I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 10, 2010


Ttersenyum melihat gambar sendiri di profile facebook. Kak ida post kan gambar kami semasa di Rimba Ilmu, Universiti Malaya. Kenangan di sana memang indah, dengan kehijauan seribu satu tumbuhan herba yang meliar tumbuh disamping mengutip pengetahuan baru berkaitan alam, dgn sedikit penenrangan berjaya kami kupas dan kami kumpulkn.. semuanya menjadikan pengalaman ini antara yang terindah. Teringin sekali mengucapkan ucapan terima kasih kepada abg Prasat, wakil pihak Rimba Ilmu yang sudi menjadi 'guru' kepada kami ..!! Melalui rombongan ini juga , berjaya mendidik diri supaya lebih peka terhadap alam sekitar.. betapa pentingnya alam sekitar ini sehinggakan kita dilantik oleh Allah SWT menjadi khalifah memelihara kesemua khazanah alam di dunia ini.

Sebenarnya aku ingin sekali menceritakan pengalaman aku bersama kawan2 berkaitan rombongan ke Kuala Lumpur dan Ipoh tempoh hari.. tp memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan.. terpaksa aku menundakan hajat aku itu.. tp rombongan kali ini merupakan rombongan yang terbaik yang pernah aku lalui di institut ini.. nnt2kan k?

Minggu ni cuaca di Pulau Pinang mmg panas berbahang.. kadg2 terpaksa mandi dulu sebelum tidur.. apapun suhu yang tinggi dan suasana yang berbahang mcm ni mmg mempengaruhi emosi semua orang. Minggu ni teruk aku kene 'tagged' dgn lecturer aku yang sasa itu.. asyik kene marah jer.. suruh buat itu, suruh buat ini.. suruh aku jadi presenter sebab aku dah clever sgt la.. - eleh, aiman tak kisah ( dalam nada mengejek dalam hati) .. aku bley buat la..!! lepas tu mengamuk lagi sebab die ingat aku saja nak lambat2kan masa die.. macam2 lagi.. kalau tak marah kat aku, marah kat orang lain.. sebenarnyer kehidupan jadi lecturer ini bukannyer seronok sangat pun.. baik jadi cikgu sekolah sampai ajal datang!

Masa kene marah tu, dalam hati aku selalu memberontak nak cakap, "dari dulu aku memang betul2 BENCIKAN ENGLISH!!!" nak tau sebab apa.. sebab english la aku tak dapat nak berjaya macam kawan2 aku yang lain. Sebab english la aku alami penghinaan yang sgt teruk dlam kelas walhal aku seorang murid yang baik. Sebab english la aku gagal dapatkan tempat yang terbaik.. dan sebab english aku rasa aku tak berguna.. walhal aku adalah yang terbaik!
Dan yang paling malang, sejak aku darjah lima sehinggalah hari ini, aku asyik mendapat guru2 english yang biasa, teruk dan sgt2 teruk!! mana ada guru english yang bersusah payah ingin mengajar english pada pelajar yang lemah.. !! seumur hidup aku, aku tak pernah jumpa! sorry to say.. guru english bukanlah guru yang terbaik di Malaysia malah ramai yg dpt title 'yang terteruk'...!! contohnya kebanyakan guru2 english aku... apapun aku tetap mendoakan yang terbaik buat mereka (guru2 english saya)! sebab mereka tetap guru aku yang memberi aku ilmu.. cuma aku bencikan english dan english buat manusia jadi ego..!!

Hari ni inst aku mengadakan Pilihanraya memilih JPP.. kelas aku mengundi pukul 10.. itupun mcm nak pengsan berdalih dgn lecturer aku.. padahal proses pengundian ni ada pengecualian kuliah.. kalau pilihanraya yang sbenar2nye, siap ada cuti lagi!! setelah berdolak dalih, akhirnya kelas ganti bakal diadakan lepas cuti tahun baru cina.. susah ar lecturer2 kat inst nie..!! aku x rasa pilihanraya kali ni aku buat keputusan yang terbaik memandangkan ramai muka2 baru dari budak2 junior yang aku sendiri tak kenal dan tak penah tau pun wujud kat muka bumi nie..!! apapun. aku cuba memilih calon2 yang datang dari kumpulan akademik yg sesuai dgn exco dan subjek mereka.. Sexara jujurnya, siapa yang naik namanya menjadi exco JPP sedikit pun tak memberi kesan secara langsung kepada kehidupan aku di inst ni.. walaupun begitu, aku masih mengharapkan semoga Exco JPP yang dipilih untuk sesi kali ini bakal melakukan perubahan besar disamping melunturkan pweswpsi ramai bahawa JPP kuda tunggangan HEP.
JPP adalah suara pelajar di institut, jadi biarlah organisasi ini berdiri sendiri tanpa pengaruh sesiapa!! selamat berjaya dan tahniah kepada calon2 JPP yang berjaya pada pilihanraya kali ini

Petang, batch aku ada menganjurkan permainan tradisional.. kumpulan aku, 5 SNED1 telah menganjurkan permainan gusti lengan.. ingat lagi tak, macam mana aku konfius samada gusti lengan ni permainan tradisional ataupun tidak?jawpannya ada pada penerangan oleh Nurizma juhar td.. permainan gusti lengan ni adalah permainan tradisional yg asalnya dari Negeri Sabah! Untuk penganjuran ini, aku jadi penjaga masa disamping membantu pengadil, Fuad Jahaya! Sebelum tu, permainan ketingting dijalankan oleh kumpulan 5 MTED 2. Kelas aku menang game ni..!

malam, aku sempat pegi karaoke kat bj dengan rumate, amir aminuddin dan Afiq Ismail. memang best la!! balik basuh baju dan borak2 dgn nasrul safwan.. lepas tu rumate tutup lampu.. better aku tido!

No comments: