I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 22, 2010

Letih

Hari ni jadual padat mengalahkan seorang menteri pulak rasanya. Akibat menyiapkan keje practical report 1 - oxidation and reduction semalam... aku terpaksa menahan mata dan tidur hanya tak sampai 2 jam. Lepas tu, terpaksa bangun untuk kelas Energetic In Chemistry bersama madam Tan S. K. Kadang2 aku pelik jugak la, kenapa pensyarah kat maktab aku ni tak pernah letih2 nak adakan kuliah.. siap nak tambah kuliah, gantikan hari yang dah memang cuti.. sedangkan aku, kalau boleh nak rehat, nak rehat, nak rehat, nak rehat lagi.. letih sgt2!!

Kuliah pagi ini, kami telah menjalankan PCK 2 berkaitan conductor and insulator antara air dan aluminium. Namun eksperiment ni tak dpt dijalankan memandangkan transformer yg ada kebanyakkannya tak boleh guna. Penyudahnyer Madam Tan S. K. juga yg tolong buatkan.. kami jd tukang tgok jer. Semua kumpulan terpaksa amik Kumpulan Izma punya result.. Lepas habis eksperiment, Mdm Tan suruh pegi library, tp bijaknyer kitaorang ni, satu kelas pegi makan kat kafe Recsam. Bab2 'mengelat' ni mmg aku bangga dengan budak sekelas aku.. sebab kitaorang memang sepakat. Sepakat membawa berkat. Entah macam mana, tgah sedap2 makan, tetiba die datang kat kafe.. hahahaha..!! kantoi..!! tp kami teruskan jer makan..!!


Untuk masa free sejam.. aku dan kawan2 telah putuskan untuk ke library. Kat sini aku byk habiskan masa dengan junior2 aku. Berbual bersama Fazana Kamaruddin, Hikri, Daim Shamsudin, Zainel N. dan lain2. Lama jugak rasanya aku tak berbual bersama hikri yg dulu pernah duduk sebelah bilik dgn aku di Blok Pinang. Aku rapat dengan dia sehinggakan aku menganggap die seperti adik aku sendiri. Sejak berpindah ke blok Amra, aku jrang2 lagi berbual melainkan apabila sama2 makan di Kafe Maktb.. leka berbual dgn adik2 junior sampai tak sedar kawan2 sekelas aku dah tinggal aku untuk ke makmak B1.


Masa aku nak ke makmal, nak turun tangga antara library ke makmal, aku pelik bila semua budak kelas aku berkerumun kat sana. Masa tu aku jalan beriring dgn Hikri. Kami sama2 tercengang. Bila dah dekat ke anak tangga bawah, baru aku perasan yang Aisyatul N. Zainol tengah nangis2. Bila aku tanya sorang demi sorang baru aku tau kaki die yg tersedia terseliuh tu terjatuh dari anak tangga yang kami lalui td. Apalagi, aku dan Ashyfida Basrowi bergegas ke HEP untuk panggil pensyarah bertugas. Apapun, masa tgah sibuk2 tu.. akhirnya Puan Hariton menyuruh kami menghubungi ambulans. Inilah kali pertama aku berurusan dgn pihak ambulans. Memang nervous.. tp aku niat blaja jer..!! bila masa lagi nak try.. bukan slalu dpt call ambulans. Lepas tu kami semua diminta masuk ke makmal B1 dan salah seorang dari kami menemani Aisyahtul N menunggu ambulans.. tak silap aku Nadiya Khalik kot??

Hari ni kuliah Earth & Space tak blaja sgt cuma menyentuh tentang theory berkaitan pembentukan bintang dan planet. Mengikut teori Nebula, pembentukan bintang adalah terdiri daripada gas dan debu. Kamu pulang 15 minit lebih awal.. !!

Aku amik peluang untuk berbaring2 masa ni. Letihnya aku ni hanya tuhan saja yanag tahu. Sakit belakang pulak makin menjadi-jadi. Aku pun tak tau mana silapnya. Dalam pukul 1.20 aku tumpang Fadhli Daud untuk ke masjid menunaikan solat jumaat. Kali ni keadaan kami kucar kacir sgt.. sebab nak cepat memandangkan kami perlu ada kat Jabatan Sains untuk menghadiri lawatan ke Jabatan Meteorlogi Pulau Pinang di Bayan Lepas. Punya la nak cepat sampaikan aku hampir nak tergolek tak sempat masuk dalam kereta, kereta Fadhli dah jalan..!! Tanda2 awal maut nak datg!!

Petang ni kami akan ke Jabatan Meteorlogy bg memenuhi kehendak kurikulum science- Earth & Space. Lawatan kali ni bertujuan memahami tujuan mengapa adanya jabatan Meteorlogi ini dan apakah perkhidmatan yang dijalankan disamping mengetahui perkara2 yg berkaitan dgn cuaca. Jabatan ini amat penting untuk pelbagai sektor seperti pertanian, perlancongan, penerbangan, formula 1, majlis2 besar negara, perikanan, seismology seperti mengesan tsunami dan gempa bumi dan sebagainya. Sebelum ini Jabatan Meteorlogi ini lebih dikenali sebagai Jabatan Kaji Cuaca. Namun atas skop perkhidmatan yg meluas, nama jabatan ini telah ditukar. Menerusi lawatan ini kami diperkenalkan dengan belon kaji cuaca yang bertujuan untuk mengesan arah tiupan dan kelajuan angin. Ia akan dilepaskan pada jam lapan pagi sama seperti masa di London. Bayangkan, negara kite telah membelanjakan sebanyak RM4000 bg setiap satu belon yg dilepaskan!! Bukan itu sahaja kami juga telah dibawa ke Stesen Meteorlogi yang terdapat berbagai-bagai alatan khusus untuk mengkaji cuaca seperti menyukat kuantiti air, keamatan cahaya, suhu maksimum dan minimum, arah dan kelajuan air, kadar sejatan air dan sebagainya. Jadi jabatan meteorlogi ini sngt penting kepada negara.


Tak sempat letih nak hilang.., malamnyer pulak terpaksa bergegas ke Jabatan Sains (makmal K1). Ada program Malam Pencerapan Bintang. Aku tak rasa aku sesuai dalam bidang kajian bintang ni. Sebab masa penerangan oleh Dr Lim, aku mcm blur2 jer.. terpaksa tnya Fariezza Rahim byk2 kali..!! Apapun byk gak info yang aku dpat selain belajar mencerap bintang menggunakan kertas Star Chart yang disediakan. Untuk pengetahuan, kita telah bergerak selaju 150000 km sejam setiap hari. Namun disebabkan bumi yang kita duduki ini terlalu besar, kita tidak menyedarinya. Sekiranya sesuatu berlaku ke atas bumi seperti bumi berlanggar dgn planet2 yang berdekatan, mungkin kesannya agak menakutkan. Pergerakan kita di atas bumi boleh kita umpamakan seperti kita sedang menaiki kapal cruise yang besar. Apabila kita di dalam nya kita takkan rasa kita bergerak.. tapi apakah terjadi kepada kita sekiranya kapal cruise yg kita naiki ini terlanggar bongkah ais di lautan..?? kesannya pasti menakutkan seperti dalam filem Titanic..

Balik aku singgah ke kafe untuk beli minuman. Malam ni panas betul. Terkejut aku bile terserempak dgn Fatin Munira Ishak..Sampai bilik, terdengar Fariz panggil nama aku. Bilik die terkunci dan kunci ada dalam bilik. Terpaksa la mengait kunci dalam bilik die sendiri. hahaha.. nasib baik dapat balik semula kunci tu!! hahaha..

p/s - tolong ar kurangkan jadual aku nie!!!

No comments: