I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 19, 2010

Presentation & Tutorial

Walaupun tido lambat tp bangun awal. Bagus ada kemajuan. Jadi sempat la aku mengajak Fuad Jahaya ke kafe Recsam untuk bersarapan pagi. Aku sekadar mengambil sepinggan nasi goreng, itupun tak habis.. tak sedap!! Dgn air soya segelas! Masuk ke Dewan Angsana untuk kelas English. Pagi2 lagi lecturer 'saya' itu dah pun berleter. Semasa nak menguruskan paparan LCD, ada masalah teknikal sket. tp tak seorang pun di antara kami termasuk aku tampil ke hadapan utk menghulurkan bantuan. Aku memang surender awal2 la.. aku memang tak reti bab2 tech2nologi nie!!.. Jadi lecturer kami tu marah la, dan ckp sebagai seorang guru kami tak sepatutnya bersikap mcm ni. Aku terima je la apa yang die cakap. Orang cakap, kalau marah dalam bahasa Inggeris.. tak terkesan sgt dalam hati.. jadi, itulah apa yg aku rasa pada saat tue..!! Tak terkesan pun dlam hati. Dalam marah2 tu sempat jugak die bagi kuiz kat kami. Tak sempat nak fikir2 sehabis baik bile cepat sgt die ubah slide powerpoint kuiz tue.


Setelah kuiz, kami teruskan kuliah dengan pembentangan berkaitan Language and Culture. Seronok jugak memahami konsep bahasa yang sinonim dgn budaya sebenarnya. Setelah belajar tajuk ini, dapat aku konklusikan bahawa bahasa amat penting dalam menentukan identiti sesuatu bangsa. Terdapat 4 element penting bagi budaya iaitu, norm, value, language and symbol..

bila tgok org terlalu ramai kat kafe Recsam masa rehat.. aku ambik keputusan utk beli sandwich jer dgn 100 plus dan makan kat dlm kelas. Nampaknyer kawan2 yg lain pun macam tu gak. Masa dalam kelas sebelum tutorial peribadi, kelas memang gempar la dgn gelak tawa bila Azurin terbeli susu dutchlady yang dah basi. Mula2 kitaorang tak percaya tp bila kitaorang bau.. uwek!! memang nak muntah!! Kesian azurin, terpaksa tukar susu yg lain. Amirpulak buat gempar suruh tangkap gambar semua orang. Aku terfikir gak, kenapa?? Rupa2nya nak tunjuk muka2 orang tak berduit sebab elaun lambat masuk. Sabar je ar!!

x macam muka tak de elaun pun??


Tutorial peribadi hari ni diwakili oleh Nadiya Khalik. Tajuk perkongsian ilmu kali ni memang agak menarik iaitu kisah hidup pemimpin sekular Negara Turki - mustafa kamal altarturk@ laknatullah! Pemimpin ni mengamalkan kehidupan yg terlalu sekular sehingga menyebabkan akidah islam itu sendiri tergugat. Betapa melampaunya die menzalimi dirinya sendiri, sehingga mengaku dirinyaTuhan. Die terlalu menyanjung budaya barat sehinggakan sanggup menukar azan ke bahasa turki, ayat2 ayat al- quran ditukarkan kepada bahasa turki, orang perempuan dibenarkan memakai tudung tp perlu memakai skirt, orang lelaki yang berseluar panjang harus memakai topi dan tali leher, menukarkan masjid kepada muzium dan sebagainya. Akibatnya die telah mengalami kepanasan di dunia sehinggakan orang ramai telah meletakkan die bersendirian di lautan. Namun tak juga berkesan. Akhirnya die mati.. namun bumi Allah ini tidak dapat menerima mayatnya sehingga di awet bertahun2 lamanyer. Itulah secara ringkas kisah manusia yang menderhakai Allah!! kisah ini benar memberi pengetahuan yang baru dan menginsafkan. Dosa syirik tidak akan diampunkan Allah. Tutorial peribadi diteruskan lagi dgn Helmyzi dgn tajuk perkongsian ilmu berkaitan tips2 penjagaan laptop.

Diya dgn kisah mustafa kamal laknatullah

Kelas Education ada presentation berkaitan Sosiobudaya terhadap murid, guru, sekolah dan kurikulum tersirat oleh Fadhli Daud dan Lee fern. Best sangat presentation ni. Jadi tak salah la kalau madam Soo Hoo S. T. bg full mark kat diorang. Mula2, diorang bg senario lepas tu kitaorang kene buat role play. Ada empat kumpulan semuanya. Kumpulan aku mewakili sosiobudaya terhadap guru. Aku la gurunya bersama Aisyatul N. Zainol, Farhana Fauzi dan Azurin. Kesemua nama2 anak murid aku ni memang kelakar. Andak Hitam la, Lungie la,Junit la.. sampaikan Simba pun ada. Paling yang aku tak tahan, Fariezza Rahim terpaksa berlakon dgn bercakap Iban.. hahahaha! memang klakar!! Role play ni mmg terbaik la!! Akhir sekali ada kuiz, berebut2 nak jawab sampaikan terpaksa diadakan potongan markah bagi sapa yang angkat tangan sebelum soalan habis di baca.. kumpulan aku dah berapa kali kene potong markah.!!

kumpulan 1

kumpulan 2

kumpulan 3

Kumpulan 4 !! kumpulan aku (Azurin, kok Ana dan Esha)

Makan tengahhari bersama Azurin, Nadiya Khalik, Farhana Fauzi dan Zuliyana Hassan. Azurin hanya makan roti jala jer. Tak terikut aku diet seimbang si Azurin nie..
Kelas PJ kali ni memang menganiaya aku. Ingat tak entry aku yang lepas mengatakan orang di kanan dan kiri aku semua 'hanyut'?? Sebagai balasannya kami berempat termasuk aku dipanggil ke hadapan untuk menjadi model bagi pengajaran passing baton dalam olahraga. Berpinar-pinar kepala aku memahamkan konsep amali passing baton. Ada istilah dari atas ke bawah, dari bawah ke atas, tukar tangan, tak tukar tangan. Amir Aminuddin passing baton terkena jam aku. kuat giler bunyi. aku gosok2 jam aku tak sangka satu kelas ketawa..!! Pengajarannya lain kali jgn 'hanyut' dalam kelas!!

aku, amir & abdillah

upsweep bawah ke atas, tak tukar tgn..!!



Malam ni ada ceramah Maal Hijrah kat surau Al Falah. Ceramah kali ini lebih berkisar cabaran2 agama Islam kita pada masa kini. Berbagai2 cabaran yang ada seperti penindasan kaum islam, masalah gejala sosial dikalangan masayarakt seperti pelacuran, khalwat, kes anak derhaka, merempit dan sebagainya. Bukan itu sahaja, isu murtad, eksploitasi wanita, dan lain2.. semua ni buat aku sedar dan muhasabah diri aku sendiri.. Beberapa tips telah dikongsi bersama bg membanteras masalah2 ini dan sebagai peringatan diri supaya tidak terjebak dgn masalah2 ini. Harap2 aku dijauhkan dari malapetaka tu semua,..Insyaallah..

No comments: