I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 15, 2010

Thermochemistry + Planets = Gerhana

Hari ni aku masuk ke makmal K1, sedar-sedar madam Tan S. K dah ada dalam makmal lebih awal.. tp tu tak la bermakna aku telah terlewat.. cuma tak la terlalu lewat !! hahaha...!! Untuk subjek Energetic in Chemistry pagi ini, kumpulan aku yg terdiri drpd Fadhli Daud, Amir Aminuddin, Azurin A. Rahman dan aku sendiri terlibat dgn pembentangan PCK 1 - transformation of energy. Kumpulan kami ni awal2 lagi dah terpaksa berhadapan dgn masalah, bile laptop kepunyaan Amir Aminuddin tak dapat detect powerpoint PCK kami. Nasib baik madam Tan S. K.bermurah hati nak bg guna die punya laptop. Akhirnya powerpoint kami dpt dibentangkan di depan kelas.. Azurin A. Rahman kami pilih sebagai presenter PCK ini.. Sungguh bergaya Azurin A. Rahman 'mencemar duli' menerangkan perubahan energy dalam kehidupan seharian dan bagaimana aktiviti ini sesuai dijalankan dalam proses P&P. Kemudian kelas diteruskan dgn tutorial 1 - thermochemistry equation.
riak wajah bile berhadapan masalah.. ??

~ ana, ida, sya, iza ~

~ zuli, lee fern, izma ~

~ faiz, jailani, hanis ~

Rehat, makan!! bila dah kenyang baca surat khabar.. aku tertumpu pada kisah kerabat diraja Kelantan. tp aku rasa berita tu tak la sehebat kisah Mawi kene saman 1 juta oleh syarikat air mineral.Macam-macam hal sekarang ni!!

menunggu giliran ke makmal B1

Kemudian bergerak ke makmal B1 untuk kelas Earth & Space. Puan Hariton menerangkan tentang solar system. Solar system solar terdiri daripada matahari, planet, dan space debric. Space debric ni pulak terdiri drpd komet, asteroid dan meteoroid. Aku baru tau yang apabila meteoroid sampai ke bumi ia dipanggil meteorite.. Bumi pula dikatakan sudah pun menjangkau usia 4.56 billion tahun. Bayangkan lama tak lamanyer usia Bumi dan usia Matahari lebih dari itu. Info tambahan, Allah telah menjadikan langit berlapis2 sehingga tujuh lapisan dan dihiasi dgn bintang2. Bayangkan betapa luasnya alam semesta kita ini. Galaksi ini semuanya terbentuk bermula dari bintang.

solar system by Pn Hariton

Bumi kita - our Earth

jauhnye kak izma ke Neptune

Setelah itu, kami menjalankan satu aktiviti bg menerangkan kedudukan planet2 dalam sistem solar. Kami telah pun menggunakan bola keranjang, bola tampar, bola golf, bola baling, bola tenis, ...bola skuasy pun ada..!! Berdasarkan nota, kami rujuk jarak kedudukan kesemua planet2 dari matahari dan kami tukarkan kepada skala yg lebih kecil. Jenuh jugak la akak Nurizma J. menekan2 kalkulator.. Bayangkan jarak yang kami dah kecilkan ni pun dah terlalu jauh untuk menerangkan betapa besar dan luasnyer sistem solar kiter..

p/s - petang ni gerhana matahari berlaku.. tp aku gerhana dalam lenaku.

No comments: