I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 25, 2011

Aku Bengang Giler !!

Dalam dunia ni, semua orang ada barang-barang peribadi masing-masing. Dan seperti semua orang tahu, tak semua barang-barang peribadi ini boleh dikongsi pada sesiapa dengan mudahnya. Sama jugaklah dengan aku pun.


Selalunya barang-barang peribadi sebegini mempunyai harga yang mahal bagi seseorang individu tu mahupun yang mempunyai nilai-nilai sentimental yang bersifat peribadi.


Kalau macam aku. Ada dua barang yang menjadi barangan yang sangat peribadi yang takkan aku kongsi dengan sesiapa. Biarlah orang nak kata aku kedekut ke apa? tak boleh nak berkongsi ke apa? aku minta maaf siang-siang. Kalau tak de sebab memang tak de pasal lah nak bagi kongsi.


Barang pertama laptop. Barang kedua enset. Mahal ke? murah ke? harga laptop dan enset aku tu, janganlah sesapa nak usik2 buat cam harta sendiri. Rumate aku tu pun aku tak bagi. Dia pun tak pernah nak usik, dia tau aku mesti melenting.


Malam tadi, memang aku mengamuk habis-habisan. Bila salah satu barang aku ni dibawa pergi tanpa pengetahuan aku. Memang silap besarlah budak tu. Memang kene maki la. Yang minah lagi sorang ni dok sokong pulak. Konon-konon nak buat-buat aku rasa bersalah la sebab marahkan budak tue..


Last-last semua orang marahkan aku. Aku tak kisah apa-apapun. Memang tak semua barang boleh nak dikongsi-kongsi. Nak guna, cakaplah. Ni tak. Main terus amik jer ! Aku bukan nak berlagak ke apa? Tapi cubalah korang fikirkan kalau barang-barang peribadi korang, orang amik macam tu jer. Mesti rasa tak sedap hati jugak kan? Jadi, amik lah perkara ni sebagai pengajaran.


Yang penting. Aku tak salah.


p/s - Kadang-kadang terlampau baik, sampai tak boleh nak ditegur-tegur. Boleh blah la...!!! Sori la, menaip masa tengah marah, memang macam ni la !!

.

11 comments:

izfanora said...

normal r tue.. bgus ko luah rasa marah tue, dari simpan..

yg ambik brg tue plak, tak tahu nak minta. ada mulut, xnk cakap. kurg ajar jugak tue..

sabar yer.. org mcm tue tak pyh bg muka sangat. nanti pijak kepala..

KinosKoko said...

kalau org x rasa, dia tak tawu wok.
sabar wok, sabar

ch000tz axoera said...

cumalah bawak besaboooo....nak jadi megatron gak ke hahahahhah

IMANSHAH said...

dik ikhram, masing2 ada hak kan..nak pinjam kena gtau

Khairul Antasha said...

kita serupa. boleh melenting x hengat kalo terjadi. sbb sy bkn jenis ikut suka2 nk pegang or pinjam brg org..jd, sy nak org akan buat perkara yg sama gak..

hawiz said...

sabar2..

delarocha said...

sabar sabar... bab ni aku sokong ko. barang barang peribadi memang tak selesa untuk dikongsi. apatah lagi bila org guna tanpa kebenaran. mmg patut la klu ko nak melenting. klu didiamkan nnt makin menjadi jadi pulak/.

ckLah said...

Tarik nafasssss...


Hembussssss..


Tarik nafassss.....


Hembusssss...

Ok, lapan lagi. Tarikkkk....



:D


(jangan tak hembus pulak ya!)

EpoLįƒ¦Kekunangpelangi said...

Kadang nak dimarah, kawan-kawan kan. Tapi kalau rasa ada yang tak puas hati, tegur dengan cara sindir atau sinis. Nak lagi best, guna barang2 privasi kawan2 buat macam hak sendiri.

Baru semua orang tahu arti penyesalan. kan?

chill-lah. jangan jadi jahat oke. :)

Liyana Zahim said...

Btol.. Org camtu kne ajar cikgu.. Stok muke tatau malu ambik brg org.. Dri umah tak terdidik kot.. Skt hati je..

ghost writer said...

yang kenal kita dah tentu tahu fiil kita.masalahnya yang tak berapa nak kenal dan duk beringat tuh yang selalu nak kena bedal bila terambik barang peribadi kita.