I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 26, 2010

Hujan

Petang tadi hujan lebat. Sepatutnyer ptg tadi kelas aku dah pun memulakan penganjuran kejohanan sukan bola tampar utk memilih wakil maktab bg KAGUM tahun ini. Tapi kite merancang dan Allah SWT menentukan, semuanya tidak dapat dijalankan memandangkan cuaca yg tidak mengizinkan. Petang ini hujan turun dgn lebatnya. Ada rahmat yg tersirat yang kita sendiri tak sedar.
Aku ambik kesempatan ini untuk bermain hujan. Dah lama rasanya aku tak menikmati hujan dengan sebegini cara. Melepaskan diri di balik titisan hujan, bagaikan membenarkan segala kekusutan mengalir keluar. Jujurnya, aku rasa tenang. Tenang yang teramat! Aku dapat perhatikan setiap satu kerunsingan dan kekecewaan keluar dari minda.. hilang! hahaha.. terasa nikmatnya.
Aku teringat peristiwa lampau, peristiwa dua belas tahun yang lepas sewaktu aku, Fatin M. Ishak dan emak menetap sementara di rumah atuk. Hari itu, hujan yang turun menitik begini jugak lah lebatnya. Duduk di atas tembok anjung, membenarkan air mengalir dari atap zink usang ke atas lutut lantas menuruni betis aku yg kecil, seseolah meyegarkan seluruh tubuh.. terasa bagai air bergerak naik mengalir ke atas dada, seterusnya ke kepala. Emak sudah berkali2 mengingatkan kami yang ketika itu masih lagi dua beradik supaya naik ke atas rumah. Tiba2 sahaja aku terasa ingin membelai titisan hujan di tanah lapang laman rumah atuk. Aku memohon pada emak supaya dibenarkan aku bermain hujan.. tapi mak masih lagi dengan kata2nya. Akhirnya aku memandang sepi laman rumah atuk. Awan yang mendung begitu kelam sekali dengan tiupan angin deras yg menggerakan pohon nyiur yang tegap. Tanpa aku sedari, atuk datang menghampiri kami dgn hanya berkain basahan. Atuk tarik tangan aku dan adik, Fatin M. mengarah ke tanah lapang laman rumah. Apa lagi kami bertiga2 bersama2 menjerit kesukaan. Aku lihat pancaran warna gembira pada wajah atuk. Wajah aku jugak. Mungkin nikmatnya bermain hujan pada waktu itu tidak sama pada hari ini.. tp itulah nikmatnya.. menenangkan rasa jiwa..
Malam harinya aku dan Fatin sibuk mencari riba emak untuk aku letakkan beban sakitnya kepala bermain hujan td. Aku mengambil riba kanan emak dan Fatin M. sebaliknya. Atuk aku lihatkan tidur menelentang atas katil kayu di biliknya. Untungnya masa itu, ada emak yang menemani aku yang sakit kepala. Tidak berapa untungnya aku kali ini yang sakit kepala hanya tidur di katil hostel sendiri. Yang jelas, emak tidak memarahi kami sedkit pun pada hari itu.. dan aku pasti mak jugak tidak akan marah aku yang bermain hujan pada hari ini..
itulah cerita hujan aku ...

p/s - terima kasih Aisyatul n. zainol kerana temankan aku bermain hujan!!

Byak sungguh perkara yang berlaku hari ini dan sebelumnya.. rumate aku sudah pun kembali ke maktab petang td, Begitu jugak halnyer dengan presentation terbaik Fariezza Rahim dan Fuad Jahaya dalam subjek education dgn membawakan forum gender yang sungguh unik, kreatif dan berkesan. Seronoknya berada dalam studio buatan sendiri ini, sehinggakan aku tak mahu forum ni berakhir.. huhuhu!!! Teringat keadaan kelas kami hari ini yang sgt2 cantik, ceria dan kemas..!!


Begitu jugak dgn kisah semalam. Aku dapat naik basikal kat mktb.. seronok gak dah lama tak naik basikal sejak ada lesen motor nie. tumpang basikal orang nie!!!


Present english yg sanagt2 simple tp mood lecturer kami tu tak braper bagus la.. Kadg2 aku bukan suka sgt pun perangaiorang2 dlm english department nie.Kalau memuji student sendiri bukan main lagi.. bukan apa jgn la bandingkan kami dengan student2 dari kumpulan yg lain. Kadang2 bukan nak cakap la, student2 dr department tu bukannya baik sgt pun.. depan deprtment diorang baik la, tp mcm2 komplen aku dengar tntg perangai diorang tu yang tak mangikut arus tatasusila pun.. geram bila die kutuk2 kelas aku.. padahal aku rasa berada dalam kelas aku ni adlah yg terbaek..

No comments: