"Duhai ayah bonda, ampunkan anaknda.. tak dapat beraya bersama... Jarak memisahkan rindu pertemuan, bilakah hasrat jadi nyata.."
Hahaha.. kelakar la pulak. Walhal raya haji jer pun. Apa nak buat, tahun ni aidil adha terpaksa pula la menyambutnya di perantauan; yakni di maktab sendiri. Seperti sedia maklum, sempena aidil adha ni, ramai antara kita yang sentiasa menyedari akan erti pengorbanan.
Ada yang berkorban meninggalkan harta benda, saudara mara, kesenangan hidup untuk pergi menemui ilahi di tanah suci dengan mengerjakan haji di Mekah. Ada pula yang sanggup mengeluarkan sebahagian harta untuk melakukan ibadah korban. Ada yang sanggup berkorban dengan berkongsi masa untuk meraikan ibu bapa dan sanak saudara di kampung.
.. dan tahun ini, memperlihatkan pengorbanan besar emak, mak cik dan mak atam yang berkorban segala-galanya siang dan malam untuk menjaga atuk yang tidak sihat di kampung. Pengorbanan ini terlalu besar buat kami sekeluarga demi menjaga kebajikan atuk sentiasa terjaga dengan baik.
Perlakuan dan pengorbanan anda semua ini sudah pasti dilihat oleh anak-anak dan menjadi motivasi dan pengajaran bahawa tanggungjawab menjaga ibu bapa pada hari tua ada suatu kemestian kepada anak-anak. Sesungguhnya pengorbanan ibu bapa tiada terbalas walau dengan apa jua sekalipun.
Dan kali ni, aku dan adik tercinta, Fatin tidak terlepas juga untuk berkorban, tidak pulang ke desa tercinta sempena aidil adha semata-mata ingin menyudahkan beberapa kerja yang perlu dibereskan disamping mengambil peluang untuk mengulangkaji pelajaran. Cewah..!
Sebenarnya kehidupan kita tidak pernah lari dari berkorban. Pengorbanan yang ikhlas sudah tentulah yang tidak minta dibalas, bukan?
Semoga emak di kampung tabah menghadapi aidil adha tanpa anak-anak (abang dan adik fatin) di sisi. Tak pe, ramai sedara mara kita yang akan temankan emak.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
p/s - sempena raya aidil adha di perantauan ni, abg ada dedikasi buat emak. Emak jgn tak tgok yer video kat bawah nie...!! (orang lain nak tgok pun boleh jugak.. dialu-alukan !! hehehe...)
.
20 comments:
Selamat Hari Raya Aidil Adha Ikhram!
kena pulan gak....! yokkkkkkk
P/s: Selamat Hari Raya Aidiladhaaaaa ikhram :D
sedih pulak teman..
Salam Aidiladha~
Salam Aidiladha.Raya di perantauan tu jaga diri elok-elok.Usah sedih-sedih ya. :)
any sacrifice will be appreciated by the people around :')
salam hari raya qurban! :D
selamat hari raya aidil adha ikhram..;-)
kalo aku mak kau, nangis aku nengok bidio ni.
peace
salam aidiladha....
hehe sempat lg berblog hari raya beronline.hehehe
aku korban tak balik raya tahun ni...
alolo . emak mest sayuuuuuuu tgk vidiyo neh. hehe . salam aidiladha :)
haha jgn sedih2 raya taun depan ade hehe btw selamay hari raya :)
di mana kita berada tetap kena sambut dgn kesyukuran ye
S
A
L
A
M
A
I
D
I
L
A
D
H
A
=_=
di mana kita berada tetap kena sambut dgn kesyukuran ye
S
A
L
A
M
A
I
D
I
L
A
D
H
A
=_=
lagu mmg boleh buat ayor mate gugor T_T
salam kenal. salam idul adha bro
slmt hari raya aidiladha =)
kemain lg ko ngan adik bkorban utk study ye! hehe
Cuti seminggu dah kira oke dapat merasa balik kampung tahun ni. Tahun lepas cuti 3 minggu tapi raya tak balik, gila meroyan sorang2 kat negeri orang. Serik. huhu.
salam aidil adha..aku pun korban gak,korban duit elektrik asyik bukak laptop ja..hahaha
fuyoo,mak moden skrg..dia bukak blog hang ka..terhebatlah
salam aidil adha :)
boboi. konon konon mak abah jangan sedih. padahal boboi menangis. macam bebi tatawu. ngeee~
salam aidiladha
Post a Comment