I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 2, 2010

Full Marks

Permulaan hari ini, ceritanya memang tak best.. sebab aku bangun setelah bermimpi yang tutorku, Puan Norhalizah mengamuk sakan dgn aku.. tu tandanya die mmg suruh aku bangun masa tu jugak dan pergi ke kuliah dgn waktu yang tepat.. apapun memang kelam kabut la pagi tadi.. Terkejar2 aku nak ke dewan angsana..

Sampai jer dewan angsana, memang dah terlambat la.. tetiba Fariezza Rahim bgtau lecturer aku nak jumpa kat english department.. aku mmg bajet aku kene marah la.. bila aku nak kuar pegi.. diorang sekelas semua tergelak. Cis! tahu la aku diorang menipu aku rupa2nyer.. Bertambah bengang kelas dibatalkan sebab lecturer aku mc hari ni.. bengangnyer.. klau aku teruskan tido pun tak per tadi..!!

Ke kafe recsam, utk sarapan, tp sebenarnya aku lebih kepada menyiapkan persediaan presentation education.. Sepanjang malam aku tak tido menyiapkan labr eport dan presentation ni. Nasib baik ada Hanis Safwan Anuar yg sama2 bertungkus lumus.. !! Dah selesai semua, kami ke library utk tido... bukan kami la.. aku sorang je kowt!!

Tutorial peribadi kali ini membicarakan tntg ais oleh Zuliyana Hassan dan disambung oleh Faiz Syahmi Sidek dgn tajuk lelaki dan wanita pilihan. Tajuk ni memang menarik perhatian ramai la.. termasuk aku pun.. Sebenarnya bukan mudah untuk mendapat pasangan yang mmg kita cita-citakan. Sebaliknya terpaksa belajar untuk menerima kekurangan dan kelebihan pasangan masing2. Klau kita baik, insyallah kita juga akan dikurniakan pasangan yang baik. Teringat pandangan salah seorang rakan sekelas aku, Ashyfida Basrowi - sekiranya kita menyayangi seseorang, kita tak seharusnya menyekatnye sebaliknya harus melepaskan.. sekiranya die menyayangi kita die tidak akan kemana2 sebaliknya kalau die lepas bebas.. die bukan ditakdirkan utk kita.. mmg analogi yang menarik perhatian dan bernas.


lepas tu kelas education.. aku memang berdebar2 la.. sejam masa kuliah mmg aku tak tumpu. Aku asyik berfikir persediaan tentang presentation lepas ni.. Dalam gementar2 tu.. aku sempat la buat2 sibuk menempel blutack kat manila kad.. hahaha..! Apapun presentation berjalan dgn lancar. Kawan2 sekelas aku memang telah memberi perhatian yg sgt2 baik.. Sampaikan feedback yg aku dapat dari semua orang adalah lebih dari apa yg aku sasarkan.. Terlebeh sudah!! Terima kasih kawan2 sekelas. Brainstorming dari Zuliyana Hassan menggamatkan keadaan pada saat2 akhir.. Begitu juga penerangan dari Fariezza Rahim dan Helmyzi Hindwan berjaya membantu penerangan aku. Begitu juga dgn Fuad Jahaya dengan kesimpulan yang berjaya dan berkesan. Kepada semua wakil2 kumpulan, terima kasih kerana memberi ulasan yang menyeluruh.. Kepada kawan yang menyelesaikan jadual.. terima kasih.. !! terima kasih semua..

Kesan dari kerja keras kami berdua, bersama partner Hanis Safwan Anuar.. hasilnyer.. ditambah pula dgn perhatian, sokongan dan kerjasama dari teman2 sekelas.. Akhirnya Madam Soo Hoo S. T. bg kami FULL MARKS!! Alhamdulillah.. semua tu buat aku tersenyum sepanjang hari.. sampaikan aku sanggup g kelas petang tanpa disuruh2.. hahahaha! seronoknyer..!


No comments: