I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 1, 2011

Lelaki Itu & Lelaki Ini

Sejak kebelakangan ni hari Sabtu adalah hari yang sangat membosankan. Sangat-sangat membosankan sebenarnya. Duduk, baring atas katil sepanjang hari. Bukak novel, bukak majalah... dan esement tetap terbiar macam tu saja.. Kalau ikutkan hati, memang aku nak balik rumah..


Balik rumah, kemudian cakap.. " Mak, Abah... Abang nak kawinnnnnn...!!"

"Pang !! Pang !!" dua das pelempang dari emak aku.. !! hahaha...


Sebenarnya, aku bukanlah rasa macam nak kawin.. tapi aku teringin nak merasa ada anak sorang dua. Pergi shopping, sambil jinjing tangan anak... Anak pulak cute miut cam aku jugak.. hahaha..!! Kalau tak pun sambil tolak kereta sorong.. hahaha..!! Mesti cunnn kan??


Baiklah.. tapi sebelum aku memikirkan masa depan yang tak pasti ni. Baiklah aku fikirkan tentang abah aku yang sangat encem berbanding anaknyer yang hanya cute saja nie.. hahaha !!


Sebenarnya, kalau orang sekeliling menganggap aku hanya manja dengan emak saja.. Salah kot?? Dengan abah pun, kami (merujuk kepada kesemua adik beradik) manja juga..!! Dan abah kami sangat penyayang orangnya. Biarpun misainye tebal macam dato' K.. hahaha..!!


Kebiasaannya, orang perempuan selalu menganggap, orang lelaki sebenarnya penyayang, namun sukar untuk menunjukkannya. Yup ! Abah pun sebegitu juga orangnya. Namun usia matang pada saat ini membuatkan aku boleh mengukur tahap-tahap kasih dan sayang seorang lelaki bergelar abah.


Setiap kali aku berselisih faham dengan abah, aku seringkali memberontak. memprotes. Dan emak jarang sekali memenangkan aku biarpun dia menyayangi aku. Dia selalu berpesan "Setiap kali kau marahkan abah kau, kau fikir setiap kebaikan yang telah dia buat pada kau, bang.."


Kadang-kadang emak tau, di mana kelemahan aku dan bagaimana mengatasinya. Api takkan padam dengan api. Namun tindakan emak yang tidak memenangkan aku itu selalunya betul.. supaya aku tidak mudah hilang hormat pada abah.


Dalam usia yang hampir menjangkau pra-dewasa ini, akhirnya aku berkira-kira juga.. "Sampai bilakah abah akan memanjakan aku.. akan tetap samakah layanan abah terhadap aku sampai bila-bila?"


Aku sering kali teringat. Setiba sampai saja aku di rumah sebaik pulang dari kampus, sebuku roti dan tuna sudah dibeli abah. Adakala abah tak pernah pun cakap yang dia tahu perihal kegemaran aku, sehinggalah dia sendiri melakukannya.. dan aku terus-terus dengan senyum kegirangan..


Ada kalanya abah tahu apa-apa saja perkara yang aku suka lakukan. Abah tau apa saja kegemaran aku. Abah tau apa yang aku asyikkan.. dan abah tau segala-galanya. Kalau aku dalam cinta pun, abah tau.."


.. dan setiap kali aku membuat panggilan, abah tetap menjawabnya dengan panggilan manja. Semanja dia menjawabnya ketika aku kecil-kecil dahulu. Aku tidak dapat membezakan nada suara abah ketika berbual dengan aku hari ini mahupun yang sebelum-belumnya. Sama saja..


Dan setiap hari, abah sentiasa berusaha memperbaiki kehidupan untuk kami semua. Kami semua adalah keutamaannya. Dan lelaki seperti itulah yang aku cita-citakan dalam kehidupan aku.


Bila bercakap tentang perkahwinan, tentang institusi kekeluarga, tentang anak.. rasanya aku tidak dapat menjangkau pemikiran sebegitu hadapan seperti abah merancang dan melakukannya. Namun aku percaya, tindakan abah boleh aku contohi. Kehidupan kami bermula dari serba kekurangan, kini menjadi sederhana dan sempurna.


Kadang-kadang kita rasa kita sudah bersedia.. tetapi kemampuannya belum tiba lagi..


Sebaik-baiknya aku perlu habiskan study yang tak tinggal beberapa kerat ni lagi ni.. berbakti kepada kedua-dua orang tua dan rancang kehidupan dan masa depan dengan sebaik-baiknya.


Banyak pesanan dan nasihat abah untuk aku. Dan budi baik abah sentiasa dalam keringat. Sampai bila-bila.

.



p/s - Emak saya pun penyayang jugak !!Nampaknya contest aku tu macam tak jadi jer..?? Permulaan yang 'kusut'... hahahaha!!
.

15 comments:

EpoLღKekunangpelangi said...

Kita dikira untung masih ada mak dan ayah, cuma kasihan ada setengah lagi yang malang langsung tak pernah merasa kasih sayang dan lebih sadis tak pernah jumpa semasa hayat.

Alhamdulillah.. kan? :)

iKhRam said...

Epol Kekunang pelangi :sangat bertuah sampai tak terkata betapa bertuah memiliki emak dan abah..

adwafarahin said...

mak abah kita sama la ikhram..kasih syg diorang hanya kita je yg rse

syg mereka selagi ada,bkn semua org dpt merasa.bersyukur punya mak abah yg penyayang mcm mak abah kita kan?

IMANSHAH said...

saya tak berapa rapat dengan arwah ayah

Edy Fee said...

ye betul.habiskan study dulu la bru pikir sa kawin.hehe

Azham Vosovic said...

hahahahhahahaha, amboi...dah ada cita2 nak kawen heheheheh

Nia Ridzwan said...

jadilah anak soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa dunia dan akhirat :)

zazaw said...

sir..
kalau kahwen
jangan lupa jemput zazaw tauhakssss

delarocha said...

tak sabar bak kawen ye..lek lu

Liyana Zahim said...

Hahaha.. Ni btol2 tak sabo ni.. Tp mmg pon kan ikhram.. Trgn nk p shopin ngan ank2.. Mtk2la nnti dpt suami yg snggup dukung ank time jln2 p shoping mall.. Hahahahahaha..

::FAIZ FARISH:: said...

kalau jodoh dah sampai, kawen la.. kalau belum, nanti sampaila jodoh tu... ek... matila statement

cha zainol said...

contest hahaha macam tak jadi? mmg x jadi lah tu. hahaha.

khairul akmal bin azman said...

xpe..gua pun kat blog gengster ..
tapi kat umah anak yg skema.
haha...ape de hal.manje ngn parent sendiri kan2.

~Nana 귀여운~ said...

melepaskan keresahan pada mak and abah memang satu kelegaan kan...syukur punya mak dan abah yang masih ada....

kadang bergurau senda ngan mereka hilang gak stress kan..huhu

EYQASARA said...

larh larhh~ suwwwwiiiiittt... (^^)