I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 19, 2010

Percutian @ Simpang Durian & KLCC

Untuk cuti Tahun Baru Cina tahun ni, aku sebenarnya tiada perancangan yang detail memandangkan cuti yang aku rasakan kali ni terlalu pendek untuk aku melakukan segala2nya. Untuk permulaan cuti, aku sekeluarga pulang ke kampung Simpang Durian, Jelebu. Kebetulan Mak Tam sekeluarga pun ada balik sama. Macam2 hal di kampung tapi aku buat tak endah jer.. Balik kali ni 'berebutkan' betik mak lang.. hahaha! Tak sudah makan betik kat umah atuk, terpaksalah aku makan gulai betik kat umah.. tp nasib baik la aku suka gulai betik.. hahaha!


kalau tahun lepas, cuti raya cina.. aku dan adik2 ke midvalley, siap angkut didie jadi pemandu pelancong.. tp tahun ni aku dan adik2 serta sepupu aku Haslinda Zain pegi ke KLCC. Sejak aku ke Petrosains rombongan Earth & Space.. aku rasakan byk jugak faedahnya klau aku bawa adik aku Muhammad nur Iman ke sana dgn tujuan menggalakkan die meminati sains.. Jadi aku pun bawak la die... dgn yg lain2!! hahaha..


Memang best ! kalau ari tu aku dgn kawan2 masuk petrosains makan masa 4 jam.. kali ni kitaorang amik masa sampai 5 jam.. memang tak sedar.. tau2 jer dah pukul 4. Nasib baik kitaorang dah makan dulu. Semua pameran dan aktiviti kat sini aku main.. siap g naik gelongsor, tgok 3D, menggedik kat interactive art sampai tak sedar dunia.. naik helicopter.. mcm2!! hahaha.. kadg2 aku rasa aku lak yang mcm budak2.. tak lepas peluang melihat balik pameran berkaitan rock and mineral.. penting sgt benda nie..!! ada hikmah jugak pegi kat sini sekali lagi.. sebab kat sinila aku dapat idea untuk buat PCK nyer ABM.. aku masuk kat kedai EXPLORASI ada mainan berkaitan constellation.. jadi terbit la satu idea.. trus aku call kak izma tnya pendapat die !!


petang kat di KLCC, aku amik keptusan lepak2 kat Taman KLCC. Kalau perasan tak ramai pun orang kita kat sini.. ramai orang asing lagi.. !! Situasi ini sedikit sebanyak menyerabutkan minda aku. Aku tak rasa ni adalah suasana yang baik dan indah.. !! Rimas.. bukanlah maksudnya aku diskriminasi.. tp aku tak suka ar..!! Semua orang tak suka kan???


Pemandangan petang di KLCC ini memang indah. Semua ini menjadikan aku rakyat Malaysia yang membanggakan tanah airnya.. hahahaha!!! Terkenangkan mantan PM kite.. Tun Dr Mahathir Mohamad.. besar impak KLCC pd Malaysia sebagai mercu tanda kemajuan bangsa Malaysia..


Kesimpulannya.. berbaloi baloi aku g KLCC!!

No comments: