I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 24, 2010

Dikejar Polis

Awal pagi lagi aku dah buat kesalahan..

Hari ni macam biasa.. kelas english hari ni, aku yang bentang.. Kali ini nasib aku memang malang apabila masa aku bentang, lecturer aku tu mintak semua tutup mata dan dengar apa yang aku cakap. Lepas aku habiskan ayat aku, dia tnya sama ada kawan2 aku faham tak apa yang aku cakap..?? dan jawapanna sungguh menyedihkan..!! hahaha.. Lecturer aku mengatakan yang aku kurang confident diri dan malu2.. ye ker?? hahaha..!! ye kot.. masa english., aku memang malu nak cakap. Dan aku dapati cara aku bercakap tak fasih dan sebutan tak tepat.. apapun kekalutan aku tentang presentation ni dah pun tamat. Lega sangat.. nasib baik ada Jailani dgn Helmyzi .. tak lupa Faiz Syahmi..

Waktu yang paling menarik adalah bila kelas Earth & Space kami diminta untuk buat ROCK CAKE!! tp sebenarnyer bukan kek tp biskut.. Best gile bila semua orang sibuk2 menyediakan adunan terutama kak Ashyfida Basrowi, Fariezza Rahim, Nurizma dan dijagabakar oleh Aisyatul Zainol. Tujuan utama pembuatan kek ini adalah menerangkan konsep penghasilan batuan di bumi yang dilengkapi oleh bahan tambahan seperti kismis, chocolate chip, badam, yang merujuk sebagai mineral yang membentuk jenis2 batuan yang berbeza. Apa yang penting adalah rasa biskut tu.. mmg sedap.. tq la kepada orang2 yang menyediakannya. Selepas tu kami diminta untuk membuat model lapisan bumi menggunakan platisin.. ! Susah gile nak buat tp nasib baik group kami bekerjasama dan akhirnya model bumi kami sgt cantik dan teras dalamnya masih kekal terlekat dalam model bumi. Pada yang menghasilkan planet uranus.. hahaha, harap harus lebey kreatif.. gurau jer!!


Petang pulak terpaksa join program permainan tradisional.. Hari ni sgt2 letey main tuju selipar dan polis sentry. Seronok gile main tuju selipar. Paling mendebarkan bile masa final, nak tuju selipar tu semua orang tak lepas nak jatuhkan piramid selipar sehingga lontaran terakhir Hanis Safwan menjatuhkannya. Lega.. merasa jugak berjuang..!! kalau tak, terpaksa la menyerah sebelum berjuang.. hahaha.. sgt sengit sebenarnya bila kelas kami berlawan dgn kelas SNED 2. Ganas giler kumpulan diorang main.. Kecut2 perut aku! tp paling mengharukan aku bila aku join permainan Polis Sentry. Main ni memang aku letey2 sangat2.. kumpulan kami sebagai pencuri dan kelas MTED1 sbg polis.. Teruk gile aku kene kejar dgn Polis bernama LUQMAN!! sampai jatuh berdebik2.. malu giler.. Luka2 ada kat mana2!! lari tak tentu arah macam ni memang meletihkan sampaikan aku rasa cam nak muntah jer.. tp permainan ni mmg tak adil sebab kemenangan lebih terarah kepada pasukan polis.. dalam dunia ni mana ada pencuri yang terlepas! Logik tak?


Apapun aku amik masa sampai 2 jam untuk menstabilkan semula keseimbangan diri dan kandungan gula dalam darah.. sebab memang pening sangat2.. lain kali jangan la anjurkan permainan gila macam Polis Sentry ni.. sebab mampu membunuh aku!!


No comments: