I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 5, 2010

Beg


Hari ni awal2 lg dah ada lab practical 5.. letihnye.. muak aku dgn lab practical nie. Eksperimen kali ni bertujuan untuk mencari nilai emf atau tak silap aku beza upaya ataupun nilai volt yg terhasil apabila apabila dua larutan berbeza nilai keelektropositifannya dialirkan dgn arus electrik. Aku tak la berminat sgt dgn eksperiment ni.. apapun yang menrik minat aku, bila eksperiment ni dijalankan dgn alat radas yang jarang2 sekali digunakan.. iaitu pontentiometer..!! alat ini menguji nilai volt yang dihasilkan oleh dua larutan terbabit..!! entahlah..pening aku dgn eksperimen ni.. last2 aku amik jer result kumpulan amir.. byk group yang tak dapat result yg baik bila galvanometer yang digunakan terlalu sensitif..


Masa pj pulak sibuk kemaskan gym kat sebelah pejabat pentadbiran.. kumpulan kami semua diminta untuk membantu melabel peralatan sukan yang menjadi hak milik institut. Letih gak la melabel sambil cuba-cuba menggunakan alat2 senaman yang ada kat bilik ni.. mmg best ar rasa cam masuk gym betul2.. tapi alat2 senam ni dah lama, dah berkarat pun.. Masa tgah melabel, kami seisi kelas bergurau pasal 'sapa kahwin dulu'.. tak sudah mengusik kak ashyfida basrowi.. dengan Faiz syahmi dengan isu poligami.. seronok sgt masa ni berehat sambil ketawa.. memang kelas kiter semua rapat sgt antara satu sama lain. Lebih tiga tahun kita sekelas hidup bersama membuatkan hubungan kita erat seperti sebuah keluarga..!!

aku la yang termuda dikalangan yang tua2 ni


Petang, aku tak kemana2 sebaliknya menguruskan diri yang menghadapi masalah air.. letey giler!! ke blok gajus sepanjang hari.. kadang2 ketiadaan air, slalu menggoyahkan iman bila setiap kali menghadapi masalah mengambil wuduk..!! bayangkan setitik air pun tak der kat blok nie..!!

Malam, aku ke tesco.. asalnyer nak kuarkan duit jer.. tp terlajak terbeli beg galas.. Dah la semalam baru jer aku beli beg padini.. pening kepala otak aku.. nafsu shopping aku dah mula memberontak.. dan aku cuba berjanji tidak akan membeli apa2 lagi.. !! Semalam sempat saja aku beli sebuah buku bertajuk ' I Am Muslim' by Dina Zaman.. aku suka buku ni bile sekilas lalu membacanyer di kedai Borders. Aku rasa english yang digunakan simple dan aku boleh faham.. lagipun buku ada unsur islamic yang simple dan mudah difahami dan diterima.. aku belum lagi memulakan pembacaan.. namun aku harap aku dapat belajar sesuatu dari buku ini..




No comments: