I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 11, 2010

masalah

Bila ramai orang nak anta lab report lepas chinese new year.. baru la semangat nak balik kampung datang bagai nak gila!! hahaha.. setelah sebulan lebih aku tak balik, masa ni la segala perancangan hidup aku bermula.. !!

kadang2 dalam hidup ni mmg ada masanya aku ingin hidup sendiri.. tapi dalam dunia yang realistik ini, semua itu adalah mustahil. Kadang2 kita mahu menjauhi seseorang, tp ditakdirkan dengan seseorang itulah yang perlu kita hidup.. hahaha! Itulah lumrah alam.. mood yang berbahang ini memang tiada kesudahannya apabila sejarah masa dulu berlaku lagi.. kali ini masalah chemistry berlaku bila apa yang aku pelajari tak masuk kat minda. Teringat masa sekolah menengah dulu, masalah ni jugak yang berlaku. maksudnye kat sini, sebenarnya dalam kehidupan aku setakat ni, tiada apa2 perubahan pun yang telah aku lakukan.. yang lebih jelas, tiada peningkatan kendiri pun.. sebaliknya masalah kian berlaku dari semasa ke semasa.. dan lebih tragis masalah yang muncul adalah masalah yang sama.. abaikan je la!

Nampaknyer bekas kekasih pun dah berlepas ke Australia.. tak tau knp nak ckp jugak pasal dia.. walaupun die bekas kekasih tp rasa ada jugak sedikit tanggungjawab mendoakan semoga dia baik2 selalu di sana dan pandai menjaga diri sebaik yang mungkin. Begitulah janji aku semasa kami bercinta dan selepas bercinta pun macam tu jugak lah janji aku..!

No comments: