I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 10, 2011

Science Fair Adikku.. Ops!! Juniorku.. Hahaha..


Rata-ratanya kebanyakan orang sudah pun tau aku mempunyai seorang adik perempuan yang menuntut di tempat yang sama; Institut Pendidikan Guru Kampus P. Pinang. Memang besar harapan emak dan abah di rumah untuk melihat anak-anaknya bergelar seorang guru. Tapi belajar di tempat yang sama tak pernah terlintas dalam pemikiran mereka.


Impian emak dan abah menjadi kenyataan. Sukanya hati kedua-dua mereka, sampai ke hari ni masih lagi tak hilang-hilang. Pada aku peluang menuntut di sini bagaikan hadiah yang sangat besar buat mereka berdua. Sebagai anak, aku rasa bahagia melihat rezeki limpahan tuhan sebegini terhadap kami dua beradik membahagiakan emak dan abah.


Itu cerita dua tahun yang lepas. Kini aku berada di semester 8; semester terakhir. Adik perempuan aku, Fatin sudah pun menuntut di semester 2. Jarak 3 tahun tidak pernah menjadi jurang yang besar buat kami.


Pagi tadi aku terjaga lewat. Rasa malas sungguh nak bersiap masuk ke kelas memandangkan sepanjang hari dan sepanjang malam bersengkang mata menyiapkan fail Tesis yang perlu dihantar pagi tadi. Tapi berita baik, kelas dibatalkan. Aku sambung tidur semula.


Dalam jam sepuluh, baru aku siap-siap ke bilik pensyarah unutk menghantar fail. Alhamdulillah, satu beban dah selesai buat masa nie. Selepas tu, aku singgah memeriahkan 'Science Fair' yang dijayakan oleh adik-adik junior batch Fatin.


Fatin dan kumpulannya membuat pameran berkaitan etanol yang diperbuat daripada buah nenas. Sebenarnya aku suka bau etanol. Wangi. Tapi bahan-bahan meruap seperti itu boleh memeningkan kepala kalau dihidu lama-lama.


Fatin ambik peluang untuk menemankan aku ke bahagian lain dalam pameran itu bagi melihat hasil kerjanya yang lain. Dia menunjukkan big story book hasil ciptaannya bersama dua orang lain. Cantik dan kreatif. Bukan itu sahaja, dia menunjukkan kolaj sebuah stadium hasil bahan-bahan semulajadi dan sintetik.


Aku tidak pernah menyangka Fatin boleh menyediakan semua ini. Dulu aku selalu ketawakan hasil-hasil kerjanya. Aku selalu memikirkan dia masih lagi kecil, sedangkan masa terus berjalan.


Sebenarnya, apa yang Fatin tunjukkan kepada aku, semua telah aku buat suatu ketika dulu. Maksudnya, dia mengulang apa yang aku dah buat dulu. Tapi sebagai abang, aku dengar saja penerangan dia, seseolah itulah kali pertama aku mengetahui perkara-perkara itu semua. Entahlah, aku rasa aku seorang abang yang sentiasa menyokong adik-adik. Itu yang aku rasa selalu. Dan aku sentiasa mahu berperasaan seperti itu selalu..


Apapun banyak faedahnya bila punyai adik yang study sama kampus dengan kita. Macam baru-baru ni, kalau tak ade la adik kandung sorang ni, mana la aku nak print semua kertas-kertas tesis yang berlambak-lambak tu. Senang kan? Takkan dengan abg sendiri pun nak berkira..?? Betul tak?? hahaha..


Jadi sebagai abang, ajaran emak dan abah selalu ada dalam ingatan. Jaga keperluan adik-adik, bertolak ansur dengan adik-adik, dan bantu adik-adik bila dalam kesusahan.

.

p/s - Jadi, dalam gambar itulah pakaian untuk berlegar-legar kat kawasan maktab bila tak de kelas yer.. !! Tak boleh nak pakai sesuka hati.. Bagus tak study kat maktab..??

.

25 comments:

IMANSHAH said...

buat pameran ke bercinta ni??

iKhRam said...

mestilah buat pameran.. tp sebab weekend ari tu tak dpt jumpa.. dua-dua sibuk, jadi topup citer2 hari ni masa pameran tadi.. hahaha

adwafarahin said...

dgn adik bradik la kene berbaik2..saling jaga antara 1 sama lain..:)

bloghok said...

kim salam kat adik sorang dua kakak

Miss Dolce and Gabbana said...

oh.Bakal ikgu rupanya.Saya pun ada seorang kawan dari Uitm tapi dah pindah masuk ke sini jugak. :)

YNA said...

mmg payah nak dok satu U dgn adik-beradik sbb kdg2 minat kita x sama.. tp yna bersyukur family kami semuanya graduan UiTM :)

cha zainol said...

boleh ke kau nak pakai baju macam tu pegi kuliah. kelas kan belajar kat maktab :)

Lelaki Ini said...

hukhuk...
best juga ek ada adik tempat blajar sama...

far_east said...

seronok yea belajar adik beradik di tempat yg sama...teringat zaman sekolah rendah dulu..

lemongrassbeam said...

senangnya adik beradik belaja tempat yang sama. saya dari sek men da ta satu sek ;)

ch000tz axoera said...

junior keeee hehehehe

aQimie Ceplos said...

HUYO..!
bro mesti fun kan ade adek blaja same tempat?

khairul akmal bin azman said...

abg mithali ni..hehe..!

ghost writer said...

memang kitalah yang seharusnya memberikan sokongan kepada adik-adik kita kerna kita sudah melalui lebih awal dari mereka.kita tau apa yang baik dan terbaik untuk mereka tapi bukan lah kita yang semestinya menentukan pilihan mereka.

Papa Mifz said...

adik beradik cikgu...terbaik...

Addin said...

ahaha dah macam couple of the year :)

teringin nak rasa ada abang yang mengambil berat . hoho

syahidahfouat said...

hamboiiii, abang yang supportive tauuu. bagus bagus ! :D

ckLah said...

Baguih sungguh abang ni...

A Crack Mirror said...

bz nyer c abg dengan hp..ke taip semula apa yg fatin terangkan tu??ehehe... bgs2..teruskan memberi contoh yg terbaik untuk adek2... suka2..untung fatin dpt abg macam ikhram...

Adylia Qarissa said...

wah...bestnya dapat adik belajar tempat sama...

pasti kedua ibu bapa gembira kan...

afzan said...

peh adik abang kat tempat sama, confirm adik tak kena buli ngan senior. ye dak?

::FAIZ FARISH:: said...

adik tu comel

amir aizat said...

mcm best !!

Zulfikar Hazri said...

patut la dari dulu aku pelik, banyak plak masa adik beradik ni kat U pun leh main tangkap2 gambar..

belajar sesame rupanya

izfanora said...

perasaan yang sama time diploma dulu.. satu tempat belajar dengan adik, satu kos pula tue. sangat best !