I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 28, 2011

Pengalaman Pertama.



Kalau tinggal kat rumah di Seremban, perkataan 'makan' dan 'makanan' tu memang dah tak asing lagi dengan kehidupan kami adik-beradik. Bangun jer tidur, mandi, terus jer meluru kat dapur. Cari makanan. Tiada istilah diet kalau kat rumah.


Dari awal bercuti sampailah sekarang. Kalau tak makan, mesti terleka menghabiskan masa seharian menonton rancangan masakan. Sekarang tumpuan aku adalah terhadap rancangan 'Master Chef' kat astro. Bagi aku, setakat ni, inilah rancangan realiti yang paling best pada aku.


Semua orang tau, rancangan realiti sudah pasti mampu mempengaruhi minat dan pemikiran masyarakat. Disebabkan rancangan 'master chef' tu best, aku sendiri pun terpengaruh untuk mencuba memasak. ( Hahahaha, aku sedang ketawakan diri sendiri ). Bayangkan aku yang tak pernah minat nak turun dapur, untuk masak-memasak ni pun, akhirnya teringin jugak nak mencuba sesuatu yang baru dalam hidup aku. hehehe... (tak habis ketawa lagi ).


Bangun jer dari tidur lepas solat jumaat tadi, terus dapat ilham nak cuba bakar kek coklat. Kebetulan pemutar kek dah ada, oven pun ada. Dari tak sapa nak guna, lebih baik aku guna. Jadi terus cari resepi dalam internet dan... kami terus ke kedai cari bahan-bahan.


Setelah berhempas pulas dari petang sampailah ke senja, akhirnya siap jugak kek yang kami impikan. Bagi aku, semangat ingin mencuba perkara baru memang memberansangkan. Selain tu, semangat kekeluargaan terutama kami adik beradik bertambah akrab.


Kesian adik iman, terpaksa jadi jurugegas kami. Dialah yang tolong ambilkan barang-barang yang diperlukan memandangkan dia la yang duduk kat rumah ni hari-hari.


Apapun, bila kek ni siap semua keletihan hilang macam tu saja. Baru aku faham perasaan peserta-peserta yang buat kek tiramisu episod lepas. Berdebar-debar nak tengok rupa kek setelah dibakar. Hahaha..


Apapun, pengalaman pertama yang indah dan bermakna ni meransangkan semangat aku untuk mencuba lagi pada akan datang. Mungkin untuk resepi baru yang lain pula. Sapa tahu..??? Hahaha..


Belum cuba, belum taw !!!


p/s - walauapapun, nak buat keje bakar membakar ni, terpaksalah dilakukan time mak tak de. Kalau dia ada, memang dia takkan bagi. Huhuhuhu...

.

30 comments:

Reen Azreen said...

best try...well done sir ikhram..!

IMANSHAH said...

saya juru makan

Zamri A. said...

Wah, tahniah! Nampak cam best jer...:)

Kathy Tuah said...

congrats! kek tu nmpk sedap je ^^

Jerr said...

gile la .. hebat ko wat kek .. leh bukak kedai weh .. haha .

zikeryhassan said...

boleh cuba masuk Master Chef next season ni

Salwa said...

sedapnyer!!

Nia Ridzwan said...

haha berjaya gak kan. fuhh nampak sedap ^^

ghost writer said...

nak guna telur pun kena telur gred A ek..

agak-agak kalau guna telur ayam kampung,jadik tak?

mr.syazwan said...

chef master la sgt kan?

hehehe

bgs2

ada bakat ni

sedap tu x tahu lagi la kan

hahaha

=_=

adwafarahin said...

yummy nye..nk jugakkk!!

Umie Artoqiemie said...

jarang gila laki2 nak masak macam kau. well done bro.. ade potensi masuk master chef..lepas ni nak masak ape lagi ? haha..

afzan said...

peh mantap!
agak-agak kek ni boleh buat celebration untuk game malam ni tak?

Papa Mifz said...

wah berbakat la ekau...den bab2 masak ke,baking ke...mmg fail...haha

Aman Ibrahim said...

Nak sikit bleh?
hahahah.. kena line clear baru boleh buat yerk.. apa pown well done cikgu.. nmpk sedap..

✿ nurulfatin ✿ said...

xnk bg aku sikit ker?

Bawal dulu-dulu tetap di hati.

EpoLღKekunangpelangi said...

Nak alamat tak nak pos kek tu nanti? ahak. :P

zazaw said...

sedapnyaaa sir

hawiz said...

fuyooo...pandainyer...

~Nana BamBam~ said...

sedapppnyerr..huhu

A Crack Mirror said...

wahahaa... cam best jer..ni yg teringin nak balik rumah cuti ni... nak gak ah ajak adek n kakak masuk dapo..wat kek! ehehe~

cha zainol said...

boboi! terbaek. nak satu. pelis ='

amir aizat said...

terbaik lah cikgu !!

ch000tz axoera said...

mari mari mari........ promo deepavali. On behalf tuan umah "SAPA COUPLE NGAN SAYA, TETIAP HARI SAYA WATKAN KEK" hehehehehe :p

p/s: tak reti langsung bab kek2 ni sebab tak suka....but if masak inshallah :D

si robot comel said...

boleh rasa ke tak ni?hehe,nampak sodap

khairul akmal bin azman said...

jgn pndg laki sebelah mata kan2..

ikan said...

haiyakkk, siyesh nampak sedap glerr!

alang2 da kat seremban tue, meyh datang bangi nie.

kasi sket kat ak :P

well done sir!

delarocha said...

nape tak masuk masterchief malaysia??

ada peluang nak menang ni.. huhu

Edy Fee said...

edible kee....kejam tak soklan aku.hehe hurmm chef lelaki..hebat!

Chegu said...

this is best bro...bak mai sepotong