I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, October 5, 2011

Bad Hair Day


Masalah bad hair day ni makin menjadi-jadi. Masa dalam kuliah tadi, gejala-gejalanya bertambah-tambah menggila-gila.. tapi aku pendam dengan menyiapkan kerja pemurniaan kertas tesis. Punya la bertungkus-lumus sampai terlupa. Nampak macam idea yang baik nak meredakan bad mood.


Akhirnya. Aku hantar juga final draf kertas tesis aku. Namun berat rasa hati, bahawa lepas ni mesti banyak pembetulan yang aku kene baiki lagi. Kerja-kerja macam ni sampai bila pun takkan habis. Dan tambahan kerja saat akhir ni memang betul-betul menekan.


Kadang-kadang. Tak mudah nak menggembirakan hati. Apatah lagi kalau ada yang datang pada kita hanya untuk menyakitkan hati. Melukakan. Memeritkan, setelah bagi ubat dengan hanya berbekalkan kenangan yang memberi makna dan melucukan. Itu bukan ubat tapi racun.


Semua itu memberikan kesan kepada mood aku. Menjunam sangat-sangat. Tengok kawan pun dah macam rupa profesor klon. Itu tak pe lagi. Ada sekali tu, aku pandang seseorang rasanya macam pandang Bush dah !!


Bila sampai petang. Kesannya lagi teruk. Aku rasa aku macam jahat sangat. Aku rasa macam dah putus kawan dengan dua orang. Salah satu sebab. Satu kawan tu ajak nak keluar dan seperti biasa ada saja masalah untuk dia tepati. Kali ni untuk kesekiannya dalam tempoh lima tahun perkenalan ada saja masalah. Kali ni alasannya dia kejar masa.


Sebab kedua. Selisih faham. Sebab aku malas nak layan dia ber ym. Jadi aku tanya pasal kawin. Tak sangka sensitif pulak.


Dua-dua masalah ni aku faham. Tapi aku tengah bad hair day, kan?. Jadi penyelesaiannya memang tak baik. Kesannya. Satu kawan dispointed dan tak nak ada apa-apa lagi dengan aku. Seorang lagi suruh aku fikir. Rancang kehidupan elok-elok dulu baru nak tanya orang lain.


Nampak macam tak bagus. Inilah padahnya kalau terlalu ikutkan hati. Memang M.A.T.I.


Tapi bila aku fikirkan semula. Semua ni memang menyerabutkan. Nak gembirakan hati memang bukan mudah, tapi tak la susah sangat sebenarnya. Aku keluar dengan kawan-kawan. Tengahari tadi aku makan mcd. Makan fastfood time-time serabut memang ada manfaatnya. Selain ketawa, dapat ngumpat-ngumpat orang. Hahaha..!!


Dan malam layan video aku bersama anak-anak murid. Ada masa wajah-wajah comel mereka memang menghiburkan. Anak murid buat group dalam Facebook untuk aku bersama ahli-ahli dalam kelas mereka. Hebat la diorang nie..??


dan. Apalah salahnya aku bersyukur dengan menyebut 'Alhamdulillah'. Sekurang-kurang ditimpakan mood yang tak baik saja. Buatnya Allah nak uji aku macam yang terjadi dengan classmate siang tadi. Semua file kertas tesis dia kat laptop 'corrupt' semuanya. dan dia kene taip semula.. Lagi la meroyan..


dan. Tak salah kalau aku nak ingat beberapa moment yang cukup indah. Contohnya saat adik aku memuji aku kat depan keals dia. "Hensem jugak abang aku ni kan?". Di depan kawan-kawan perempuannya pulak tu. Indahkan bunyi..? Dan masa itu hati aku terasa gembira.


Serta mengingati setiap jasa-jasa orang yang aku gantung hidup padanya. Contoh, pada Puan Haliza yang sentiasa membantu membetulkan kertas tesis aku tanpa muka marah. Cha zainol yang membelanjakan aku dengan cukup banyak barang makanan. Aiskrim mcd, coklat DOVE yang hanis zalikha makan tue! Burger. Hari ni anta naik turun bukit dalam maktab.


Wajah Afiq, Azurin dan Amirul saat-saat gembira berkaroake. Wajah rumate yang aku kejutkan bangun tido petang tadi.

Alhamdulillah.

Esok aku nak bangun awal-awal. Nak nikmati waktu pagi sebagai seorang yang baru. Kemas katil seperti biasa. Susun alat solek (cewah ! tak boleh blah). Minum milo. Dengar lagu-lagu Yuna, Anggun dan Rossa.

Memulakan semuanya dengan S.E.N.Y.U.M.A.N.

.

p/s - kalau ada orang nak tinggalkan kita, biarkan dia dengan matlamat dia. Sebab kalau dia nak tinggalkan kita, kita pun boleh nak tinggalkan dia. Bad Hair Day. Bye-bye.





Ni salah satu cara menggembirakan hati sendiri dan orang lain. Meraikan besday orang lain. Kita pasti hepi buat orang hepi kan?

15 comments:

adwafarahin said...

lupakan kisah semalam
mulakan yang baru

gud luck cikgu!

EYQASARA said...

laarrr.... sorg cikgu rupenye.. baru tau.. hihi.. (^^)

Salwa said...

wahh.happy sangat budak-budak tu. InsyaAllah diorang akan ingat moment manis tu sampai besar nanti.

syahidahfouat said...

assalamualaikum cikgu ! hihi :D

Miss Dolce and Gabbana said...

Selamat sejahtera cikgu! Yeah.Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda,esok adalah khayalan yang belum nyata dan hari ini adalah penentu siapa kita.Cheers :)

cha zainol said...

dah lama kan kita tak main drum token? =='

IMANSHAH said...

dah tak lama dah tu, bila dah masuk alam kerja masa ngan kawan2 pun dah kurang

abah khalisha said...

senyum itu sedekah..:0

A Crack Mirror said...

Ala...takpa lah am... Manusia tak selalu d atas....sekali sekala kita perlu rasa berada d bawah... Dah3..xmo pk bnyak..baik fokus je ngan tesis tu....yg onting...kita enjoyyyy...hehehe

Mutiara Bernilai said...

selalu jugak hadapi menda2 menyerabutkan macam tu,,kawan2 yang terasa dll..

then,


akak lebih suka memilih untuk tak merasa serabut,,lupakan benda2 tu, dan fokus kpd target kita..senyum!

yg penatnya kita kan..

::FAIZ FARISH:: said...

muke ko kan mcm cikgu skolah rendah aku. nama dia cikgu sobri. tp dia kurus... aku tringat kat dia lps tgk video ni.. hahaha

delarocha said...

hari hari bad hair day..semua tidak seperti yg dirancang... ermmm

ghost writer said...

sekarang baru tahu kalau bad hairday itu macam rambut ala-ala professor Klon dalam CicakMan 2.

:)

lemongrassbeam said...

bersabarla yerrr. itu sume DUGAAN kata PRAMLEE. heheh

izfanora said...

cha ?? oo, aku kenal gak blogger comel tue.. :)

jgn fikir sangat mood tue. klu terlalu follow mood, apa pun tak boleh.. :)