I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 8, 2011

Demam



Salam semua. Macam mana raya aidil adha kalian semua ? hahaha.. (bahasa buku la sangat kan?). Tengok blog kawan-kawan, bukan main lagi. Paling tak tahan tengok blog Mr syazwan kita.. ada lontong siap dengan sambal sotong & rendang kerang lagi.. Perghh !! memang tak boleh tahan !! dah la makanan feveret time2 raya kan?



Teringat masa petang raya. Aku telefon la kampung. Nak tanya khabar emak kat kampung. Dari bunyi-bunyi background dia, ada bunyi cam gini..


"Mak tam tengah buat laksam nie.. !!"

"Ayong tengah buat spegeti ni.."

"Kat umah ni ada puding koktail.. !!"


Sabar jer la.. aku mesti yakin. Kat rumah tu mesti ada rendang, lemang, ketupat. Ish 3x.. sabar je la. rasa cam nak jer masuk kat dalam gagang telefon tu biar sampai cepat-cepat aku sampai kat kampung. Apapun kesian kat emak, dah la anak-anak jauh di oversea (ala... kat penang je pun), abah pulak sibuk bekerja... Hahaha..


Namun apapun, ulasan yang paling best aku dengar dari adik aku si fatin semalam. Dia baru lepas call emak di kampung malam tadi.


"Mak cakap, tak de sapa nak abiskan semua makanan yang ada. Ye lah, sapa nak abiskan..?? kan kita berdua (merujuk aku dan fatin) tak de.."


Hahaha.. nak tergelak aku. Sebenarnya semua makanan yang diorang masak tu, adalah makanan yang mudah sangat untuk aku perabihkan sampai licin periuk. Nak buat cam ne anak-anak pak sahak memang pelahap orangnya. Baru aku sedar akan kepentingan aku adik beradik di hari raya - penghabis juadah raya.


Apapun, musim cuti raya dah habis. Dan kini, yang perlu aku tempuh adalah musim peperiksaan. Hari rabu dan khamis serta isnin minggu depan aku bakal menghadapi peperiksaan bagi semester yang terakhir di maktab ni.


Mudah-mudahan semua berjalan dengan baik biarpun bergelut dengan masalah perasaan sendiri. Apapun aku tak berminat nak memikirkan tentang permasalahan sebab ada banyak lagi perkara yang boleh menggembirakan hati aku yang sebenarnya.


Cuma aku harap, demam dan selesema yang aku hinggapi ni akan cepat-cepat reda. Aku nak jadi sihat supaya boleh tersenyum dengan girangnya.


Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.

.
p/s - semalam baru potong rambut. Tengok, dah tak comel dah kan??? hahaha..

.

15 comments:

Phat said...

harap cepat sembuh ikhram n good luck for ur final exam

@xiiinam said...

Selamat menempuh periksa!

armouris said...

info tentang demam di SIHAT SELALU - Cara Redakan Panas Demam Dengan Mudah

mr.syazwan said...

hokhokhok ada org sebut nama erk? haha

lontong da hbs der..

tpi daging, lidah, ekor masih ada ni

nak? hahaha

btw GUD LUCK

lps exam nak raya nak mkn lontong puas2 pun boleh la n fokus3

=_=

~Nana BamBam~ said...

gud luck broo

adwafarahin said...

semoga cpt sembuh ok!

ZWAN SABRI said...

demam sebab x dapat beraya kat kampung kowtt.. HEHE..
btw, comey rambut baru tuu.. ;)

zazaw said...

gud luck sir.
makan ubat !

eiz_ezzy said...

haha, yang budak blakang tu macam kenal. perghhh. masuk gambar.

si robot comel said...

moga cepat sembuh,dan semoga berjaya :)

ghost writer said...

rambut bahagian tepi tuh kena tipis lagi,baru lar nampak macam guild.

salam eidul adha(masih sempat lagi nak ucap)

Suhami Ahmad said...

haaa....tapi tak leh celen atok...atok bulih menghabiskan sedulang rendang kerang dalam masa setengah ja...meh cepat, pecah rekod!

delarocha said...

makan ubat.

amir aizat said...

semoga cepat sehat.dan semoga berjaya.hehe *habis bahasa buku

ch000tz axoera said...

ololoooooo hehehehehe demam ngegada ni :D