I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 25, 2011

Kehilangan.



Aku sekarang telah pun bermastautin di Negeri Sembilan semula setelah merantau ke pulau mutiara selama hampir lima tahun setengah. Aku gembira menamatkan pengembaraan ilmu di sana. Namun aku tidak dapat menipu diri sendiri untuk kembali menyeri suasana di kampung halaman sendiri.


Aku menulis secara ringkas. Sebenarnya untuk melempiaskan rasa sedih akibat kehilangan jugak keterpinggiran aku ; akibat


a) berpisah buat sementara dan terus (mungkin) dengan rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama hampir lima tahun setengah.

b) berpisah dengan kak pinat dan kak ani.

c) tiada lagi kumpulan berkaroake malam-malam seperti selalu - bersama afiq, fuad, idwan, azwan, azurin, mirul.

d) tidak lagi dpat meluangkan masa untuk melakukan perkara-perkara ganjil dengan 'akak bebi' tersayang - cth ; ketuk main dram dan study kat mcd.

e) kesukaran bertemu anak-anak murid yang terbaek sepanjang latihan praktikum - kelas 6 wawasan.

f) rumate paling lama bertahan, bertahan dengan emosional aku - amir aminuddin.

g) kehilangan punca bergaul semula dengan rakan yang suka mengembara - mr adam.

h) kesibukan yang bermaharajalela oleh si doktor.

i) sindrom 'si biskut' yang buat aku 'tersingkir'.


Ada perkara yang betul2 buat aku sedih.. ada perkara yang betul-betul buat aku berkecil hati dan aku tak tau nak marahkan sapa...?


p/s - apapun, yang pasti korang takkan kehilangan aku selagi korang mengikuti blog yang tak seberapa aku ni... !!

.

12 comments:

SyedGraphiX said...

ada hikmahnya di sebalik kehilangan itu. huhu

eddy syrol said...

sure ada perkara baru yang lebih menarik akan menanti anda cikgu oi...huhuhu

Nia Ridzwan said...

kehilangan yang memberi panduan untuk menempuh alam baru, alam pekerjaan. good luck bro ikhram ^^

c'axoera said...

way to go.....yang indah selalunya bersifat sementara untuk kebahagian yang tak ternilai harganya....

percayalaaahhhhhh >ala2 lagu CT hahahah

tgk antu plak http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/nyawa-yang-tersisa.html

Khairul Antasha said...

itulah kehidupan..suma org lalui benda tu.. :D

Aman Ibrahim said...

ayat akhir best~ x kan kehilangan cikgu as long as ada blog nih..

Azham Vosovic said...

cikgu....sedihnya entry ni....walaupun sy tak paham sesetengah insiden tu...tapi memeang sedih bila baca...

EpoLღKekunangpelangi said...

Boleh tuju lagu? haha..

Biasalah tu, mainan perasaan sikit ja. kan.. ;p

Anati Soki said...

abg ikhram dah grad? wa.. syoknya.... best of luck bang!!!!!
wuu.. anat lmbt lg kot.. :( lg 2tahun setengah lg ha :(

izfanora said...

apabila kita berani bertemu dengan pertemuan, bermakna kita sudah bersedia dan berani utk terima perpisahan..

pengalaman guru terbaik kehidupan.. :)

Daddylicious said...

kenangan manis mmg sukar di lupakan..:)

delarocha said...

bertemu dan berpisah adat manusia biasa.

hilang dimata namun dihati tidak lupa..