I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 24, 2010

Terhibur..

Minggu ni macam2 citer. Masuk kelas english hari ni.. aku berhadapan lagi dengan masalah baru. memang aku ni pelajar bermasalah betul. Aku rasa dalam kelas english ni.. inilah hari pertama aku terlelap.. itupun lelap lelap manja jer.. sebab semalaman aku tak dapat tido sebab bilik aku panas sangat!!.. last2 lecturer aku tu panggil aku suruh duduk depan. Aku tanpa membantah pegilah duduk depan.. Lepas tu die soal aku.. klau aku selalu mengantuk macam ni macam mana aku nak mengajar nanti.. ?? dalam hati aku menjawab, eleh.. nnt masa mengajar orang yang dgar cakap aku.. masa ni dngar cakap orang memang la aku mengantuk! Jadi dia tnya aku kenapa aku mengantuk.. aku pun jawab yang aku ada masalah tido.. !! macam2 dia tanya, dah jumpa doktor ker..?? caring tp sarcastic giler.. tp aku buat2 bodoh.. dan ternyata aku memang bodoh bile die kutuk aku dalam english sedangkan aku tak faham..!!
Last2 Fariezza Rahim menyedarkan aku.. Baru aku tau die kutuk2 aku.. bengong la!! tak per aku tak kesah sebab aku pun tak faham.. tp kenapa la aku ni teruk sgt?? betul ker aku nak bergelar guru??

Hari ni english blaja pasal pronunciation.. Bila dah kene duduk kat depan baru la aku tak mengantuk lagi.. tp menguap jugak la.. nasib baik ada kak nurizma Harliyana.. jadi peneman dan pakar rujuk..

Kelas education, untuk pembentangan.. Nadiya Khalik buat sukaneka utk menunjukkan program RIMUP yg diadakan di sekolah. Yang kelakarnya kami semua diminta berlakon untuk menjayakan sukaneka ni yang rata2nya antara kami semua dikalangan masyarakat berbilang kaum di Kota Kinabalu. Aku sebagai watak guru dan ada kawan2 mengambil watak sebagai anak murid dan ibu bapaberketurunan cina, india, kalabit, kadazan, murut dan sebagainya. Memang best la.. siap ada acara bawa bola ping pong dalam sudu, acara lari 100m dan tiup belon sampai pecah. Macam2 betul2 sukaneka kat padang. Zuliyana dan Helmyzi masing2 dgn tajuk sosioemosi. Seronok jugak pembentangan kali ni sebab penglibatan kami sebagai pelajar sangat2 baik.

Petang pula, terpaksa turun padang untuk kelas pj. Ada sesi pembelajaran teknik2 lompat jauh. Sesi pembelajaran ini dikelolakan Hanis Safwan, Faiz Syahmi dan Jailani Ton Mohamad. Seronok gila join sesi ini. Barulah aku tau teknik2 yang betul tentang lompat jauh dan aku dapati aku tak lagi menghadapi masalah untuk lompat jauh. Lompatan aku pun nampaknye lebih jauh dari biasa. Rupa2nya kita perlu mendarat dengan dua kaki. Terdapat 4 bahagian latihan, penujuan, hayunan, lompat dan mendarat. Melalui aktiviti2 macam ni la mampu mengurangkan stress yang melanda hati aku. Segala masalah hilang seketika..

No comments: