I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 24, 2011

Masak Memasak & Makan.



Terjaga tidur di rumah sememangnya menenangkan. Maaf yer, kalau bercuti kat rumah, laptop dan internet memang jarang sekali hendak diaplikasikan. Apapun, bukak saja laptop lewat malam tadi, terus tertumpu pada status si Fatin, adik saya :

" Mknn yg bnyk di umah... mkn..mkn.. dan mkn..!!!!!x gitu Mohamad Ikhram Ishak..hahahaha...!!"

Ceh !! Ingatkan dia tak perasan. Dalam diam-diam, dia perhatikan aku rupanya. Tapi apa boleh buat. Bila tinggal di rumah, selera makan memang menjadi-jadi. Lauk gulai sardin yang emak masak hari ni pun boleh buat aku menambah nasi sampai 3 pinggan. Cuma tambah telur dadar sebiji dan dua batang sosej sebagai penambah selera.


Sebenarnya, aku tak cerewet sangat bab makan. Cuma yang penting, cukup rasa, cukup masin. Jadi masakan yang terhidang pasti lulus. Bab makan aku mungkin tak de masalah... tp bab memasak.. huhuhu.. aku FAILED !!


Aku paling tak suka belajar masak. Entahlah sebab apa ?? Aku tahu memasak, tapi memasak adalah perkara yang terlalu asing bagi aku. Kalau ada lebih satu atau dua orang kat dapur untuk memasak, aku lebih suka keluar atau undur diri. Mungkin aku malas. Mungkin juga sebab memasak bukan minat.


Tapi yang peliknya.. walaupun tak minat memasak, tapi aku paling suka menonton rancangan masakan. Tak kira la rancangan masakan chef-chef dalam negara mahupun chef-chef antarabangsa yang terkemuka.


Hari ni dari pukul 3 petang sampai la malam-malam tengok orang masak kat tv. Tak la jemu-jemu. Dari rancangan masakan panggang-panggang, kemudian rancangan buat kek & biskut, ulang semula rancangan masakan western, lepas tu tengok pulak orang masak makanan yang sihat.. sampai la rancangan masakan realiti, TOP CHEF, Master Chef. Huh !


Sambil tgok tv orang masak, aku pula sibuk mengunyah makanan. Tak sanggup tengok kalau tak de makanan. Alamat telan air liur jer.. Tak mungkin...!!


Disebabkan terpengaruh, akhirnya aku pun ke dapur. Bancuh air teh. Adik-adikku, minum petang kita hari ni ala-ala itali.. Kita makan piza.. sapa nak ???!!

.

p/s - lama dah tak tgok blog-blog kengkawan. Rindu giler !!

..

13 comments:

adwafarahin said...

eh eh nk rse jugak piza org tu buat
bak mai sni sket hehe :P

YNA said...

den pun nak jugak piza tuh, hehehe

sesegar said...

fiwwit,tukang masak seksi.HAHA

Khairul Antasha said...

sama la suka tgok rncangan masakan..tukang masak yg hebat mesti lelaki kan.. hehehehe..

Phat said...

mmg best kan kalo masa belajar dapat balik umah..mcm2 ada

::FAIZ FARISH:: said...

aku pun x reti masak bro. hahahaaha

Zulfikar Hazri said...

perghh susah tu masak pizza.. kau terer ahh..

:P

Nia Ridzwan said...

cayaaalah =D

Nia Ridzwan said...

cayaaalah =D

Nalisa Syahira said...

PIZA SEGERE . HAHA ,

izfanora said...

hahaha.. sebijik macam adik aku ! bab mkn xder hal, tapi bab tolong masak mmg jd hal kat dier.. hihi..

EpoLįƒ¦Kekunangpelangi said...

kalau kita perasan, bila mak kita masak jadi sangat bahagia bila orang yang tersayang yang habiskan semua sisa yang dia masak. Cubalah. :)

amir aizat said...

nmpk sdap sgt !