I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 2, 2010

Sibuk

Malam ini aku masih lagi berjaga. Berjaga bersengkang mata. Letih la mengadap laptop menyiapkan lab report. Dunia kimia yang tak nampak dgn mata kasar, mmg menyulitkan. Ion, electron, reaction, mole, bonding, enthalpy - semua tu mimpi2 ngeri aku dari sejak form 4 dulu. Rasanya sains bukanlah bidang aku, tapi kenapa la aku ditakdirkan mendalami ilmu sains.

Hari ni memang dugaan hidup yang mencekik kepala otak aku. Dari saat bangun tido aku memikirkan kerja2 yang tak siap2 ni sampailah abis kelas. Inilah dugaan yang paling mencabar setakat sebulan kuliah tahun baru ni. Jadual hidup aku hari ni mmg betul2 dah diatur2.. Aku rimas betul, tapi kita kene ingat, apa yang kita ingat baik rupanya bukanlah terbaik utk kita tp apa yang kita ingat tak baik untuk kita rupa2nya itulah yang terbaik. Demi merasakan keje2 aku terlalu byk, aku menganggap tugas menjaga stor mktb ari ni adalah sesuatu yang menghimpit bebanan aku yang perit ni. Aku rasakan masa seseolah mencemburui aku. Sesaat yang aku korbankan pada masa ini bagaikan melepaskan sebiji mutiara di lautan. Wow.. dahsyat ar bahasa aku sekarang sejak kene komplen nie..!! hahaha.. tanpa aku sedar, melaksanakan tugas menjaga stor sukan ari ni adalah yang terbaik utk aku walaupun pada awalnya aku rasakan inilah penghalang kepada aku untuk menyiapkan semua keje. Namun semua sangkaan aku meleset, rupa2nya tugas ni umpama terapi untuk aku melegakan tekanan aku. Sapa sangka aku boleh melapangkan minda disamping berkenalan dengan adik2 junior yang baru disamping meluangkan byk masa dgn adik aku yang menghadiri gerko hari ini padahal keje byk yg tak siap. Aku byk tergelak dan dapat berbual2 bersama orang2 yang baru aku kenal di mktb ni. Bukankah ni adalah satu bentuk terapi untuk aku lepaskan tekanan dari memikirkan kerja2 yang tak sudah2 menghimpit hidup aku??

Menjaga stor, mengingatkan aku kepada tugas aku sebagai pustakawan sementara di sekolah menengah dulu. Kenangan 6 tahun yang lepas. Menjadi pustakawan sekolah adalah kegemaran aku. Seronok melihat buku2 tersusun rapi disamping bersama rakan2 pustakawan yang menghiburkan. Teringat rakan2 setugas yang bertugas pada hari isnin.. Hana Anuar dan Suraya.. sambil diselia oleh Mrs Karpanggam dan Mr Quek! Kita sama2 datang ke perpustakaan jam 2 petang dan terhegeh2 mengunci pintu perpustakaan pada petangnye sebab takut gril blok G dikunci orang.. hahaha.. kemudian balik dgn bas UTC sambil menhirup dingin air soya yang bercampur gula merah.. kenangan masa tu.. mmg tak boleh lupa! sebab penat sgt!! hahaha..
Dua bulan seronok menjadi pustakawan, kemudian aku dilantik menjadi pengawas sekolah..!! tp yang kelakarnya aku masih lagi bertugas membuka pintu perpustakaan walaupun sudah bergelar pengawas sekolah!! hahaha.. sah2 giler kuasa!!

malamnye, bersengkang mata menyiapkan persiapan pembentangan tutorial education madam soo hoo S. T. Penatnyer bila kene bentang topik yang terlalu fakta.. KIA2M!! Benci tol aku tajuk ni.. mmg dari asalnya aku tanak tajuk ni.. tp apa nak buat!!??

Namun kerisauan itu hanyalah suatu bebanan yang memberatkan. Aku percaya dengan adanya kawan2 disekeliling dan ketenangan yang dibina dalam hati mampu mengoyahkan tekanan. Walaupun keje dan masalah terlalu banyak.. namun aku percaya pada akhirnya, semuanya akan selesai.. macam sekarang, sapa sangka semua keje yang aku takutkan sepanjang kuliah tadi sudah hampir selesai dan bakal selesai.. alhamdulillah!!

No comments: