I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 21, 2010

Cantas

hahaha.. aku dah sampai bilik.. letey terus tido !!
aku surf then terjumpa satu entry dari blog ni.. http://sue-mai.blogspot.com
memang tak tahan aku tergelak!! Macam bengong2 jer.. tp cam berguna gak!! idea jahat dah datg!! hahaha..!!

tips merampas girlfriend orang. (untuk lelaki sahaja)

korang suke sorang gadis ni, tapi malangnya dia dah ada boyfriend. dah la dia dengan boyfriend dia tu konon-konon loving gila lah, i love u, u love i forever and ever lah sangat kan. so korang pun tak berani la nak kacau gadis tu sebab takut kena makan penumbuk dengan boyfriend dia kan.

meh aku bagi tips sikit.

dalam perhubungan, tak kira lah betapa hebat mana pun cinta tu, mesti ada pasang surut. perempuan ni, 1 daripada weak point dia, bila dia gaduh dengan boyfriend dia, ataupun bila boyfriend dia tak layan dia, dan benda-benda macam tu lah. time ni, korang punya peluang untuk bagi gadis yang korang suka tu nampak korang. yelah, memang dia nampak je korang ni sebab korang bukannya halimunan pun, tapi ni nampak dengan mata hati.

macam mana nak tahu gadis tu tengah gaduh dengan boyfriend dia? alahai cik abang.. sekarang ni zaman dah maju kan. tengok la kat gtalk dia ke, kat facebook dia ke, kat blog dia ke, kalau ada dia tulis benda-benda cam sedih sikit tu, tandanya dia tengah gaduh la. memang ada juga segelintir gadis-gadis yang bijak skit, tak mempamerkan perasaan kat media massa ni. tapi selalunya, bila korang tengok status facebook dia tulis "sampai hati dia buat saya macam ni", tu sah lah dia tengah gaduh dengan boyfriend. dan selalunya jugalah, gadis-gadis yang suka update status facebook dengan bercerita pasal dia gaduh ni tengah lonely dan desperate juga lah kan.

bila korang dah nampak status tu, apa yang korang perlu buat ialah, pergi la text dengan gadis tu. tak kira lah kat gtalk ke, kat facebook ke, mahupun text kat handphone je senang. tapi jangan la first text terus tanya "u gaduh dengan boyfriend u eh. i nampak status u tadi lain macam je". memang dia tak akan layan korang punya lah. cakap je dengan dia konon-konon tak ada apa-apa. kalau mula-mula dia tak layan pun, korang selalu-selalu gak text dia, lama-lama mesti dia layan. kenapa? sebab selama ni dia duk texting ngan boyfriend dia. bila diorang gaduh, handphone dia pun terus menyepi. pastu bila korang text dia, dia pun dah jumpa orang untuk texting balik. kalau korang bernasib baik, dia akan cerita pasal dia gaduh dengan boyfriend dia. pastu orang pun boleh lah buat-buat care kat dia, pastu cakap la boyfriend dia tu teruk ke apa. tapi, jangan ajak couple lagi beb. lek lek tu, isap kok lu.

tak lama pastu, dia akan baik balik dengan bf dia. mungkin dia takkan layan korang dah. tapi bila dia gaduh balik, dia akan cari korang balik punya lah. mula-mula memang la korang ni macam lagu Faizal Tahir tu sikit:
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku

tapi bila dah ada la dekat 10 kali dia gaduh dengan bf dia dan dia cari korang, waktu tu korang boleh meluahkan perasaan. aku cakap, meluahkan perasaan okay, bukan ajak couple. mungkin dia akan cakap, dia dah ada boyfriend, bla bla bla. tapi next time, bila dia gaduh, sure dia akan mintak break dengan bf dia tu. pastu dia akan cari korang, dan cakap "i dah break dengan jantan tak guna tu". so apa lagi? dia dalam tangan korang je. anytime korang ready, korang ajak je couple, sure dia nak punyalah.

moral of the story:
1) perempuan punya weak point adalah waktu dia gaduh dengan bf dia. sebab tu bila korang masuk line waktu dia gaduh, dia akan layan.
2) perempuan takut untuk break up sebab takut nak hadapi rasa lonely. tapi bila dia tahu korang ada untuk dia, dan tahu korang suka dia, dia akan berani mintak break sebab dia tahu lepas tu dia takkan lonely.
3) perempuan nak lelaki yang care terhadap dia. so bila korang selalu ada waktu dia tengah sedih, she'll fall for you.

3 comments:

~ MaNjAlaRa ~ said...

pergh....
bagos gilar entri ko kali ni..
tips yg bagos wey..
aku akui..
wlpn bkn sume ppuan cm 2..
tp ape yg ko tulis 2 mmg ade yg betol pn.
mmg aku setuju..

iKhRam said...

sebenarnyer bukan aku yg tulis tp aku copy dr blog lain.. apapun mmg best la entry die sampaikan aku tergelak2

Farhawa Zamri said...

hahah!! bleh plak mcmtu..
tp, logik la gak..
heheh!!
tapi bla teliti blek, nmpk sgt sume laki mcm x ikhlas je kat pmpn sbb

kalu dia suka seseorg pmpn, dia akn sentiasa doakan pmpn tu apy slalu..biar dri sendri invisible pon x pe.. ngeh3~~