I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 12, 2010

Permulaan

12 Jan 2010


Salam !! Ini adalah permulaan bagi aku menceburkan diri dalam dunia blog yang tidak asing lagi dalam dunia teknologi yang semakin canggih. walaupun agak ketinggalan namun aku rasa aku belum lagi terlambat berkongsi kemudahan ini disamping bercerita sedikit sebanyak apa yang berlaku dalam hidup aku seharian. Terima kasih kepada N. Fatin Ramli & Fuad Jahaya ( yg aku panggil kak tin dan abg Fuad) yg sudi memberi tunjuk ajar dalam merealisasikan kehendak aku ini.. Blog aku ni boleh aku ibaratkan umpama terbitnya matahari seperti gambar di atas ni.. lebey kurang mcm tu la.. hehehe!!

Sebagai permulaan, kehidupan aku hari ini bermula dengan keadaan aku yg tergesa-gesa bangkit pagi dan bersiap-siap untuk ke Bukit Dumbar sehinggakan aku terpaksa menjinjing dua keping roti tanpa secalit pun planta. Bayangkan bagaimana aku menelan roti itu dengan setitik air pun tak de.. tak sempat nak amik air kat M-sQUARE.. Aku menumpang Fadhli Daud yang kelihatan dah mundar mandir pun kat kereta kancil die.. hahaha.. risau gak kalau die mengamuk.. kami singgah ke kafe untuk menjemput N. Fatin Ramli dan Ashyfida Basrowi di kafe mktb.
Sebaik sahaja sampai, kami terus ke tempat paling tinggi di Bukit Dumbar. Kelihatan Zuliyana Hassan, Lee fern dan Fuad Jahaya dan sampai.. Namun yang malangnya, kami semua tidak dapat membuat pemerhatian sun rise ini sebab matahari dilindungi dgn awan tebal.. HAMPA?? mestilah!! sebab klau tak, kene datang lagi ke Bukit Dumbar ni pagi2.. terkejar2 la lagi aku..!! Masa perjalanan balik ada la sekumpulan nenek2 cina ni tergelak memandang aku.. mana taknya datang ke Bukit Dumbar pagi2 dgn smart2 mcm nak g ofis!! aku tak faham apa sebenarnya yg diorang ckp tp aku rasa itulah yg diorang maksudkan.. hahaha..

Kuliah pagi ini dimulakan dgn kuliah English.. ada presentation - DEFINITION OF LANGUAGE. Aku perasan, penguasaan english yg lemah ni membuatkan aku hilang fokus pada setiap akhir-akhir ayat lecturer aku tu.. nasib baik duduk di sebelah Aisyatul Zainol.. hahaha.. tanya la apa yg tak faham.. apapun aku berpuas ati dgn lecturer semester ni klau nak dibandingkah dngn yg sebelumnya.. Untuk kelas ini aku menyedari betapa pentingnya bahasa itu sebagai alat komunikasi untuk memenuhi setiap satu kemahuan manusia sejagat. teringat semasa Jailani T. Mohammad membentangkan - LANGUAGE IS THE MOTHER OF THOUGHT NOT IS HANDMAIDEN.


Seterusnya waktu rehat aku tak makan.. kenyang makan roti yg 2 keping tu tu tak hilang lagi. Sebaliknya menghabiskan masa dngn adik kesayangan aku.. Fatin M. Ishak.. Berbaju purple die hari ini.. klau aku perasan byk betul baju kaler nie.. Dia pun aku tgok tak makan gak..


Seterusnya kelas disambung dgn tutorial peribadi.. sem ni kelihatannya Pn Haliza tak lagi terayu-rayu meminta 'surat cinta' memandangkan kedatangan kami ke kuliah amat baik. Cuma yang kelakarnya Azurin A.Rahman yang hadir sedikit lewat sambil sempat menghabiskan seplastik air di luar kelas.. Minggu ini giliran Hanis S. Anuar serta Fuad Jahaya berkongsi ilmu. Hanis S. Anuar tlh mngupas isu stress.. bagi aku secara peribadi tajuk ini adalah pilihan yg terbaik bg aku dan kawan2 sekelas. Kami sempat berkongsi idea dan cara-cara menangani stress. Aisyatul N. Zainol sempat berkongsi pengalaman berkaitan isu ini.. Apapun hasil yg aku paling setuju dalam perbincangan kami hari ini - berkongsi adalah terapi yang terbaik mengurangkan stress!! Fuad Jahaya pula sempat berkongsi info2 kepenggunaan produk yang membahayakan dan memudaratkan kesihatan.. dari info ini kami beralih kepada perkongsian petua.. hahaha.. teringat petua nak kulit putih kene minum 4 botol air serentak.. !!


Kuliah Education pula kami buat kat makmal F2. Hari tutorial adalah hari kami membuat presentation.. Selalunya presentation Pn. Soo Hoo bukan sesuatu yang boleh kami amik ringan.. Persediaan rapi hendaklah di buat krn lecturer ini boleh aku andaikan mcm Adlin Arman Ramli dalm AF.. Jailani T. Mohamad (jai) & Farhana Fauzi (kok Ana) akan membentangkan tutorial pertama - Family Tree.. dengan adanya aktiviti ini baru la aku tau keturunan kok Ana ni ada gak datang dari Tanah Arab, Riyadh. Manakala Keturunan Jailani mmg tak kuar2 dari kepompong terengganu..!! Dalam aktiviti ini aku sempat gak menceritakan salasilah kuarga aku di samping menerangkan sedikit sebanyak tentang adat perpatih yg sinonim dgn orang N9 dan disambung dgn Aisyatul N. Zainol.. -kapal pecah!! Kelakar bila kami sekelas menggelakkan azurin yg dikatakan hampir2 'menyertai' keturunan diraja Perlis.. bila moyangnya hampir nak berkawin dgn Raja Perlis. jai pula tersilap tulis SALAH- SILAH yg dianggap SALASILAH.. Zuli mengharukan kami bila menyatakan SALASIAH itu nama maknyer.. macam2!!


Seterusnya Amir aminuddin dan ashyfida basrowi meneruskan dengan pembentangan masing2 berkaitan adat dan pantang larang orang kadazan dan Bajau.. antara pantang larang mereka yang mnjadi ingatan, orang yg mengandung tidak boleh makan sotong bimbang menyulitkan kelahiran.

Kemudian lunch, rehat dan terus ke Auditorium Dewan Tanjung (ODT) untuk kuliah Olahraga. kelas petang sememangnya mengantukkan..!! lebey2 lagi kelas P.E. Azurin A.Rahman kat sebelah kiri aku, Jailani T.Mohamad dgn Amir Aminuddin kat sebelah kanan dan jauh 'hanyut'.. azurin siap tersengguk2 lagi.. Bosan ar kuliah nie..



Petang, lepak kat bilik. Bangun2 jer.. roomate aku, Amir Aminuddin dah siap belikan aku cendol pulut.. sedap gak.. bila aku tanya mana die beli.. die jawab, kat tempat biasa die slalu pergi.. mcm la aku tau die slalu makan cendol kat mana.. tp aku biarkan jer.. aku minum sampai abis cendol tu.. sedap manis.. macam cendol kat Pilah..

Malam, g kafe makan nasi goreng cina kat kafe maktb ditemani Afiq Ismail.. Nasib ada Hikri suruh die orderkan makanan aku awal2.. balik berym.. dan berehat..!!
inilah permulaan cerita yg agak panjang bg aku.. jgn pelik klau ada post yg lebey panjang dari ini..!! hehehe..

No comments: