I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 17, 2010

Jalan jalan

HARI REHAT SEDUNIA..!!

Jadi bangun pagi umpama raja.. terlentang atas katil sambil tunggu seru datang kejutkan. Mana la nak bangun kalau tiupan angin yang masuk ke bilik berebut-rebut membelai badan, redup2 bilik yang kelam.. Orang yang dah lama bgun pun rasa nak tido balik kat bilik aku ni. Aku dan rumate berlumba-lumba tidur.. Tunggu sapa yang bangun dulu die kalah.. nampaknya mmg aku yang terpaksa menyerah kalah!! Aku bgun dulu dari dia.. Rumate,.. jgn marah !!

Pagi2, perhatikan bilik.. aku berfikir..??? kene kemaskan lagi bilik ni..! jadi aku pun kemaskan la bilik.. hasilnya!!


Habis kemas, aku mandi2 sebab nak g makan tengahari kat Kafe Recsam bersama adik aku, Fatin M. Ishak dan dua orang kawannya. Aku makan lauk ayam lagi. Fatin M. Ishak bertanyakan pendapat aku tentang ujian MUET. Ikutkan die, die tanak ambik MUET sem ni, Tak bersedia katanya. Aku faham, aku dulu fikirkan hal yang sama juga.. tp aku pesankan kat die, lebih elok ambil sem ni. Kalau dapat kurang dari band 3 boleh ulang pada sem depan. Lebih baik settle kan MUET sebelum naik degree. Bincang punya bincang, dia termakan jugak cakap aku. Sebagai abg, aku mahukan yang terbaik untuk die. Aku tak mahu die tergesa2 nnt..!! Biarlah bersiap2 awal..!!


Balik, lepas solat zuhur.. bersiap2 sebab aku nak g jalan2..
Hari ni aku telah ke Taman Rimba Teluk Bahang. Inilah kali pertama aku jejakkan kaki ke sini. Sebelum ni usahkan nak pergi, nama tempat ni pun aku tak pernah dengar. Tempat ni bagus utk tenangkan minda sebab ada sungai dan sekeliling yang menghijau. Kalau nak jalan2 ke tempat yang tak panas terik, boleh la ke sini.. lepas tu aku round2 Penang tp dalam kereta je la sebelum sampai ke pantai Seagate. Best tenangkan diri kat sini sambil tengok2 orang memancing, menjala... Tenang melihat birunye laut.. ombak2 kecil membelah pantai... Masa borak2 tetiba ada helicopter TV3 lalu Pulau Jerjak..


Malam abiskan masa kat kafe. Hari ini ramai geng satu meja. Ada Fadhli Daud, Fuad Jahaya, Lee Fern, Zuliyana Hassan, Afiq Ismail dan aku. Fadhli Daud dan Lee Fern ada discussion Education. Afiq Ismail ada meeting tennis.. Aku tgok American Idol kat tv kafe..


Balik bilik.. chat,..tgok Nadiya Khalik ada kat ym. Die dah sampai hostel setelah pulang dari rumah keluarganya di Pekan, Pahang sempena akaknya bertunang.


p/s - harap Fadhli Daud kejutkan aku awal.. tanak kene tinggal lagi! wua wua wua.. menangis!! hehehe...!!

No comments: