I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 23, 2010

Kebingungan

Pernah tak rasa jasad bagai tergantung .. ke hulu tak lepas, ke hilir tak lepas.. begitulah kehidupan aku.. cuti pun dah habis.. tapi masalah tak penah nak habis2.. makin bertambah2...!! Adalah menjadi masalah besar bila menjalankan eksperiment tanpa aku tau apa yang aku buat.. Dan kesannya, emosi dan spiritual aku menjadi tak seimbang.. Kadang2 aku tak tau nak minta tolong sesapa.. semakin usia meningkat, semakin itu jugaklah aku perlu berdikari.. mencari jalan penyelesaian sendiri.. Kalau aku tak buat, aku yang tak tercicir.. kecewa jugak selalunya tp apapun yg berlaku aku yakin akhirnya semua ini akan selesai!! (mengharap dunia berputar ke zaman silam)

Walaupun masalah mengelilingi diri, tp aku akan pastikan kehidupan aku tetap gembira..!! Alhamdulillah, setakat ini tiada apa yang menyekat aku dari gembira dan terus gembira . Semalam aku ke Bayan Lepas bersama Mr Edzwan sekeluarga. Sepanjang petang aku bersama keluarganya ke kedai lampu dan kedai kereta. Makan malam di Old Town.. melayan telatah Daniel yang tak sudah2 berceloteh.. Malam, menghabiskan masa dgn Iman, adik kepada Mr Edzwan bermain piano. Penat aku cari kod2 lagu Penantian.. tau2 lagu tu dah dimainkan.. Memang aku gemarkan lagu Penantian oleh Zubir Ali. Mak pun suka lagu tu ada nostalgia katanya.. haha!!

hari ni , aku gembira lagi.. Abah selalu pesan, jgn terlalu boros sgt! Jadi, aku keluar makan di McD bersama Afiq Ismail sambil beli barang keperluan di Guardian, E Gate.. sedikit terhibur bila membeli belah!! hahaha.. Malam aku cuba jugak untuk habiskan Lab report.. hampir2 habis.. Nampaknye emosi aku bakal terumbang ambing lagi...!!

No comments: