ini, kami diminta untuk memilih tempat untuk dijadikan lawatan pengurusan disamping mEmilih ahli kumpulan untuk menjaga stor sukan. Ini sebagai latihan kepada kami bakal guru untuk menguruskan stor sukan apabila mengajar di sekolah nnt. Aku dibawah kumpulan Amir Aminuddin dan Faiz Syahmi.

Petang, berehat sekadarnya.. Malam makan di kafe. Meriah meja makan dgnAfiq Ismail, Fuad Jahaya, Zuliyana Hassan dan Rafaie Shakra. Seterusnya menyiapkan latihan kimia dgn apa cara sekalipun.. hehehe! sapa yg faham, faham la...!!

No comments: