I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 6, 2011

Muda



Sapa ingat lagi kisah 'gadis macho' aku dulu..?? hehehe..!! Hari ni bertembung lagi kat kafe. Selalunyer aku buat-buat jer tak perasan. Tapi kali ni dalam aku buat-buat tak perasan, dia say "Hai!!" kat aku.. hahaha.. mau tak melompat aku lepas dia dah tak de.. hahaha..!!


Baiklah. Kisah 'cinta monyet' macam tu biarkan ia berlalu. Tapi dalam lingkungan umur 23 tahun ni boleh lagi ke aku nak label as 'cinta monyet'.. malu kot?? kan dah besar..!!


Masa kuliah education tadi, lecturer aku ada sebut.. "makin usia meningkat, tanggungjawab makin besar. Makin banyak."


Usia aku sekarang dah menjangkau ke usia 23. Sekarang mungkin aku tak rasa bebanan tanggungjawab tu lagi sebab aku masih study. Tapi tak lama lagi semua tu bakal aku pikul. Tak lama je lagi. Tak sampai setahun pun..?? Takut pun ada..!


Sekarang ni, setiap malam aku kerap kali memikirkan masa depan. Memikirkan tentang keperluan dan kehendak. Aku percaya, seorang yang matang berfikir, dia mampu membezakan antara kedua-dua perkara tu.


Bila berbincang dengan emak, abah selalu menyampuk "keje dulu. duit simpan. Beli kereta dulu. Kereta tu penting. Kemudahan nak gerak ke mana-mana". Aku angguk.


Lepas tu emak pulak sambung. "Duit ekau tu bagi omak ni yang simpan. Omak tak nak duit ekau tu doe.. Esok ko yo yang nak kawen, yang nak nikah.. ko yo yang nak guno duit kau tu balek..". Aku angguk lagi. Masa ni emak aku gelak. Aku pun gelak. Amboi.., jauh betul emak fikir. anak omak ni mudo laie ni ha..!!

Baru 23, bukan 32..?? tu pun muda lagi kalau lelaki..!!

Bila tengok kawan-kawan. Lain pulak pemikiran diorang. "Kene beli rumah dulu. Sebab harga rumah, makin lama makin naik.. Jadi kalau beli sekarang, untung. Kereta tu makin hari harga dia makin turun..". Aku kadang-kadang telan liur jer dengar ni semua. Kadang-kadang terpengaruh jugak.


Sekarang ni, kawan-kawan aku semua, ramai yang dah berkira-kira pasal duit. Orang lain sibuk pasal belanjawan 2012, diorang sibuk dengan belanjawan hidup diorang masing-masing. Ada yang sibuk nak beli emas. " beli masa ni murah... nanti dah dekat nak raya cina, harga emas naik.. masa tu jual la.." . Ni cakap-cakap orang yang nak bajet duit untuk kawin lepas tamat belajar nanti. Hahaha...!!


Aku bila dengar semua benda ni. Aku makin takut. Dulu kehidupan aku tak la teruk sangat nak fikir isu-isu kritis macam nie. Fikir pasal homework, pasal eseiment jer. Paling teruk pun nak kene fikir pasal transport dan rumah sewa masa praktikal jer..


Sekarang ni aku kene fikir semua benda-benda yang berat ni..?? OMG. Tu belum lagi pasal isu-isu Kursus Induksi, Sah Jawatan, Interview Kementerian, Soal Gaji, Rumah sewa, Penempatan Posting, Tangga gaji dan macam-macam...


Bila semua orang makin dewasa. Semua orang fikir pasal kereta, rumah, duit, emas. Tapi kenapa akumasih lagi fikir pasal kamera, blackberry, jeans, fastfood, Pulau Tioman. Aku sendiri pun tak faham..??


Adakah semua orang terlalu serius ? Atau aku yang tak kritis?


Sekarang baru aku sedar. Gaji seorang guru bukanlah terlalu besar nilainya. Perlu perancangan masa depan yang betul-betul baik dan terperinci. Utamakan keperluan daripada kehendak. Jadi, kadang-kadang tak salah kalau kita dapatkan pandangan dari ramai orang. Mana yang terbaik, itulah yang kita ambil.


Sekarang. Otak aku stop dari berfikir. Baik aku minum air milo dan dengar lagu dulu, buat seketika. Aku belum terlalu dewasa nak fikir tu semua. Eseiment tu banyak lagi menimbun-nimbun tunggu aku siapkan jer.. Ni semua kerja orang-orang pra-dewasa yer..


.. dan masalah cinta kene tolak ketepi dulu. Tak ready kot ?? hahaha..


p/s - keje berlambak. Mamat kat dalam gambar tu namanyer Fu'ad. Awat la dia 'angin' jer ngan aku hari nie.. hahaha.. Esok kita sama-sama senyum k kat kelas.. !! hahaha!! Sweet 23... hehehe...!!

.

21 comments:

mr.syazwan said...

mmg betul rumah makin lama makin naik

harga kete makin lama makin turun

tpi bergantung pada seseorg

if seseorg xde kete

dan ada kete dia memudahkan perjalanan beli kete lu

if da ada beli rumah utamkan yg penting

;)

Michada said...

saja nk komen cmni boleh???

Addin said...

bila dah besar macam ni memang mula la akan fikir masa depan. kalau takda perancangan macam mana nak jadi kan :)

p/s : cantek payung kat atas tu . hahah

::FAIZ FARISH:: said...

payung tu santek

Suhami Ahmad said...

santeknya payung tu...mano boli? reply kat blog atok tau..bahaha

lemongrassbeam said...

uisshhh, nak gak tau mana satu entry lama tu. hehe.

nak buat cmne. makin hari makin banyak permintaan. makin tgi la hrgaaaa........... merancang itu pentinggg :)

tp jadi cekgu okay kot. masa depan ade jaminan. i'Allah.

~Nana 귀여운~ said...

umbrella tuh antek ar..nak pinjam ley :P

Zulfikar Hazri said...

habiskan belajar tu dulu....

dah kerje beli kereta....


pastu kawen


rumah nanti dah kawen baru beli, gabung gaji dgn bini..

lagipun cikgu selalunya kene post jauh2 dulu..

Zul Fattah said...

aku kalau dapat kerja.. mula2 nk beli rumah

afzan said...

agak-agak nak pinjam payung pelangi tu boleh dak?

ajumohit said...

Yolah umur 24 dulu den dah kawen, ekau elok carik calon dulu, tp Biar abih blaja tu dulu, Nanti Mano nak blaja Mano nak jago Anak kan...;)

izfanora said...

hahaha.. klakar juga bila baca entry ko nie..

berfikir itu makanan minda dan jangan pernah berhenti untuk berfikir.. mati minda sebab xada makanan..

mungkin ko belum terasa 'sesak' untuk sesuatu keperluan yang mendesak.. :)

Rtp Farra Arisha said...

cantiknya posing kalian, mengalahkan model pula ya..hehe..

indeed. thinking about the future is good. u should plan it first, then it'll be reality..

EpoLღKekunangpelangi said...

Bila dah dewasa ni, fikiran pun dah teracun dengan gaya orang tua-tua. Yang penting tahu jaga diri, masa depan biar terus matang dengan fikiran dan tingkah laku.

Oke? :)

cha zainol said...

teringat trade mark macho kau tuh. hahahaa :)

cerita best said...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow

ckLah said...

Selamat berhujung minggu wahai orang muda...


:D

aiman fanboy k-pop said...

bagus2..pikir pasal masa depan......errrmmm.....biarkan masa yg menentukan.....kita perlu bersiap sedia.....ok?
percaya kpada qada n qadar...mudah2an allah aturkan perjlnn hidup kita dengan sebaik2nya...

ch000tz axoera said...

comey ada payung2 hehehe

A Crack Mirror said...

cerita kamu ni macam serius..tapi saya rasa nak tergelak2 lah...ehehhee

anamizu said...

memang kene ada PLAN baek..
kalo tak mmg xkan come to
realiti la..hehe



slm kenal,
anamizu